Hi I'm back!

Tuesday, November 27, 2012

beros baru


Jalan jalan tiba tiba aku terjumpa berus baru. Terus rambang mata. Apalagi sopink sakan aku sedut sana sini.
Hurm.

Tiba - tiba aku terfikir, Kalaulah ada orang buat khidmat dobi online, settle masalah #FirstWorldProblem aku. Baju nak basuh, upload je. Dah siap, download balik. Siap ada servis keringkan dan gosok lipat serta masukkan dalam almari terus lagi bagus.

Melampau jugaklah tapi. Bazir lemak lemak ternakan aku yang patut kena bakar ni. Oh, patut buat online sharing atau storage lemak jugak. Kool!

Mohon Kotak Sedut buat satu macam tu pelis.

Tenkiuverimuch. anyong! sarang tebuan!
*gedik versi diba*

astaghfirullah.. ya rabb .. hurm.

Wednesday, November 21, 2012

Kadang kala kita perlu bersyukur yang kita masih ada tangan lagi.



Salim : aku menyintaimu lebih dari yang kau tahu..
Melor  : ...
Salim : meski kau takkan pernah tahu..

.. ... .....

Melor  : kroohh.. Uhuk2 ..eh, hurm.. Tertido, apa tadi?
Salim : baruuu kusedari, cintaku bertepuk sebelah tangan..








sibuk bercinta tepuk sebelah tangan kejadah apa semua. orang perang putus tangan cabut kepala kau tak kisah.

Thursday, November 15, 2012

sweetheart

Bila aku kata aku nak balik rumah cepat sebab anak- anak tunggu dekat rumah semua orang tak nak percaya. Bayangkan kau ada 2 ekor baby kejap kejap asek mintak makan ngan berak je.




alalaaa.. meh sini meh.

Tuesday, November 13, 2012

Rentetan Random Neuropsychiatry #1

Dalam kelas tadi, cikgu ada cakap ;

Never marry someone with the hopes that you can change them. You can not simply change people to someone they are not.

Aku rasa kalau orang tu janji untuk berubah sebelum kahwin tapi tak berubah - ubah juga, tak payah lah nak berharap besar sangat yang dia akan berubah lepas kahwin pun. Sebab lepas kahwin lagi lah orang akan show true colours dia, ye dok.

Aku tak tahu, aku belum kahwin lagi.

Manusia memang dilahirkan dengan pakej, ada keburukan dan kebaikan sendiri, Jadi kita tak ada options, kalau kita suka orang, kita kena terima dia as a whole. Kena appreciate kebaikan dia, dan kena tolerate dengan kekurangan dia.

Contohnya, Minah berlakikan Karim sebab Karim seorang yang rajin bekerja, tapi lepas kahwin baru dapat tahu yang rupanya Karim ni selalu lupa flush jamban lepas guna. lol.

Tapi sebab si Minah yang sangat pembersih yang amat sangat orangnya ni sayang dekat Karim, dia kata xpe xpe, i can handle this. Dia akan berlembut hati untuk tolerate dengan Karim. tapi kalau orang lain, no way no way.

Nampak?

Dan aku pasti, Ibu dengan Ayah mesti ada something in particular juga yang diorang boleh capai toleransi walaupun mulanya macam, urgh.. what is the this. And that makes us!

"Some characteristics, are genetical inherited from our parents" tambah cikgu lagi.

Jadi mungkin perangai aku yang introvert sikit ni ikut perangai ayah,
Dan threshold aku yang rendah untuk gelak kat semua benda yang tak masuk akal ni dari ibu.
Tapi aku bukan jenis hardworking macam ayah, dan aku bukan jenis buat kerja fast pace and multitask macam ibu jugak.Err.. ehh.. (tetiba rasa macam anak angkat plak =.=" ) ataupun semua tu akan datang ikut environment dan time. tapi gene tu dah ada dah.

But anyway, Tenkiu ayah and ibu! :D *iklan*

Sambung - Dulu ayah hisap rokok, but i dont think ibu likes it. Jadi lepas kahwin ayah berhenti. Tapi bila dia sambung belajar, sambung balik sebab kawan - kawan, and maybe rokok murah lagi dan maybe sebab cuaca yang sejuk. But eventually he manages to stop for good.

So nampak macam mana orang boleh berubah - ubah? (hati = qalbu) dalam bahasa arab, root word qalb = sesuatu yang tak tetap, berbolak balik.



Nak sayang orang tu, bukan sebab terima dia sebab dia tak berubah, tapi sebab kita boleh tetap sayang dia walaupun dia berubah - ubah. Love is a progress. Love is not found, it's built. 

Ada beza sayang orang tu,kemudian kau dapat tahu dia merokok, dengan kau memang tahu dia merokok dari awal jadi kau tak boleh nak suka dia.

Dan aku tak rasa desire nak merokok tu genetically inherited. Lebih kepada environment dan diri sendiri, mungkin. Jangan hanya salahkan nikotin. Aku tabik spring orang yang boleh berhenti merokok. Sebab aku tahu memang susah. Jadi boleh saving duit rokok beli rumah, rumah bejuta kot skang.lol

Moral of the story, ini hanya cerita random untuk hari ini, dari kelas ke cerita ibu ayah ke rokok. Jadi, sekian. Terimakasih kerana membaca ( tiba - tiba jadi blog formal )

Friday, November 9, 2012

Department Ibu dan anak anak

Setelah 2 sem menempuhi berulang alik ke kelas dan operation theatre dan delivery room, kini pengajian di department Obstetrics & Gynaecology tamat.

Perjuangan diteruskan oleh sesiapa yang lebih bersifat feminism dan of course, bukan aku sebab aku tak larat dah tengok vulva vagina cervix uterus fallopian tube dan ovary orang. Ditambah dengan Makcik makcik yang banyak estrogen dan progesterone membuatkan mereka moody moody macam orang PMS sebab sakit nak beranak.

Mungkin aku lebih suka baby. hai baby!

kau boleh bayang kalau aku jadi doktor O&G skang.haha..pfft


lebih banyak berangan dari belajar adalah satu perkara yang tak bagus

cikgu suruh hafal semua staging. ni baru cervix.dang!



Jadi selamat berexam pada besok dan lusa hari. Sila hafal semua staging di atas untuk kemandirian markah yang lebih mantap. Aku tak tahu apa aku nak merapu lagi exam esok ni, semoga dilapangkan hati dan dipermudahkan urusan, insyaallah.


Ouh, dan satu lagi. 
Kalau ada orang yang betul - betul sayangkan aku dan boleh jadi bapak yang baik kepada anak - anak aku nanti, mungkin aku boleh cakap ; 
"Saya sanggup perut saya kena belah nak keluarkan anak awak atau buat episiotomy skali pun, kalau awak, awak sanggup ke? kena cubit terguris sikit dah cari pompuan lain.lol ok kidding". hahaha =.="

Jadi sila telepon dan berterimakasih kepada ibu masing - masing sekarang jugak.

sekian.