Kita terlalu serupa.
Cela aku, cela kau.
Baik aku, baik kau.
Lopong ini tiada siapa yang isi, kekal terlopongnya.
Mengapa takdir begini. Menetap sehingga mati.
Jadi, aku ambil keputusan ini.
Selamat tinggal buah hati, biasan diri,
Hati ini mahu pergi.
Menuju ke lohong putar sakti.
Begitulah cerita semalam macam mana salah satu stokin aku menghilangkan diri setiap kali lepas dimasukkan ke dalam washing machine.
Pfft.
Hi I'm back!
Thursday, February 13, 2014
Bidadari kaki
Thursday, February 6, 2014
Bacalah
Masa kecik-kecik dulu, lepas maghrib ibu mesti suruh aku dengan abang-abang aku semua baca Quran. Entah apa yang dibacanya pun tak tahu. Dengan tajwid tunggang - langgang. Dengan main cheat skip muka surat sebab lawan siapa habis dulu.
Selain Ibu, Cikgu Asmah dengan Makcik Shila depan rumah pun pernah ajar mengaji jugak. Tapi yang paling garang of course Ibu :3
Ingat lagi satu malam tu rumah blackout, kena mengaji gelap-gelap depan lilin sambil air mata menitik-nitik sebab kena marah salah baca ulang-ulang ngan ibu. Basah jugakla mukasurat quran tu, kalah love story dalam tv. Fuhh. Garang betul ibu time tu. Kalau sekarang ibu marah semua orang gelak. Heh. Err, kecuali adik-adik aku la.
Sekarang bila bukak balik Quran, mesti ada tarikh-tarikh tempat berhenti baca dulu. Nostalgia Quran yang sama juga baca sekarang ni. Cuma baca dah tak tunjuk pakai lidi, baca pun sendiri-sendiri. Tak janji pun setiap maghrib akan baca. Semua atas diri sendiri.
Sekarang bila balik Malaysia,
"Azzad mamat, Lica.. Pergi mandi solat, baca quran"
Aku senyum je.
Aku pernah berada kat tempat tu dulu.
🐥
Friday, January 31, 2014
Sunday, January 26, 2014
Laksa
laksa ibu paling best dalam dunia ni. Walaupun selera orang lain-lain, bagi aku laksa ibu tetap nombor satu.
Satu hari ibu suruh pergi beli daun kesum nak buat laksa.
Aku dengan girang gembira ke kedai dengan harapan lagi sejam aku dapat makan laksa ibu.
"pakcik, daun ketum satu", senyumku lebar.
Nyaris Ibu ayah tak masuk lokap haritu.

Location:Tiba,,Egypt
Friday, January 24, 2014
Muktamad
Berkocak - kocak pemikiran di sepanjang tengah perjalanan.
Tapi di akhirnya nanti,
Muktamad.
🐥
Tapi di akhirnya nanti,
Muktamad.
🐥
Wednesday, January 15, 2014
Bermulanya dengan sekiut Meow
Sally berlari di tengah gerimis, teresak-esak dan berhingus-hingus melawan arus angin dan lecak. Sesekali mengesat hingus dengan tisu yang memang sudah basah dek hujan yang semakin lebat.
Dia duduk berteduh di perhentian bas, seorang.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.10 pagi. Lewat 40 minit untuk ke kerja. Matanya lebam, semalaman tidak tidur berdamping dengan air mata dan perasaan. Yang setia menemaninya ketika itu adalah bayangnya dalam samar gelap, dan comforter sebagai comfort.
"Teksi!Teksi!!!" Sally meluru ke arah teksi menghulur tangan tanda suruh berhenti.
*Splash*
Hanya percikan air lecak yang Sally dapat. Dang.
Sekarang baju putih pemberian orang yang paling disayangi lagi benci sudah bertukar warna. Ambivalence.
"Fine! Sekarang Teksi pun reject aku" Getus hatinya.
Dia kembali duduk di perhentian bas, meratapi hidup, meratapi baju yang sudah kotor, teksi yang tak mahu berhenti, kerja lewat, mata lebam macam panda, perut lapar tak sarapan lagi, dan semua hubungannya yang tak pernah berkekalan, termasuk yang paling lama pun musnah malam tadi setelah hampir 3 bulan dipertahankan.
{Flashback}
"Saya boring ah, awak ni suka potpetpotpet, complain pasal nak pakai baju apa pergi kerja esok lah, badan dah gemok lah, Muka tak macam Taylor Swift lah, bla bla bla, bosan tahu tak. Jom Clash. Bye!" - Encik M
{End of Flashback}
Dunia sudah sampai di penghujungnya, Bagai jatuh ditimpa tangga, Sally sudah putus harapan dengan semua.
"Meow"
Sedang teresak- esak, tiba - tiba seekor anak kucing mengiau di tepi kaki Sally. Entah celah mana jatuh turun dari heaven nya tah. Sally ambil anak kucing parsi yang basah kuyup itu dan letak ke atas kepangkuannya. Diusap bulu makhluk comel itu. Terubat sedikit hati Sally melihat ada makhluk yang setara dengan keadaannya sekarang.
"Hello, boleh pulangkan Kitty kepada saya?"
Dunia makin cerah. Hujan di hati terhenti. Seorang jejaka kacakiut tepacak di depan Sally dengan payung dan senyuman manis. Dia juga sedang mencari sesuatu yang hilang.
Cinta datang lagi.

Tuesday, December 31, 2013
Tahun baru katanya
Dulu masa kecik-kecik umur 7-8 tahun,
Aku dengan Sara ada buat perjanjian bila masuk umur 24, kitorang nak kahwin.
Sekarang Sara tengah buat preparation wedding,
Tapi aku still fikir nak pakai baju apa pergi kelas besok.
Haha!
*dang*

Location:Al Moayad,,Egypt
Subscribe to:
Posts (Atom)