Ada satu-satu hari di mana Aku hanya rasa mahu mati.
Hari itu adalah hari ini.
Tiada lagi sedih, tiada lagi kecewa.
Yang ada hanya pudar dan kosong.
Hari ini adalah hari yang tidak lagi mahu kukejar apa-apa. Walaupun setiap hari juga begitu. Tetapi hari ini lebih lagi dek kerana perasaanku sudah sirna.
Semoga Tuhan menghitung setiap titik air mataku di hari hatiku masih lagi hanyut di dalam derasnya derita. Tapi kini tidak lagi. Hati ini telah mendakap segala gelisah, mengucup segala siksa jiwa dan raga.
Hari semalam sudah lama kosong, sudah lama.
Hanya diteruskan dengan omong-omong, yang kadang menyinari, yang selebihnya sepi. Diriku hanya ternanti- nanti, adakah esok masih akan begini. Perlu diteruskan lagi atau berhenti.
Tetapi ada mata dan lirikan manja yang aku rindu setiap pukul 4 petang di setiap hari. Hanya kau ruhi, qalbi.
Satu anugerah pemberian mukjizat untuk diriku yang hina ini, keajaiban yang tak mungkin dapat kutukar ganti, hutangku dengan Tuhan di setiap detik hidup dan mati.