aku akan selamatkan kamu dari bahaya
aku akan bawa kamu lari dari monster
sanggup juga gigit kepala parasit-pelesit yang nakal-nakal..
aku sanggup petik bintang, panjat bulan dan meredah awan,
juga terjun gaung, naik balik dan terjun semula ke sungai amazon
sanggup terperangkap dalam botol dan dibuang jauh-jauh ke laut
semata-mata untuk selamatkan kamu,
untuk bawa kamu keluar dari dimensi itu..
aku sanggup buat apa pun jua - memang apa pun juga
supaya kamu tidak lagi hidup dalam garisan2
dan terus ada bayang-bayang serupa aku juga
..
..
..
tapi apa lagi yang harus ku buat,
andai kamu juga yang tetap tidak mahu?
seraya aku pun duduk diam-diam
:|
4 comments:
i jump..... u jump??
saya mahu keluar. biarkan saya bebas. :p
hur....kini...kamu bebas...pergi dan lari...sejauh mana kamu mahu...usah terluka lagi...jangan toleh belakang...singgah ke perhentian seterusnya....ingat pesan daku....hanya SINGGAH....
fana
u jump, aku tunggu bawah dah -.-"
hur
bebas dari hidup dalam dimensi garisan yang sangat menyekat.okay lain kali kita lukis atas kertas A4 je ok :)
fana& hur
dunia memang hanya tempat persinggahan
Post a Comment