DIA duduk termangu lagi
merenung masa hadapan yang tak tercapai dek akal buah fikirannya.
“hey kau! Mahu ke mana ni?” sapa si rakan, separuh abad umurnya.
“ mahu pulang ke jalan asal.balik rumah” dia membalas.
“hari-hari pon kau bilang mahu balik rumah.tu apa itu..mari sini bagi aku tengok itu kertas”
“Nah. Untuk kesayanganku ini.”
“owh, penuh kata-kata cinta.dramatis.puitis.romantis.siap ada gambar lagi.tapi serupa kau juga.untuk apa jika begini..”
“itu bondaku.. mirip mukanya memang serupa aku.. apa itu teorinya.. pengklonan?”
“hurmm owh itu aku tahu, aku tahu...jadi apa kau mahu buat sekarang ini?”
“ tunggu lautan ini reda dahulu.penuh sisa toksik ni, tak bernafas pula aku nanti”
“kau buat keputusan ini masak-masak, kau sudah fikir betul- betul?”
“sudah.lama kurun ke 31 dahulu sudah.aku asyik menimbulkan masalah dan penyakit sahaja di sini. Aku sudah bertaubat. Aku rindu akan ibuku.walau tidak sekali pernah berjumpanya”
Air matanya menitis.makin lama makin laju macam air terjun dipusar beliung dihapus ombak rindu.
“jangan kau khuatir.aku pasti satu hari kamu ketemu juga.. aku yakin itu”
“baiklah.terima kasih atas jagaan kau selama ini.kau jaga diri. Sekarang ini banyak ancaman. Banyak teknologi baru yang bukan-bukan dicipta untuk membunuh kita.bahaya.kau ingat itu”
“ya..ya..kau juga..”
“okay..sudah tiba masa.. aku pergi dulu.selamat tinggal.” dia terus terjun ke dalam lautan itu.
“eh..eh tunggu dahulu, kau lupa ini!!” namun hajat tidak kesampaian..sahabatnya sudah terjun..
“kau lupa bagi kad ini!!!” sambungnya lagi.. walau dia tahu tidak akan kedengaran.
.....
“Selamat Hari Ibu...” dia membaca surat rakannya itu.sayu.pilu.hancur berderai berkecai kecai jiwa raganya.
“semoga salamku dapat kau sampaikan kepada ibumu di dasar sana...” getus hatinya lagi.
...
“lalalalalaa...~” satu makhluk gergasi bangun dari suatu mangkuk.
Jamban diflush..
Tiada lagi sisa toksik dan air kumbahan bertakung.
Tuan rumah bersiul sambil membersihkan toilet dengan detergent paling kuat di dunia dan semua kuman dan bacteria nakal mati..
Ya..semua mati.
Tapi yang sudah terjun itu tidak tahu apa ceritanya.
Semoga selamat sampai ke pangkuan ibumu.
gambaran makhluk comel ini bersama ibunya semasa dia baby-baby dahulu..
SELAMAT HARI IBU, IBU ..
=)
Tidak perlu hari ini pun tidak apa, hari-hari sayang ibu juga.. ^_^
5 comments:
alahai..
indahnya imaginasi dia..
hehehee...
haha..tahniah.ada org berjaya faham
imej kek bertoksik yg busuk diolah dengan cantik...
faham apa yg awk nak sampaikan..
awk nak bagitau kek bertoksik tu tak akan terjun ke lohong kumbahan macam tu saja kan..
ada cerita di sebaliknya kan..hahaha
bnyak cerita lg di sebalik cerita punya cerita.. tak masuk lg cerita di sebalik tirai ngan tingkap lg.. :P
pandai loyar buruk plak budak ni eh..huhuhu
Post a Comment