Hi I'm back!

Wednesday, September 5, 2012

JanjiMu ditepati


Janji ditepati.

Malam itu aku tidur di rumah nenek, setelah hampir seminggu aku berjanji untuk datang.

Bila malam datang, Nenek suruh aku tidur dalam bilik sebab dia nak tidur depan TV. Alaaa tak syiok ah tak leh tidur bawah ketiak nenek kan. Baru nak bermanja – manja sket ahaaa. OK dah.

Tapi sebab aku tak nak derhaka, malam tu aku menatap siling ngan kipas je lah. Tambah kira denyut jantung jam yang tik tok tik tok menyambung saat. Sesekali ku bantai nyamuk sekor dua yang nyanyi depan mata aku.

Dan drama bermula.

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : okay..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : Nenek dah makan ubat, pergilah rehat je.. okay. Ubat semua ada je kat luar tu.
Nenek : Oh, yeke.. nenek terlupa lah, ada dekat luar ye..
Aku : yap.. nite nenek..
*Lampu ditutup*

2 minit kemudian.

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : okay..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : ada kat luar, kan tadi kakak dah kasi nenek makan ubat.. nenek tido je kay..
Nenek : Oh, yeke.. nenek terlupa lah, kat luar rupanya ye..
Aku : okay..
*Lampu ditutup*

Semenet 35 saat kemudian

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : Kakak tahu..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : kat luar tadi nenek..
Nenek : Oh, yeke.. nanti aku tengok jap kat luar..
Aku : k..
*Lampu ditutup*

20 saat kemudian

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak..
Aku : Kakak tahu dah, kunci tu ada kat belakang pintu kan nenek
Nenek : Ha ah, Nenek rasa tak sihat lah
Aku : Nenek makan ubat banyak sangat tu rasa tak sihat tu nenek, baik nenek tidur cepat haa.. aiyok.
Nenek : Lah yeke, aku ni terlupa lah sangat
Aku : ...
*Lampu ditutup*

Sila ulang babak tersebut selama 25 kali dalam masa setengah jam.

Esok tu boboy bagitahu tempoh hari dia perati je nenek tu dok solat subuh dekat 20 rakaat.

“ Biarlah aku selalu lupa pun, tapi nenek doa banyak – banyak Allah tak lupakan nenek nak semayang 5 waktu sehari “.

Ibu kata, tak pe. Biarkan je.