Hi I'm back!

Wednesday, October 3, 2012

Buai laju-laju

Pada suatu masa yang baru baru ni je, tinggal seorang puteri di sebuah desa yang permai. Sang puteri baru sahaja ditinggalkan oleh bekas tunangnya, encik prince charming yang dah kahwin dengan cik cinderella. Pfffttt..

Jadi geringlah sang puteri pening dan sakit tekak dan hidung tesumbat untuk 1/3 masa. Yang lain time kalau dayang dayang sediakan santapan untuk tuan puteri melahap, puteri tak kisah. Dia ngap ngap je semua. Rezeki jangan ditolak katanya.

Jadi sepanjang riwayat puteri sementara mitos ni ditulis, puteri digambarkan sebagai seorang yang tambun tapi comey. Yang bab comey tu penting, sila take note.

Satu hari tuan puteri gatal hidung lagi. Selepas bagi makan dekat ikan kalui baginda, tiba tiba tuan puteri teringat , di sinilah tempat kaki tuan puteri digigit buaya tempoh hari. Di situlah tuan putera encik prince charming menyelamatkan tuan puteri. Kenangan lampau terus menerpa masuk dalam setiap axon otak puteri dan menyambung pantas ke setiap nerve cell tuan puteri. Parut di kaki masih berdarah, apatah lagi yang di hati. Bagai darah tersirap seketika. Bagai keronkong dicekik cekik tak boleh bernapas walaupun di kelilingi pokok dan hutan rimba pendonor oxygen. Betapa pilunya hati sang puteri. Sejurus itu tuan puteri pun duduk di buaian pohon berringin tempat bersemayam dan beristirehatnya selalu.. Menitik nitik air matanya dari kolam tadi ke taman buaian, menjadi tasik lebih besar dari empangan kenyir, atau bakun.

Dengan seiringan lagu pilu yang didendangkan, buai di mangkok ayun dari selow semakin lama semakin laju..

" Laju laju… Buaiku laju…
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi,
penghibur aku menolong aku..

bertiuplah oh angin bayu
laju laju buaiku laju..
Aku tak mahu kahwin dengan anak raja dah.."

**shiinggg**

tiba tiba puteri terlepas tangan dari buaian dan melambung ke langit. Dengan berat puteri pon dah macam 8 separuh lori pasiaq, inertia nya pon apatah lagi, sekelip mata sudah hilang merentas awan dan ghaib. Nampak bintang je tinggal. Dayang dayang semua hanya mampu ternganga je.

Sejak dari itu tasik tu disumpah 7 keturunan jadi Tasik Dayang Nganga. Tapi sebab tuan puteri sendiri pun tak dapat dikenalpasti hilang punca terus nak mencarinya, apatah lagi keturunannya, entah wujud entah tidak, jadi sumpahan tu kira untuk selama lamanya lah.

Beberapa cobaan oleh rakyat jelata juga menyanyi dengan menukar lirik " aku nak kahwin dengan anak raja" juga telah dikenalpasti. Semua mangsa disumpah menjadi ikan kalui yang mendiami tasik berkenaan lalu sisa tinja mereka menjadi pollution bagi kami dan keluarga kami.

Harap maklumat ini dapat disebarkan demi kesejahteraan kita bersama.

Saya yang menjalankan tugas,
-Buaya darat yang gigit kaki puteri-

2 comments:

Dr.FarhanahMohamad said...

*~*

Jiran En Sobri said...

cubaan untuk memahami entri ini agak menyeksa mental >,<