Hi I'm back!

Tuesday, July 15, 2014

Everybody has got something to hide


Dia atas katil wad kecemasan,
Duduknya seorang wanita awal 20-an di tepi katil.
Bongkok posisinya, terbenam dalam luka tangannya.

Aku dikerah untuk ambil patient history bersama seorang rakan lain.

"Macam mana boleh kena ni?"

"Terkepit pintu"

Aku diam.
Aku tengah imagine pintu geriji besar mana sampai boleh cucuk dalam macam tu.
Aku perhatikan gerak gerinya, calar di mukanya, parut di dahinya.
Dia kelihatan relax, walaupun sudah ada bekas darah beku yang tak dibersihkan lagi.
Tak macam orang-orang yang terguris sikit pun jerit macam hilang kepala. Nonsen.

General examination,
Conscious,oriented to time place and person, average body build, pale lips, no jaundice no cyanosis ..

Itu bukan pale kataku, itu kesan rokok. tanya sama ada dia smoke atau tidak.
Patient cakap tak.

Exposure,
Kawanku tarik lengan baju di sebelah lagi.
Ternampak 5-6 lagi kelar, yang berparut, yang baru, yang infected.
Terkejut kawan tu tengok tangan yang berbirat. Ada luka basah lagi. patient terus menarik laju-laju tangannya, dilonggarkan sinsing tadi ke bawah. Dia pun terkejut gamaknya,exposure tanpa consent.

Bertalu-talu soalan spontan dari si kawan ; apa tu, macam mana boleh jadi macam tu, etc. Dia tiada pengalaman orang mahu suicide attempt mungkin. Atau sekadar mahu attention.

Aku kata sudah, Jangan ditanya lagi patient itu, tegurku dalam bahasa melayu. Nasib baik ini bukan Malaysia. Mencarut pun tak ada siapa tahu.

Kes dibawa ke doktor atasan. Patient hanya di dressing oleh nurse, dan dibiarkan sebentar menunggu konon-konon ikut prosedur. Dia tidak tahu psychiatrist on the way.


...

Every patient is a liar until proven otherwise.

So does everyone.

“If you want to keep a secret, you must also hide it from yourself.”

1 comment:

Anonymous said...

I was actually thinking of something along the lines of domestic abuse.