Hi I'm back!

Friday, August 25, 2017

The diary of Monachopsis, Liberosis ; Terbangnya satu penyesalan. part 2

Part 2
Romy

Sudah dua hari Juwi muram, dia tidak pergi kerja dan hanya berbaring di sarangnya sambil sekali sekala makan cereal yang dah expired.

Hubungannya dengan tunangnya si Jody, spesis Semut Firaun terputus kerana tiada restu keluarga. Mana tidaknya, Juwi hanya dari kalangan Semut Tukang Kayu, tidak layak untuk berdamping dengan keluarga kaya raya Mahafiraun seperti si Jody kegilaan ramai.

"Juwi, kenapa kau bersedih?" - sapa si Romy yang entah mana datangnya di depan Juwi.

" Aku seorang yang useless Romy. Perniagaan online aku pun telah di ban sebab aku jual produk kecantikan yang tidak diiktiraf KKM. apa salahnya guna mercury overdose sekali sekala " - balas Juwi.

Romy : Sudah juwi, kau berhenti sahaja jual produk bukan-bukan itu. Jangan jadi keyboard warrior penunggang agama. Aku juga dengar tentang bekas kekasihmu itu, tak apalah Juwi, kau tengok sahaja exoskeleton si Jody itupun kau memang tahu dia kaki perempuan. Tabah Juwi.

Juwi : Tapi Hati ini sering terluka dek semut semut yang membinasakan di luar sana.

Romy : Makanlah ni Juwi, Herba rumpai yang aku beli di market, pengubat segala penyakit agar jiwa kau tenang selalu dan dapat tidur dengan lena. Persetankan hatimu, Luka itu tidak akan sembuh jika sering diusik. bagi ia kebal Juwi.

Juwi : Sampai bila, sampai macam mana aku nak tahu aku dah kebal, Romy? Aku tak sanggup menahan beban ini.

Romy : Nah, ambil pisau Hornet ini, kau try kelar tangan kau lepas 2 jam kau makan herba tu. Sungguh kau tak akan terluka sedikit pun.

Romy berlalu pergi dalam gelap hitamnya malam.
Juwi terus menggapai herba rumpai dan merenehnya dengan api perlahan. bila sudah empuk, dia tuangkan dengan susu dan makan dengan cereal Koko Krunch.

Malam itu sunyi sekali, sesunyi hatinya. Juwi memasangkan mp3 playernya dan memilih lagu kegemarannya  - Tove Lo : Habits

You're gone and I gotta stay
High all the time
To keep you off my mind
Ooh-ooh, ooh-ooh

Lirik lagu yang sangat kena dengan jiwanya.
Juwi memejamkan matanya, menghayati butir butir lirik, terawang dengan warna, antara masa, seminit bagai satu jam, kemudian masuk leretan Bass yang menggegar jiwa, walaupun dengan monotone satu not, Juwi dapat membayangkan dentuman jutaan visual milkdrop seperti di winamp player tahun 2000 version 5.666 

Hentaman drum roll yang laju dan cepat beserta vokal yang berfrekuensi tinggi sebati dengan melodi hati Juwi, menggambarkan emosinya yang terganggu. Juwi dapat mengasingkan setiap instrument yang dimainkan dalam lagu, dan memanipulasinya ikut rentak sendiri. Korus demi  Korus , Juwi hanyut dalam setiap bait perkataan. Tiba tiba segala masalah dan resahnya hilang , kosong jiwanya, tetapi tenang. Terasa jiwanya sangat ringan sehingga Juwi boleh terbang, tetapi tidak tahu ke mana destinasi. Dia hanya melayang - layang.

Where are you now?
Another dream
The monster's running wild inside of me
I'm faded



No comments: