Hi I'm back!

Tuesday, April 27, 2010

cintaku...


Tajuk sebenar tapi tidak diluluskan: 
Chentaku... (dot dot dot 3x bermaksud infinity) dan pakcik kuning
DIA duduk di penjuru itu.menghadap jantung hatinya si jelita.sudah 3 hari dia tidak mandi.angau dibuai cinta.
Hanya diam menemani mereka berdua
Sesekali tersenyum sipu  malu malu
Tatkala menghayati indahnya cinta,
Sekali sekala dia mengorek hidungnya.
Ah, tidak perlu malu apa.itu sudah lumrah.mereka menerima apa mereka seadanya.

Dia senyum lagi.

Bermula dengan pakcik kuning, ya, pakcik kuning lah precursor semua benda ini.
Orang tengah antara medium perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi percaya.
Dari tiada apa-terus kepada bibit-bibit percintaan.
Tapi hari itu dia sudah nekad.
Dia tidak mahu lagi pakcik kuning atau benda-benda comel itu sebagai perantaraan

“Saya mahu lihat awak senyum... tanpa emotikon..”
[enter]

Yeah sejak itu dia mengabaikan sudah pakcik kuning.
Tak perlu perantaraan.
tak perlu dimensi.
medium semua dibuang.




Bak kata pepatah.. bagai kacang lupakan kulit.
Habis sepah madu dibuang..
 manusia..

tapi manusia memang seharusnya begini..


=)   <-- ini juga saudara kepada pakcik kuning

 

5 comments:

anwar azhari said...

pakcik kucing x dpt muncul dlm ruangan komen blogger..


T_T

Syafinaz Az said...

pakcik kuning lah bukan pakcik kucing.. haha

aku rasa kau je yg faham perihal si pakcik kuning ni =p

hUr said...

pak cik kuning tak membantu. hipokrit. haihh

anwar azhari said...

hahaha..
kucing plak dh..

(pakcik kuning jeler lidah)

Syafinaz Az said...

hur
sebab tu manusia perlu buang semua medium dan dimensi itu.jujur kpd perasaan sndiri dan org lain =)

anwar
pkcik kuningku di sini menjeler balik kepada kau =P