Hi I'm back!

Wednesday, October 31, 2012

Hai november

"hampir ada"

Ayat keramat yang membezakan  jalan kau dan aku. Di tara itu aku juga masih kabur destinasi terakhir kita itu di mana. Oh, entah sama entah tidak.

Lantas beban bagasi itu aku pikul sendiri. Beratnya aku tanggung seorang. Sakitnya aku seorang. Mati hidupnya aku seorang juga.

Sangat ironi bagaimana ruang yang kosong itu sangat berat, sangat menyeksakan. Itu hatiku. Itu hatiku ketika itu.

Sangat ironi bagaimana sejuta tan memori di dalam bagasi ini dahulu tidak terasa apa. Kini secalit kenangan terlintas pun bagai menyiat daging dengan sisa kaca botol gelas.

Sepanjang perjalanan aku menuju pengakhiran yang entah di mana,  Stesen ke stesen. Transit ke transit. Ke hulu hilir  terkadang berhenti menangis di tempat sama. Sengaja sesat. Dan penat.

Satu hari aku terlihat satu jiwa yang terkapai kapai. Mundar mandir di dalam satu sudut lorong gelap stesen. Bagai 8 ribu tahun juga dia di situ, hilang arah, buntu. Dengan bagasinya yang sudah koyak rabak, aku tolong angkat satu per satu isinya yang jatuh.

"kalau kau duduk satu jalan yang hujan ribut sahaja, manakan kau nak sampai di tempat lain yang terang benderang" - kataku kepadanya.

" jika kau mengendong beban lepas yang tak perlu bersama, susah juga untuk meletak barang baru yang baik untuk keperluan nanti" - katanya kepadaku, membuang kembali isi yang aku kutip.

Dihunus sebilah pisau 20 sen ke bagasiku. Di carik panjang, berderai jatuh satu per satu. Disepak merata, dibuang ke landasan sedikit dan ke dalam tongsampah sedikit.

" ringan sikit kan? Nanti semakin kau jalan ke hadapan, semakin ringan. Jangan recycle.  This is non reusable " tambahnya lagi.

" kau mahu aku teman kau berjalan? Tapi aku tidak tahu destinasi, ada, tapi masih kabur, meniti, dan masih mencari"

" kalau satu hari nanti kita terpisah jalan dan di tengahnya kau jumpa aku semula, jangan tegur. Itu hari yang baru"

Keesokannya aku beli 3 tiket. 
Satu untuk aku
Satu untuk kau
Satu untuk bagasi aku dan kau ke destinasi lain dari arah hidup kita.

Pilih jalan baru.bawa bagasi baru.



Tuesday, October 23, 2012

a good dream


Think of all of this as a dream. From the time I appeared before you and right now as I disappear from you; think of it all as a dream. If you think these are all dreams, when you open your eyes, it won't hurt you at all. forget all the scary memories and just think of me a really really really good dream.

-gumiho

Wednesday, October 3, 2012

Buai laju-laju

Pada suatu masa yang baru baru ni je, tinggal seorang puteri di sebuah desa yang permai. Sang puteri baru sahaja ditinggalkan oleh bekas tunangnya, encik prince charming yang dah kahwin dengan cik cinderella. Pfffttt..

Jadi geringlah sang puteri pening dan sakit tekak dan hidung tesumbat untuk 1/3 masa. Yang lain time kalau dayang dayang sediakan santapan untuk tuan puteri melahap, puteri tak kisah. Dia ngap ngap je semua. Rezeki jangan ditolak katanya.

Jadi sepanjang riwayat puteri sementara mitos ni ditulis, puteri digambarkan sebagai seorang yang tambun tapi comey. Yang bab comey tu penting, sila take note.

Satu hari tuan puteri gatal hidung lagi. Selepas bagi makan dekat ikan kalui baginda, tiba tiba tuan puteri teringat , di sinilah tempat kaki tuan puteri digigit buaya tempoh hari. Di situlah tuan putera encik prince charming menyelamatkan tuan puteri. Kenangan lampau terus menerpa masuk dalam setiap axon otak puteri dan menyambung pantas ke setiap nerve cell tuan puteri. Parut di kaki masih berdarah, apatah lagi yang di hati. Bagai darah tersirap seketika. Bagai keronkong dicekik cekik tak boleh bernapas walaupun di kelilingi pokok dan hutan rimba pendonor oxygen. Betapa pilunya hati sang puteri. Sejurus itu tuan puteri pun duduk di buaian pohon berringin tempat bersemayam dan beristirehatnya selalu.. Menitik nitik air matanya dari kolam tadi ke taman buaian, menjadi tasik lebih besar dari empangan kenyir, atau bakun.

Dengan seiringan lagu pilu yang didendangkan, buai di mangkok ayun dari selow semakin lama semakin laju..

" Laju laju… Buaiku laju…
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi,
penghibur aku menolong aku..

bertiuplah oh angin bayu
laju laju buaiku laju..
Aku tak mahu kahwin dengan anak raja dah.."

**shiinggg**

tiba tiba puteri terlepas tangan dari buaian dan melambung ke langit. Dengan berat puteri pon dah macam 8 separuh lori pasiaq, inertia nya pon apatah lagi, sekelip mata sudah hilang merentas awan dan ghaib. Nampak bintang je tinggal. Dayang dayang semua hanya mampu ternganga je.

Sejak dari itu tasik tu disumpah 7 keturunan jadi Tasik Dayang Nganga. Tapi sebab tuan puteri sendiri pun tak dapat dikenalpasti hilang punca terus nak mencarinya, apatah lagi keturunannya, entah wujud entah tidak, jadi sumpahan tu kira untuk selama lamanya lah.

Beberapa cobaan oleh rakyat jelata juga menyanyi dengan menukar lirik " aku nak kahwin dengan anak raja" juga telah dikenalpasti. Semua mangsa disumpah menjadi ikan kalui yang mendiami tasik berkenaan lalu sisa tinja mereka menjadi pollution bagi kami dan keluarga kami.

Harap maklumat ini dapat disebarkan demi kesejahteraan kita bersama.

Saya yang menjalankan tugas,
-Buaya darat yang gigit kaki puteri-