Hi I'm back!

Tuesday, December 31, 2013

Tahun baru katanya

Dulu masa kecik-kecik umur 7-8 tahun,
Aku dengan Sara ada buat perjanjian bila masuk umur 24, kitorang nak kahwin.


Sekarang Sara tengah buat preparation wedding,
Tapi aku still fikir nak pakai baju apa pergi kelas besok.

Haha!

*dang*


🐥

Location:Al Moayad,,Egypt

Sunday, December 29, 2013

Jika hidup sekadar goodmorning dan goodnight, useless.

Sibuk di luar, sangat mencabar ke-introversion-an aku.
Aku mula bosan dengan sibuk.
Baru sahaja aku mahu berkhayal makan cornflakes dengan susu,
Tiba-tiba sudah dekat pukul 8.
Saat ini, Aku benci innerself diri aku yang punctual.
Jerang air pun kena set jam : 15 minit.
Tapi minit ke 14:21 aku dah terpacak depan stove tunggu nak ambil air.
Aku benci bangun lambat dan datang kelas lambat.
Tapi aku lagi benci datang kelas cepat dan perlu tunggu segala kemengarutan di wad, aku benci menunggu jadi aku datang lambat. Dan rush. Aku benci perlu rush.

Aku suka ambil history dan borak dengan patient, tapi kalaulah semua patient cooperative dan mahu melayan budak hingusan macam aku. Dan kalaulah aku paham barang 90% yg patient cakap. Itu sudah cukup baik.

Aku suka hospital kerana bak kata cikgu, a patient is like an open book. No, more than a book could tell you. Tapi ya, hospital tiada katil lapukku di rumah yang sudah patah sebelah kakinya. Nothing beat it. Kalaulah aku ada poket doremon boleh simpan bantal tilam aku bawa ke mana-mana saja, ngeh, banyak songeh aku.

Aku benci sakit kepala begini dan , ah, bila sahaja aku tidak sakit kepala dan mahu tidur - Munirah.

Aku berjaga pun tiada orang appreciate. Apa entah erti hidup macam ni, bagun tidur, bangun tidur.

Aku boleh makan ubat sampai overdose untuk tahan sakit kepala dan terus tidur tapi no, dengan segala implikasinya dan addictionnya nanti, aku menidakkannya.

Doktor sejati tahu bagaimana untuk mati dengan aman ; dengan meninggalkan hospital dan meluangkan masa berkualiti dengan orang tersayang. Bukan kerja kau yang menjaga kau di kala sakit nanti, tapi keluarga.

Tapi keluarga aku pun jauh, meh. Kegelongan sendirian.

Dan sekarang, aku harus berhenti merungut.
Dan start bersyukur, dan mulakan apa yang patut.




🐥

Tuesday, December 17, 2013

Sabor Ajelah

Satu benda yang mengajar aku erti kesabaran adalah dengan buat bodoh dengan benda yang aku tak suka. Haha! Lagi-lagi dengan pelbagai ragam manusia dalam wad.

Patient Normal
Aku : Jadi kenapa ye makcik datang hospital?
Makcik : Makcik Sakit perut dan muntah - muntah.

= Ni Jenis bagus tak ada masalah nak ambil history

Patient Kurang Co-operative
Aku : Pakcik batuk- batuk sejak bila ye?
Pakcik : Entah.
Aku : Entah tu bila ye pakcik?
Pakcik : Since Forever and ever.

= Ni kena sabar sikit

Patient Annoying
Aku : Sakit badan kat bahagian mana ye makcik?
Makcik : Kau boleh nampak ke dengan mata sepet macam tu eh.
Aku : Erm, boleh makcik tunjuk kat mana sakit tadi?
Makcik : *Jelir Lidah*

= Ni memang aku balik tempat duduk, sambung main Tetris.


Ni Amu Morsi, Chest Department.
 Sangat cooperative, Sila hafal muka dia sebab mungkin boleh masuk exam nanti, heh.


Monday, December 9, 2013

a Tribute to Miki Minah


Sudah dua hari, dia mengemas,walaupun biliknya bersepah.

Basuh baju seperti biasa, tapi berdozen lagi yang kotor.
Aku perhati dari jauh, perhati dari sebalik tirai.
Sesekali dia tersenyum melihat skrin di cakera petak itu,
Dua saat kemudian diketap bibirnya menahan sedih.

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika.


Satu masa dahulu aku seperti itu,
Berharap, menunggu, mencari,
Benda yang masih beruhi atau mati.
Harapan boleh menyinar,
Harapan juga boleh memusnah.
Hanya masa sahaja yang tepat pada masa,
Yang lain mungkin menanti, mungkin terlepas.

Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu


Aku harap hari ini lebih baik,

Walaupun rindu itu membuak-buak
Sampai tak boleh tidur malam.
Tapi satu aku janji, 
Perasaan tu takkan hilang, cuma kau akan biasa dengan kekosongan itu.
Simpanlah dulu apa yang patut, buat seketika.
Semoga lain hari bila kita putar kembali, duka itu bermakna sebenarnya.

I miss you and nothing hurts like no you.
And no one understands what we went through.
It was short. It was sweet. We tried.


Bakal doctor dah hilangkan diri :3



Friday, December 6, 2013

Petang #2 - [Edisi kekasih gelap.meh]


"Kalau kau lelaki pada hayat akan datang, aku make sure aku kejar kau" - Dia

"Haha" - gelak aku. Ada juga benda yang menghiburkan hati untuk hari ini.

Petang itu,
Tenang. Hening. Menyorokkan sejuta serabut hati.

Deru air laut melambai-lambai. Angin menyapa pipi, sejuk.

Ini tahun ke-enam. Tiada lagi petang ini sesudah ini. Tiada lagi pantai ini, tiada lagi angin ini.

Haluan selepas ini berbeza. Mungkin ini yang terakhir.
Kata-kata itu tak terucap. Tapi hati masing-masing sudah pasrah.
Happy walaupun hanya dengan kenangan. Itulah kehidupan.

Tenenenot tenot tenot tenenenot tenot tenot - bunyi henset yang baru kena celup air sirap. Mesej benua lain.

"haha" - gelakku lagi selepas baca mesej.

"apadia?" - sekilas merampas henset aku.

"kau curang ke? Meh sini aku kol" - Dia

"Haha, weyh tak yah ah camni" - Terlambat.

Kekasih-kekasihku emo. Aku hanya mampu gelak.
Sebagai seorang yang kool, aku malas layan emosi. Balik rumah kencing berak dulu kemudian baru settle kan masalah. Baru tenang.

Aku tengok gambar instagram dah naik, tweet pun sudah naik. Bikin jealous sebelah pihak mungkin. Sebagai bukti. Sebagai lepas geram sama.

Tapi tak apa, dua-dua pun comel sebenarnya, bahaha!
Ini semua salah faham.

*dang*

Balik itu dia tunggu aku masuk rumah, baru dia mengghaibkan diri masuk ke bangunan rumahnya juga. Sweet.

Lagi sorang kekasih sedang tunggu di rumah. Eh, ke dua?

@__@




Kalau bagi seribu peluang aku untuk jadi lelaki pun aku tak nak.
Sebab lelaki bertanggungjawab melayan perempuan.
Dengan diri sendiri pun aku tak paham meh.

It's okay.
Women are only made to be loved, not understood.





🐥

Saturday, November 2, 2013

Live your life to the fullest

If you wanna do something, accomplish it now,
We dont have a lot of money but, kalau ada sikit-sikit okay lah, kalau nak tunggu kaya tah bila la kan.. If you reach to that point when you're already rich but you dont have the time to do what you like, burdened by job and stuff, tak guna jugak.

Sekarang bila aku ada duit sikit-sikit, labur lah apa yang patut.. Benda yang kau nak buat tapi tak kan dapat buat dah bila da tua dan ada responsibility lain nanti. Atau perasaan bila buat sekarang dengan nanti dah lain.

Aku tak rasa aku nak skydiving bila da tua ganyut nanti sekali ngan cucu cicit aku..terpelanting semua gigi palsu nenek nanti haha. Atau paragliding, wall climbing, panjat gunung, etc. Benda-benda tu memang makan duit sikit, lasak, dan thrill, tapi insyaAllah worth it. Duit sentiasa boleh cari, sentiasa akan ada, tapi orang tak akan ada selalu dengan kita, masa tak akan ada selalu. So yeah, just go for it!


Orang kata kalau kau nak jatuh cinta dengan orang, ajak dia pegi roller coaster, sebab bila adrenaline rush, heart beat faster, all the hormones and chemicals are raging together, semua benda alert, dan exciting and *ding!* that's how love happens! LOL. ok dah.


Now we're young!
But never too old to die too :)



Ps - happiness is when you're doing something you like, with the ones you love.

Have fun!

🐥

Wednesday, October 16, 2013

Petang

Hening petang buat aku rasa rindu,
Rindu rumah.

Walaupun berada dalam rumah sendiri.
Apatah lagi kalau ada di tempat lain,jauh.

Ada sesuatu dengan petang.




🐥

Monday, September 30, 2013

My Sugardaddy!














 When I need something or something..lol




Ayaah..Ooo Ayah..











Then my banker replied,




Krik krik krik..






Ps : Ini bukan entry Father's Day mahupun entry bodek. Kof3

Saturday, September 28, 2013

Home TS3

Tadaa!!
Entry ini dengan susah payahnya berjaya di post setelah beberapa kesulitan dialami..aiceh.




       

   




























Note :
1) Bukan rumah idaman sebab aku suka rumah kayu :P ni salah satu design rumah yang paling baru buat kat TS3.
2) Main The Sims dari darjah 5 (thanks to cetak rompak aku mampu beli, of course)
3) Tak minat jaga orang. Suka pecah & buat rumah je. [Cheat pelis]
4) Sejak main ni dulu, cita-cita nak jadi Arkitek atau Interior Design.. tapi tapi tapi..erm.. tak de rezeki hajat tak kesampaian. ( Selalu fikir aku salah amek course )
5) Hashtag #MrPeco yang request post rumah ni. Ikut hati segan, rumah tak seberapa.. ahahaha *dang!
6) Hashtag #Boy yang bagi pinjam PC sekejap untuk ceroboh game, #Ijanny #Azzad sumber kritik

Personal favourite :
1) The Garden (Best part!!)
2) Ruang makan belakang rumah (Sepatutnya ada atap tapi atap semua tak lawa so biar kosong je..ngeh)
3) Romantic Rooftop! (walaupun serabut kat situ..haha!)

Dislike :
1) Dapur kecik
2) Bedroom tak best
3) Lighting tak bagus
4) Rumah design tak cantik sebab limited options of home designs
5) Penggunaan ruang tidak dimaksimakan
6) Izany cakap furniture "nampak murah" o( -_-")o kurang asam.
7) Ada part yang too simple, ada part serabut!

Friday, September 20, 2013

Let's take a break!

Heyo!
Sarang Haeyo!

Hehe,
Jadi sebab barang kargo aku dah hilang masa balik sini haritu, semua motif hidup aku dekat sini pun tergendala. So tak dapatlah aku nak habiskan semua season series yang tertunggak (Sebab hardisk ada dalam kargo jugak, dang!) Apatah lagi nak membuat peragaan baju - baju baru yang ditempah haritu macam Miss World. aiceh, sekali sekala bajet, pfft..

So kita kena cari motif hidup baru! Nak buat dan belajar benda baru!
Seperti entry lepas, kita tukar kan ini ;


kepada ini!!!


Lezzegow!
Nanti kita update apa achievement yang aku dah unlocked! ;P


Friday, September 6, 2013

Freeaking-dome.

Ouh,
Kadang-kadang kita kena hilang untuk bagi orang rasa kita penah "ada".

Well,
Go get a life out there!
Putuslah duniaku dengan angan impian endless ini. Aku ikat dengan realisasi di realiti. Gunalah nikmat afiat kudrat. Selagi masih ada, try something new! Buang semua gajet, buang semua radiasi, buang semua jellybean dan megapixel. Buang sekejap.

Pergilah menari di awan biru, menyelam ke dasar laut, panjatlah gunung, jejaklah tanah yang kau tak pernah jejak.

Walaupun belum tentu pada nokhtah nanti kau berhenti di garisan yang betul atau tidak, tetapi yang pasti, mesti, Ada sesuatu yang kau dapat di antara semua itu. Kau akan jumpa diri sendiri melalui orang lain, melalui pengalaman, melalui sakit perit dan suka tawa. Kau akan unlock some achievements, gain some skills. Kau akan jumpa dunia sebenar. Kau akan tahu apa yang kau nak. Kau tak akan dijahanamkan dengan teknologi. Kau tak akan mati dengan adanya, atau dengan tanpanya.

Bebas, perasaan bebas itu.
Freedom.

Monday, July 29, 2013

Goodluck ENT

Just Diba, being diba.

Tuesday, July 23, 2013

Patience

Naturally I am not a patience person.
I'd ditch someone for 5 minutes late.
I'd turn hulk if someone pissed me off.

Bus? Nah, not for me.
So future husband, dont worry, Gulfstream is just okay.. Heh.

But when it comes to this one,
My heart just melts everytime I talk to her. The same thing all over again. The same laugh at the same story. By staying with her, I learnt how to bear with anything. Despite of her strict manners yet very loving, She taught me to be a patience girl since I was young. To control anger, to tolerate with others, to sacrifice for the ones you love. That's her.

May Allah will always and always bless nenek.
^__^




Sunday, July 21, 2013

Friday, July 12, 2013

Hur

Saya rasa hur cantik. Saya x sangka saya boleh jd kawan dia. Terima kasih hur sbb pilih akujadi housemate kau

Thursday, July 11, 2013

Primadona girl, all I ever wanted was the world

Kalau aku tak duduk dekat Malaysia, mesti aku dah buat semua benda yang aku nak buat dari dulu. Mesti banyak impian aku tercapai dah. Mesti aku dah freehair, highlight rambut sana sini, tak payah susah - susah nak pakai tudung siang malam, cukur kening, inject muka sana sini, buat plastic surgery, pakai semua baju lawa-lawa, dapat pujian sana sini.

Ouh dan aku nak belanja anjing shepherd sekor dua. Aku suka gila anjing, cute adorable dan faithful. Tak macam manusia.

And yeah, sebab tu Allah tak bagi semua tu untuk aku. Sebab dia sayang lagi kat hambaNya ni dan tahu apa yang terbaik untuk kita, walaupun kita tak nampak.

Salam Ramadhan.
Jangan kejar dunia sangat, buat masa ni makanan.

Tuesday, July 2, 2013

Trust Issues

Satu hari aku pergi rumah junior untuk jumpa kawan,
Tanpa segan silu dan buat-buat kool tapi awkward aku pun bersalam - salaman dengan adik - adik rumah tersebut..

So this is me, salam - salaman dengan adik junior.


Lalalalaa~

Sampai tiba - tiba ada satu junior menerjah ke arahku..

" Ehh, akak senior ke.. kenapa saya tak pernah nampak akak datang!? akak ni cute lah!"

Dengan terkejut dan terkesima sebentar, Aku biarkan adik tu pegang pipi aku.

"Hihi.. mana ada lah, akak selalu je datang, selalu je nampak awak" ; 
Kata aku malu - malu sengih sengih. Hati aku dah berbunga - bunga, bertaman-taman, rama - rama, badak sumbu, elephant, dinosors semua ada dah.

Tak pernah kena puji macam tu.

___


Keesokan harinya. ( Esok punya besok punya besok, I mean ),
Aku jumpa junior tu balik, dia pandang, tapi tak tegur dah.

" Hai dik, ingat akak lagi tak? "

" Errmm, akak siapa eh.."


.
.
.
.
.
.


krik, krik, krik...
















And that's why I have trust issues.


Sunday, June 30, 2013

The Doctor

I'm old enough to know that a longer life isn't always a better one.
In the end, you just get tired;
Tired of the struggle, tired of losing everyone that matters to you,
Tired of watching everything you love turn to dust. 
If you live long enough,
The only certainty left is that you'll end up alone.

- Dr. Who , The Lazarus Experiment

Monday, June 24, 2013

Futur

Hari itu dia bangun,
Berus gigi, mandi, shampoo.

Buka almari,
Ditarik laci kanan, otak.
Laci kiri, hati.

Ditenung lama - lama.

Dicapainya stoking,
Seteguk kopi, dan terus terbang ke tempat kerja.

Hari itu dia decide untuk simpan sahaja dua syaitan yang merosakkan jasad itu.




Inspired by The Unprecedented Reality.

Wednesday, June 19, 2013

So here you come again!

Allahumma Balighna Ramadhan 
;)


Friday, June 7, 2013

6/6/2013 Daddy-kasi untuk Ahmad Romeyo

Tardis, Cikedees, Doritos.

Selamat dilahirkan ke dunia setelah bersusah payah Cik Beda mengusung mereka ke hulu ke hilir selama beberapa purnama.

Akibat insiden yang tidak diundang itu,
Beda menyalahkan Aku kerana tidak separatekan kandang. Dia dinodai.

Kini Amad hanya bergolek di tingkat atas sambil buat buat tido selepas bersusah payah Cik Beda kesorangan meneran dan mengeluarkan placentanya sendiri. DIY katanya. FU Amad, FU.

Sebab itulah Ayah selalu berpesan,
Jangan percayakan Romeyo. langsung jangan.

Kof3.

Siapa yang nak jadi Romeyo tadi?




baby baby comel ini suci dari dosa

Sunday, June 2, 2013

ALO 2013 : Challenging yourself, Creating a better you.

Aku tak pernah suka pergi meeting atau buat benda last minit.

Tapi event yang ni aku memang tak pernah pergi meeting, tahu - tahu je aku dah handle benda.
Bagi aku semua benda, akan terletak cantik elok kalau masa tu susun hensem-hensem.
Apa pun, kita bukan Tuhan, tak semua benda kita rancang jadi ;)

Oleh kerana event kali ni dah challenge prinsip aku, Semoga benda ni boleh buat aku jadi fleksibel lah kot, creating a better me kot.. lol *ketawa dengan serius dan sinis*

So, ALO II is done!

Terima kasih kepada semua!








Saturday, June 1, 2013

Ini baru Romeyo and Juliyet




Romeyo take me somewhere we can be alone

I'll be waiting, all's left to do is run
You'll be the prince, I'll be the princess
It's a love story baby just say yes


.
.
.

NO


Mommy says No!

Sobs, back to kandang.

Apa main kotor-kotor ni.. Go mandi  cepat  now kaih!