Hi I'm back!

Sunday, October 12, 2014

Tuesday, October 7, 2014

Hari itu di sana

Mata awak,
Walaupun sepet sebelah tapi comel sangat bila awak gelak,
Walaupun lepastu awak cakap tak nak gelak banyak dah sebab nanti cepat kedut.

Hidung awak, bibir awak, semua pun sudah terukir di hati.

Cara awak marah bila saya lupa harini anniversary kita,
Atau bila saya tertidur masa awak tengah membebel sorang-sorang,
Atau marah sebab awak tahu awak tak ada point dah nak marah saya.

Hari ini hari jadi awak yang ke 35,
Mata awak masih lagi cantik macam saya jumpa awak 17 tahun yang lepas.
Ya, ada sedikit kedut. Tapi tak apa, sikit je.

Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya.
Terima kasih sebab terima saya seadanya.
Terima kasih sebab masih lagi ada untuk saya selepas semuanya.

Saya mintak maaf,
Sebab banyak lupa selepas kemalangan 3 bulan lepas,
Saya mintak maaf sebab awak ada di situ sekali.
Saya mintak maaf, sebab sekarang semua dah tak macam dulu lagi.

"Maaf Encik, isteri encik perlu pembedahan hysterectomy dengan segera"

Perginya roh sementara dan jasad di tempat sebaik baik penyimpanan, permulaan segala kehidupan.

Pergi jua runtunan jiwa kasihku, semoga tenang ditemani burung-burung di syurga.
1 dekad mencuba, segala cara, tapi ini takdirnya. Ironinya aku hanya hamba, antara yang paling alim dari setitik ilmuNya, namun masih tidak dapat mengubahnya.

Hari ini hari jadi awak yang ke 45,
Jika awak masih di sini,
Saya rindu mata itu. Saya rindu senyum itu. Saya rindu segalanya.
Penatnya kosong ini, penatnya rindu ini.
Jika awak masih di sini..
Ya Allah, tenangkan jiwa hambamu ini.

"Stage 4 breast cancer with metastasis to the bone and brain. we are sorry sir ; unopposed estrogen, nullipara patient with first degree family history. If only we could detect this earlier"

Say something, I'm giving up on you
I'll be the one, if you want me to
Anywhere I would've followed you
Say something, I'm giving up on you

Tidak sangka hari itu saya boleh berputus asa dengan awak,
Noktah segala hubungan di dunia. Hanya doa merentasi dinding barzakh di sana.

Kau pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa.

Hari ini hari jadi awak yang ke 65,
Saya masih lagi menghitung hari untuk bertemu dengan awak.
Setengah hidup saya mengabdikan diri untuk ini.
Tuhan,ku mohon biarlah, biarlah walau hanya secebis dari rindu ini terubat.

I still look for your face in the crowd
Oh if you could see me now

If you could see me now would you recognize me?
Would you pat me on the back or would you criticize me?
Would you follow every line on my tear-stained face
Put your hand on a heart that was cold
As the day you were taken away?

....

"The experiment has been miraculously successful after tedious research and thousands of trials, lead by Prof Dr Kassem Rehan, a well known ObGyn surgeon, also the head of Obgyn and Fertility society of Asean Countries (OFFSAC)."

"After a long time, now we can help couples to have a baby outside the womb, using this biologically-artificial organ. It is inherited from the mother's own tissue to develop new uterus for the baby to survive the 9 months of antenatal journey. The procedures however are very strict to avoid any unethical misuse of the perpetuators, says the spokesman"

Hari ini,
Ku temu lagi mata itu, senyum itu dan bahagia itu, walau sejenak, walau sekejap.
Tuhan, jagakan dia anakku,
Kerana kutahu masaku tidak lama,
Kerana sebentar nanti tiba masaku menyusul
Untuk kembali tidur kepangkuan cintaku yang di sana.










Friday, August 29, 2014

Dan,
Aku tidak akan bertanya lagi.

Jawapan yang sepatutnya sudah ada, sudah ada.

Dan,
Jangan ditanyakan lagi benda yang tidak pasti.

Benda yang tidak ada hari ini, bukanlah untuk hari ini.

Konflik suku abad

.

Pilihan antara yang mahu, dan yang perlu.

.

Pastikan 10 tahun lagi jika aku masih hidup, aku akan toleh kembali dan senyum sinis dengan pilihan yang tak dibuat.

Wednesday, July 23, 2014

The power of doa

Dari Abu Ad-Darda’ (RA) dia berkata: Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama.”

(HR. Muslim no. 4912)


Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

(Al-Ghaffir : 60)


Maybe that's the real #pray4Gaza or #pray4mh17 or #whatsoeveryoupray4 is all about.
Make sure ia bukan sekadar di media ghaib ni sahaja.



Tuesday, July 15, 2014

Everybody has got something to hide


Dia atas katil wad kecemasan,
Duduknya seorang wanita awal 20-an di tepi katil.
Bongkok posisinya, terbenam dalam luka tangannya.

Aku dikerah untuk ambil patient history bersama seorang rakan lain.

"Macam mana boleh kena ni?"

"Terkepit pintu"

Aku diam.
Aku tengah imagine pintu geriji besar mana sampai boleh cucuk dalam macam tu.
Aku perhatikan gerak gerinya, calar di mukanya, parut di dahinya.
Dia kelihatan relax, walaupun sudah ada bekas darah beku yang tak dibersihkan lagi.
Tak macam orang-orang yang terguris sikit pun jerit macam hilang kepala. Nonsen.

General examination,
Conscious,oriented to time place and person, average body build, pale lips, no jaundice no cyanosis ..

Itu bukan pale kataku, itu kesan rokok. tanya sama ada dia smoke atau tidak.
Patient cakap tak.

Exposure,
Kawanku tarik lengan baju di sebelah lagi.
Ternampak 5-6 lagi kelar, yang berparut, yang baru, yang infected.
Terkejut kawan tu tengok tangan yang berbirat. Ada luka basah lagi. patient terus menarik laju-laju tangannya, dilonggarkan sinsing tadi ke bawah. Dia pun terkejut gamaknya,exposure tanpa consent.

Bertalu-talu soalan spontan dari si kawan ; apa tu, macam mana boleh jadi macam tu, etc. Dia tiada pengalaman orang mahu suicide attempt mungkin. Atau sekadar mahu attention.

Aku kata sudah, Jangan ditanya lagi patient itu, tegurku dalam bahasa melayu. Nasib baik ini bukan Malaysia. Mencarut pun tak ada siapa tahu.

Kes dibawa ke doktor atasan. Patient hanya di dressing oleh nurse, dan dibiarkan sebentar menunggu konon-konon ikut prosedur. Dia tidak tahu psychiatrist on the way.


...

Every patient is a liar until proven otherwise.

So does everyone.

“If you want to keep a secret, you must also hide it from yourself.”

Sunday, June 22, 2014

Bintang bulan matahari itu milikMu

Ketika malam telah menjadi gelap,
Dia melihat sebuah bintang lalu dia berkata,

"Inilah Tuhanku"

Tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata,

"Saya tidak suka kepada yang tenggelam".



Kemudian tatkala dia melihat bulan terbit, dia berkata,

"Inilah Tuhanku"

Tetapi setelah bulan itu terbenam dia berkata,

"Sesungguhnya jika Tuhanku tidak memberi petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk orang-orang yang sesat".



Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata,

"Inilah Tuhanku, ini lebih besar"

Maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata,

"Hai kaumku, aku berlepas diri daripada apa yang kamu persekutukan".



6:76-78

Sunday, June 15, 2014

Aku rasa dia sunyi,
Dan hanya mahukan teman,
Sementara.

...

Thursday, May 15, 2014

The Forgotten

Angin malam itu sejuk, membelai pipi.
Mengajaknya pergi, jauh dari sini.
Hadir seketika hanya untuk memenuhi massa,
Diantara ruang, Diantara masa.

Tiap tangis doa di lembar sejadah diaminkan
Tiap aksara cinta penuh kasih disampaikan
Tiap kata nista di celah gelap ditunggu masa untuk disirnakan
Kicauan burung pun dititipkan nota merdu tulisannya.
Tidak siapa peduli.

Namanya pudar tidak dikenang ditelan saat, dimamah waktu.
Ruhnya luntur tidak lagi berdiri, sendiri mati dimakan sepi.

Dia hilang,
Menjadi debu,
Menjadi partikel,
Menjadi atom,
Menebar sayapnya terbang bersama angin.

Thursday, May 8, 2014

on time


 “Do not curse time (al-dahr), for God is the one who crafted time. ”

Friday, April 25, 2014

Sabar

Dia.
Maaf, aku perlu ketepikan seketika.

Membebel sorang -sorang, suka memberontak, tak senang duduk sentiasa kena distract.

Kadang - kadang dialah teman lembutkan hati di kala aku nak givup. Sedih. Down.
Walaupun dia pun benci apa yang aku buat tak ada arah motivasi.

Pagi itu aku baca buku,
Tekup telinga dengan headphone purple putih. Pasang lagu kasi kuat supaya dia boleh menyanyi sekali dan tidak bosan.

Sekali sekala aku melayan. Tak rasa dipinggirkan. Main candycrush, kemas bilik, masak, berangan kat pinterest, main kucing, balas mesejan.

Rehat kejap-kejap atau dia mengamuk merajuk satu hari tensi.

Tak apalah. Apa yang kau suka nanti kita kejar, lepas habis, habis semua ni, ok?

Sekarang kita break a leg, kick some ass(es?). Get rid of benda yang kita tak suka ni, ok?

Now, behave goodgirl.

Pujuk otak kiri kepada otak kanan aku.

Monday, March 17, 2014

Hati hingus

Pulanglah segala duka, kau tak patut bertapak di sini.
Kadang-kadang untuk kuat kau perlukan vaksin, single dose atau booster.
Atau sekadar survive post infection sudah mencukupi untuk long life immunity.

Survive.
Letak deadline dekat semua penantian.
End those sufferings.
To be happy is always an option.
Choose happiness.

But I never say it wouldnt hurt.
But I promise it would be just another phase.
A phase with progression.

Thursday, February 13, 2014

Bidadari kaki

Kita terlalu serupa.

Cela aku, cela kau.

Baik aku, baik kau.

Lopong ini tiada siapa yang isi, kekal terlopongnya.

Mengapa takdir begini. Menetap sehingga mati.

Jadi, aku ambil keputusan ini.

Selamat tinggal buah hati, biasan diri,
Hati ini mahu pergi.

Menuju ke lohong putar sakti.


Begitulah cerita semalam macam mana salah satu stokin aku menghilangkan diri setiap kali lepas dimasukkan ke dalam washing machine.

Pfft.



Thursday, February 6, 2014

Bacalah





Masa kecik-kecik dulu, lepas maghrib ibu mesti suruh aku dengan abang-abang aku semua baca Quran. Entah apa yang dibacanya pun tak tahu. Dengan tajwid tunggang - langgang. Dengan main cheat skip muka surat sebab lawan siapa habis dulu.


Selain Ibu, Cikgu Asmah dengan Makcik Shila depan rumah pun pernah ajar mengaji jugak. Tapi yang paling garang of course Ibu :3


Ingat lagi satu malam tu rumah blackout, kena mengaji gelap-gelap depan lilin sambil air mata menitik-nitik sebab kena marah salah baca ulang-ulang ngan ibu. Basah jugakla mukasurat quran tu, kalah love story dalam tv. Fuhh. Garang betul ibu time tu. Kalau sekarang ibu marah semua orang gelak. Heh. Err, kecuali adik-adik aku la.


Sekarang bila bukak balik Quran, mesti ada tarikh-tarikh tempat berhenti baca dulu. Nostalgia Quran yang sama juga baca sekarang ni. Cuma baca dah tak tunjuk pakai lidi, baca pun sendiri-sendiri. Tak janji pun setiap maghrib akan baca. Semua atas diri sendiri.


Sekarang bila balik Malaysia,


"Azzad mamat, Lica.. Pergi mandi solat, baca quran"


Aku senyum je.

Aku pernah berada kat tempat tu dulu.



🐥

Sunday, January 26, 2014

Laksa

laksa ibu paling best dalam dunia ni. Walaupun selera orang lain-lain, bagi aku laksa ibu tetap nombor satu.

Satu hari ibu suruh pergi beli daun kesum nak buat laksa.
Aku dengan girang gembira ke kedai dengan harapan lagi sejam aku dapat makan laksa ibu.


"pakcik, daun ketum satu", senyumku lebar.



Nyaris Ibu ayah tak masuk lokap haritu.


🐥

Location:Tiba,,Egypt

Friday, January 24, 2014

Muktamad

Berkocak - kocak pemikiran di sepanjang tengah perjalanan.

Tapi di akhirnya nanti,

Muktamad.

🐥

Wednesday, January 15, 2014

Bermulanya dengan sekiut Meow

Sally berlari di tengah gerimis, teresak-esak dan berhingus-hingus melawan arus angin dan lecak. Sesekali mengesat hingus dengan tisu yang memang sudah basah dek hujan yang semakin lebat.

Dia duduk berteduh di perhentian bas, seorang.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.10 pagi. Lewat 40 minit untuk ke kerja. Matanya lebam, semalaman tidak tidur berdamping dengan air mata dan perasaan. Yang setia menemaninya ketika itu adalah bayangnya dalam samar gelap, dan comforter sebagai comfort.

"Teksi!Teksi!!!" Sally meluru ke arah teksi menghulur tangan tanda suruh berhenti.

*Splash*

Hanya percikan air lecak yang Sally dapat. Dang.
Sekarang baju putih pemberian orang yang paling disayangi lagi benci sudah bertukar warna. Ambivalence.

"Fine! Sekarang Teksi pun reject aku" Getus hatinya.

 Dia kembali duduk di perhentian bas, meratapi hidup, meratapi baju yang sudah kotor, teksi yang tak mahu berhenti, kerja lewat, mata lebam macam panda, perut lapar tak sarapan lagi,  dan semua hubungannya yang tak pernah berkekalan, termasuk yang paling lama pun musnah malam tadi setelah hampir 3 bulan dipertahankan.

{Flashback}

"Saya boring ah, awak ni suka potpetpotpet, complain pasal nak pakai baju apa pergi kerja esok lah, badan dah gemok lah, Muka tak macam Taylor Swift lah, bla bla bla, bosan tahu tak. Jom Clash. Bye!" - Encik M

{End of Flashback}

Dunia sudah sampai di penghujungnya, Bagai jatuh ditimpa tangga, Sally sudah putus harapan dengan semua.

"Meow"

Sedang teresak- esak, tiba - tiba seekor anak kucing mengiau di tepi kaki Sally. Entah celah mana jatuh turun dari heaven nya tah. Sally ambil anak kucing parsi yang basah kuyup itu dan letak ke atas kepangkuannya. Diusap bulu makhluk comel itu. Terubat sedikit hati Sally melihat ada makhluk yang setara dengan keadaannya sekarang.

"Hello, boleh pulangkan Kitty kepada saya?"

Dunia makin cerah. Hujan di hati terhenti. Seorang jejaka kacakiut tepacak di depan Sally dengan payung dan senyuman manis. Dia juga sedang mencari sesuatu yang hilang.

Cinta datang lagi.