Hi I'm back!

Saturday, December 31, 2011

Alisya

Masa ibu mengandungkan Alisya, ayah kerja dekat UK sekejap.
Ayah balik betul betul time Alisya da nak lahir tu..
so untunglah budak ni baby baby dah pakai baju pekakas mahal oversea, lucky you. *jeling tajam* haha.

hari masa ibu dah nak due to, aku, abang ngan ayah stay dekat hospital..

okeh, dah boring boring tu.. kitorang main bet pasal baby yang keluar nanti.

31/12/2002
Ayah : cuba teka baby girl ke baby boy yang keluar nanti.
Abang : baby girl
Aku : baby boy
Abang : tak.. baby girl la
Aku : baby boy laaa!

and then there she was, a gedikgirl coming out from Ibu's womb.
and nenek always say that Alisya resembles me the most.


that time, I lost that bet.
tapi aku tak ingat apa abang aku dera buat time tu =.="

but now i keep thinking that alhamdulillah, lucky she was and still =.=" a girl.
rumah aku boleh jadi tempat perang kalau semua sibuk nak gaduh main video games dan main bola sepak dan main wrestling.

now
You've grown up so fast, dear
^__^

May all the beauty in the world would not loose you to lust
May all the sorrow and pain would not solenoids you and make you stumble



May Allah guide you and keep you on the straight path,avoid us from igorance and purify us for the hereafter, amin.


happy birthday~





Wednesday, December 28, 2011

sebesar zarah

Sebesar zarah hak manusia yang telah kau ambil

Sebesar zarah  perasaan teraniaya yang disimpan

Sebesar zarah itulah yang tak tenteram ke atas ke bawah hitungannya nanti.

Sipi sipi..


" Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) "


99:7-8 ]

Monday, December 26, 2011

Hoda

"Kami akan buat pembedahan puan minggu depan, sebelum tu, kami kena examine puan dengan pelajar pelajar kami dahulu, okay?"

Puan Hoda, 27, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Dia didiagnos mempunyai kanser payu dara setahun lepas.

Baju dibuka penuh malu, badannya diraba seorang demi seorang yang majoritinya lelaki di khalayak golongan bakal doktor itu.

Lama kelamaan baju semakin direndahkan, tubuh makin disorok.

''boleh saya pergi sekarang,doktor?'' tanya Hoda kepada pakar bedah.

''ouh,tunggu lepas semua pelajar tengok awak dahulu nanti awak boleh pergi''

 semua telah selesai dan Hoda cepat cepat keluar, dan cikgu kembali mengajar pelajar.

Diluar kelas, Hoda dihulur 50 geneh oleh seorang doktor. Mukanya merah. Dia teringat anak dan suaminya di rumah.

Mungkin lepas ni setiap orang dari kita perlu ingat untuk mengucap salam dan berterima kasih kepada Hoda Hoda yang akan datang tidak kira lelaki atau wanita yang telah mengorbankan sedikit aib mereka untuk masa depan kerjaya kita.



''salamtik''



tak susah pun nak cakap.

Friday, December 9, 2011

It's Friday

Friday Friday Friday..
Gotta get up for Friday's Prayer guys!

Ohoo.. teringat lagu Rebecca Black, someone light up my day this morning with the altered song. Tq friend.

I was a bit upset this morning. and a little bit last night. kecewa dengan diri sendiri, aiceh..
so untuk mendistract diri dan menyerap segala cas positive yang ada dalam bumi ni, aku kol orang sana sini. luckily orang rumah angkat phone, kalau tak aku dah bakar dah telepon ni =.="

So here it goes what makes my heart soothe a little bit and save me a lot;

When someone harms you, even if it is a deep wound, forgive them.
Forgive them not for their sake, but as a sign of gratitude to Allah.
Why you ask? For making you the victim and not the oppressor.
There is no crime in being a victim, rather it brings you closer to Allah and rids you of sins.
But as for the oppressor, they'll have to face their Lord one day. So in reality, they are their own greatest victims.



Syukur, Aku hampir menindas orang pada hari Jumaat yang mulia ni, dan menjadi mangsa kepada diri sendiri.
Sorry, and this entry is my sorry for my bad.

Tuesday, November 29, 2011

Kau beralas kasut, Aku menapak duri.



Aku rasa apa yang kita buat ni tak betul.
Aku bukan orang yang baik,
Aku banyak buat silap.
Aku rasa kita berhenti di sini je la,
Aku nak cari jalan lain untuk belajar perbaiki diri.


Maka berlalulah Salim meneruskan perjalanan mencari pelangi. Tinggallah seorang sahabatnya di dalam ribut menunggu mentari.



...



Jika kau jumpa jalan untuk ke syurga,
Pimpinlah daku sekali,
Bukan mengundur langkah mementing diri,
Membiar jasad tah hidup mati,
di lubuk gelap tak bertepi
Terkapai kapai seorang diri.




Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

[At-Taubah 9:71]



Tuesday, November 22, 2011

Talib

Talib seorang jejaka tampan di taman perumahannya. Pada zaman mudanya, Talib seringkali menjadi pujaan gadis - gadis sebayanya kerana gayanya yang macho dan pandai main gitar. Seringkali Talib ditemui berjemming sambil putung rokok disedut dan dihembus asap dengan penuh macho bersama geng boybandnya.Tapi bukan itu sahaja ceritanya. Dan tapi, itu hanya dulu.

Tapi semua telah berubah setelah satu peristiwa yang membawanya ke pangkal jalan kembali.Talib menyesal. Talib tidak mahu lagi menghancurkan impian ibu bapanya. Oleh itu,Talib mula berusaha bersungguh - sungguh, mencari diri, mengutip ilmu untuk menjadi insan yang berguna. Hasratnya hanya satu, ingin sekali dia mengukir senyuman pada wajah orang tuanya yang telah penat lelah membesarkannya. Inilah masanya.

Sambil menelaah pelajarannya, hanya rokok menjadi teman setianya di kala membanting tulang menahan mata yang membengkak tika dinihari. Pada tahun akhirnya di menara gading tempat ilmu ditimba, Talib merupakan seorang pelajar yang dapat dibanggakan. Bergraduasi serba megah, cita - citanya tercapai. Bergenang air mata kegembiraan ibunya melihat anaknya itu.

Talib seorang yang ternama dan bergaji mewah ketika ini. Tapi malang tak berbau, duit tidak dapat membeli segalanya. Harta semua kan kembali kepada dunia, hanya bersujud kau bersendirian ke muka tanah, menghadap Yang Esa.

Semua kerana gara - gara penangan sahabat baiknya itu, Talib tumpas.

Setelah impian tercapai, duniawi digenggam, namun satu satu diambil kembali. Dunia tidak kekal, Talib. Kau tersalah sasar tidak fikir anak anakmu dan hari esokmu di Sana.

Talib didiagnos mempunyai kegagalan fungsi jantung dan hati.
Kegagalan jantung dan hati menyebabkan hormon estrogen meningkat dalam badan
maka terjadilah gynaecomastia.

Maaf, rokok tak membuat Talib jadi macho pun lagi.

Kanser paru - paru?
Buah pinggang?
Sakit jantung?
Darah Tinggi?
Kencing Manis?

ahaa.. semua bersangkut paut. Perlu aku listkan lagi?

Tidak siapa mahu kau menderita bergantungan dengan ubat untuk hidup, dan meminta-minta mesin bantuan pernafasan untuk lihat dunia ini sedetik lebih.

Sihat sekarang? oh tidak, segalanya memerlukan masa yang kau takkan dapat kembali tu, bukan?

Fikirkan masa depanmu dan keluargamu, Talib.

Bukan ini yang diharapkan ibu bapamu.
aku ulang, ibu bapamu, wahai Talib.

Mewah tapi miskin.

Semua orang memang akan mati, tapi matilah dengan cara lain.

Jangan bagi orang menderita sekali.

Ramai lagi yang sayang kau dari diri kau sendiri.

Saturday, November 19, 2011

Zzz


@___@

ada ke orang dalam dunia ni yang malas tido.

malas?

seriesly?

Sunday, November 13, 2011

#_#

ahaaaa
bila senyap sunyi pun membunuh aku terjaga dek detik masa,

aku cabut bateri jam.

"bosan aku dengan penat"


Friday, November 11, 2011

The Story


..

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya)

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?" 

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)

(The story : Al-Qasas 1-13)








"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" "Surely we come from Allah and surely to Him we return" 


"O Lord, reward me for my affliction and give me something better than it in return, which only You, the Exalted and Mighty, can give." 
(Ummu Salama Hind Bint Abi Umayya)

Monday, October 31, 2011

clever sangat


hasutan

cubaan
ini adalah tumblr-thing =.='


ps ; orang melayu memang suka megarut eh

Saturday, October 22, 2011

lyeighthjsgdcyfsgvddfvi!

tatau tajuk #,#
bolak balik infinity.

Monday, October 10, 2011

Balas Dendam

Sudah termaktub dalam luh mahfuz aku dilahirkan sebagai anak perempuan pertama.

jadi aku mempunyai dua orang abang yang jarak umur tak beza - setahun dan dua tahun lebih tua dari aku.

Jadi jangan salahkan aku kenapa aku suruh ibu belikan seluar sebab pakai skirt buat aku susah nak panjat treehouse yang buat dengan abang kat belakang umah. Atau kenapa nenek belikan digivice sorang satu tak nak kasi bergaduh, kenapa aku boleh hafal semua nama Pokemon, main kereta Deshankuro (tak tahu eja) , main PS, tgk WWF time malam, buat rumah dengan kapal terbang guna Lego, habis semua jilid komik Dragonball atau main naga- naga guna selimut sambil latam tilam sampai kena marah ngan nenek.

Sebab semua pengaruh abang - abang aku.

Ibu Ayah beli banyak Teddy Bear, tapi aku tak tahu nak main dengan sapa. So bila abang tak de, aku main je lah sorang - sorang dengan teddy bear tu dengan imaginary friend sampailah aku jumpa Sara. Kami main Barbie sama - sama setiap petang lepas pindah rumah. Tapi di rumah aktiviti bersama abang - abang masih diteruskan.

Bila gaduh pulak, kitorang 3 orang (aku, 2 abang) tak main tempeleng terajang, sebab nanti kena 'hing' dengan nenek ( sangat garang )  therefore untuk nampak sopan sikit kitorang gaduh main ejek-ejek nama je.

Oleh kerana dendam kesumat yang terbuku dalam hati, aku simpan memori tu sampai sekarang.

..

Satu hari salah sorang abang aku pergi kelas dengan senang hati, dengan beg yang ringan dan hati yang senang.

"okay murid - murid.. hari ni kita belajar simpulan bahasa.. sila keluarkan buku teks muka surat 10 " - kata cikgu

Abang aku pun bukak beg nak cari buku.

Kosong.











Hanya teddy bear besar yang ada dalam beg, aku masukkan pada malam sebelumnya..


dudududuu...

kenangan dengan nenek ^__^



Saturday, October 8, 2011

If the distance is far away,
Then run after it,
If you feel that it's not beside you,
Then grab onto it.


a minute of mess doodling

Monday, September 26, 2011

kick ass




this may sound rude,
but 'kick ass' by the definition means (as motivator) to beat up / defeat something terriblely in an awesome way,better than cool, and cooler than sweet :D

so, something's on your way to reach what you want?
laziness? procastination? being idle?
we're gonna fight the feeling,
we're gonna kick ass!
^_______^

*dang*

As to those who believe and work righteousness, verily We shall not suffer to perish the reward of any who do a (single) righteous deed.
-Kahfi 18:30

Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 19, 2011

Dancing slowly in an empty room

= black and white collection =
< bajet creepy >


Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Then you go and let the lonely in
To take my heart again





2am, where do I begin
Crying off my face again
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed








yay!!

-.-"

Thursday, September 15, 2011

angry bird

bangun pagi,mandi

bukak lemari, eh ada baju baru nampak.

songlap baju orang.

kutip baju.jemur kain.

nak masak.. ouh, ibu da siap masak semua rupanya.

tengok tv tengok katon tengok dragon ball tengok nicklodeon.

treett tett.. mesej masuk.

kol.

'petang?'



abang.kereta?

- 'lambat'



ayah, - 'ngaper?'

- umah diba.



okek.

tido

bangun.

cardigan.tudung itam xyah gosok.

sesat. ya, sesat yang selalu bawa aku ke mari.
roundabout. uturn. hujan lebat.

tunggu tepi bas stop. hujan. tukar seat. masjid.

gerak.sesat. koling.

sampai. kunci. buku.

byebye lalank.goodluck ^__^
insyaallah.

balik

makan

nasigorengkampung.nasigorengdagingmerah.tehtarik.tehOaislimau.

tuka seat. hujan lagi.

langgar anjing, dapat bonus mark..err..tak tak.. acah je..

=.="

okay,

tepi bus stop.

byebye lalink..tQ, see u again ^__^
insyaallah.


jem.jem.jem. demitsiketamcrabbypatty

flyover.mines.balakong.jusco.btho.

hujan lagi. kenapa hujan tak berhenti? :|

..
owh, ini random thoughts kata kunci yang berlegar legar dalam kotak penyimpan saki baki neuron aku untuk harini.

rain rain..wash away the pain..

terimakasih kepada yang berkenaan. maaf kepada yang berkenaan.

kadang kadang main angry bird mesti kena abuse restart button.

re-start.

life tak boleh restart atau abuse.
kau ada satu nyawa je..



contohnya - bawa kereta elok elok di jalan raya.

Tuesday, September 6, 2011

Destinasi sama, bukan sekadar persinggahan.


Dia memutar stereng,
tangannya yang sebelah lagi memegang bungkusan teh tarik yang dibelinya tadi. Dihirup straw tanpa henti, meneguk air membasahkan tekak. Mata melilau kanan dan kiri sesekali menjeling ke cermin tepi sisi.

Semalam sudah isi minyak full tank, berbunga hatinya ingat boleh tahan sampai eosk hari, tak perlu mengintai nasib bertumpang kasih di stesen minyak kegemarannya. The one and only.

Nak dijadikan cerita, tak sampai tengah dinihari pun, minyak tiba tiba kelihatan semakin kurang meruncing. apa masalah tak tahu, terus risau jadinya. Tanpa berlengah, dibuang ego jauh jauh dia pergi lagi ke stesen minyak untuk menambah apa yang missing atau ter-miss untuk mengisi semula bekalan untuk hari tua.

"Bang, ni bukan pitstop bang.. rnr pun bukan yang abang nak singgah kejap kejap lepastu pergi"

hampa.
kereta masuk workshop esok pagi.

maafkan aku,si driver tak bertauliah.

Monday, September 5, 2011

hanyut

sekadar gambar hiasan tanpa motif yang kukuh.
ambil sajalah suratan takdir sebagai pengajaran--kot =.="

Maaf bicaraku tanpa kata-kata
hanyut terbuai dalam diam sunyi dan sepi sendiri
antara ruang dan waktu diantara dimensi.

selamat hari raya~

sekadar nukilan kosong,
harapnya tidak terkilan.

Monday, August 22, 2011

nilai secincau ramadhan

Susah payah bobby berlari lari mengejar train..tapi terlepas juga. Keringat ditepis,dikesat pada baju.dia terpaksa ke kaunter semula,untuk membeli tiket baru. Tapi kali ni, train yang lembab punya je tinggal sebab yang laju punya dah habis.
 

6 petang.
sementara menunggu train sampai, Bobby membunuh masa dengan androidnya. Dia bajet macam dia sorang je la ada android kat situ. Padahal dia saja buat buat sibuk sebab tak nak makcik sebelah ajak borak.
 

15 minit kemudian train sampai, Bobby laju laju lari ke pintu train sebab tak nak rebut dengan orang lain bila masuk.
 

Bobby masuk,
 
masuk cari seat
 
dan terus duduk dengan posisi yang selesa..
 
Tak lama kemudian ada sorang pakcik datang,
 
''Tumpang lalu dik..''
 

Bobby bagi laluan pakcik tu untuk duduk di sebelah tingkap di sebelahnya.
 

Nasib baik pakcik yang duduk, kalau makcik ke,kang dah susah asyik bising je ajak borak. Getus hati Bobby.

Tapi di sebelah kiri Bobby di seberang sana ada dua orang kakak.mesti suka gosip.
 

''kamu sekolah lagi ke, dekat mana?''
Tiba tiba pakcik bertanya memecah kesunyian.
 
''oh, saya belajar dekat seri iskandar pakcik, baru je masuk''
 

''oh, balik rumah la ni ye.. Pakcik pun ada anak..bla bla..sekolah..bla bla..kerja..bla bla..rumah..''
 

Dan seterusnya.
Bobby hanya mengangguk angguk, geleng, senyum dan bersetuju sahaja dan tak lupa juga redha je dengan conversation tersebut.
 

''Eh, dah nak buka ni, kamu tak bawa apa apa ke?''
 

''Err.. Tak pakcik, saya bajet tadi naik train laju, boleh sampai sebelum berbuka..jadi memang tak ready apa apa langsung pulak''
 
''Okay takpe takpe.. Nah air cincau ni, sikit lagi bukak, minum ye.ni pun ada kurma dengan roti sekali jugak pakcik bawak, makan ye..''
 

Pakcik mengeluarkan roti dan cincau dari begnya. Satu satu diberi kepada Bobby manakala Pakcik sendiri hanya menyediakan air mineral untuk dirinya.
 

Azan berkumandang tandanya masuk waktu solat maghrib bagi kawasan sekitar. Bobby menjamu roti tersebut perlahan lahan. Pakcik juga meneguk mineral membasahkan tekaknya yang kering berpuasa dan setelah bercerita salah silah serta tamadun keturunannya kepada Bobby sepanjang perjalanan tadi.

Tiba tiba pakcik teringat ada sebungkus coklat zip strawberry yang dibelinya tengahari tadi untuk anaknya. Diambil satu dan dihulurkan ke arah Bobby yang sedang khusyuk tengok juadah kakak sebelah sambil meneguk cincaunya.
 

''Bobby, amek ni..'' pakcik menyapa dengan senyuman mesra.
 

Bobby kalih dan terus terkejut dengan pakcik yang baik hati tersebut. Tahu tahu sahaja air cincau dari mulutnya dah tersembur ke arah muka pakcik sebab terkejut sangat..
 

Babak di atas berlaku secara spontan, dan sekelip mata tanpa diduga dan lagi cepat dari gag reflex.tak perlukan impulse neuron ke cereberum langsung kalau nak cakap.
 

"Sori pakcik!! Saya mintak maaf!!! "
 

Bobby terus kelu, dan masih tergamam.. Dia pun bengong sebentar dengan apa yang berlaku.
 

''Tak apa..tak apa.. Kamu ada tisu tak?'' keadaan menjadi semakin runcing di situ.err, paling tidak pun dalam hati Bobby.
 

''Tak de pakcik..'' kata Bobby semakin bersalah. mukanya sudah berubah menjadi straight face.
 

macam macam bermain di fikiran Bobby ketika itu.apa aku dah buat ni? macam mana boleh jadi macam ni? apa salahku,apa dosaku naik train? tidakku minta lahir ke dunia..*tiba2 ternyanyi* mana muka nak sorok? mana nak lari?, takde seat kosong di belakang? nyorok toilet?
 

''Oh, tak pe tak pe..''
 
kata pakcik lagi sambil mengesat mukanya dengan lengan bajunya. Mujur sahaja tiada cincau yang melekat..




 

Bobby ada satu jam setengah lagi perjalanan bersama pakcik di dalam train itu..


hanya kedengaran terang-terangan (ganti bagi sayup-sayup mungkin) kekekan ketawa yang menjengkelkan dari akak akak sebelah kerusi.


lalu dengan pasrah Bobby hanya pandang straight ke kerusi depan menahan malu dan peritnya penderitaan menjadi seorang Bobby ketika itu sehingga satu masa yang telah ditakdirkan..






 

Dududududuudududuuuu...

Gambaran penulis ;  Pakcik dan Bobby di dalam train


[Pakcik tu da tolong macam macam, bagi macam macam.. tapi bila dia mintak selai tisu je pun aku tak de.. T__T ]

-Bobby (dekat dekat dengan nama sebenar)


Terimakasih pakcik, selamat hari raya! :)

Friday, August 12, 2011

mesej diterima.nikah ditolak




Dia menunggu di dalam kereta
Dahinya berkerut kerut..
Teringat satu persatu momen indah bersama si dia.

Sanggupkah aku? Mampukah aku? Benarkah dia jodohku?

Terbayang 'chumil' wajah si jelita terkekeh kekeh pabila dipuji ; hai, awak nampak ayu lewr rinie,
sambil memintal mintal rambut separuh perang separuh merah,eh tak,ehh..mungkin brunette..eh..eh (identiti tak dapat dikenalpasti sebab kaler dah mix up) tapi yang pasti ber'highlight' blonde.

'nakal la you ni.. I kiss kang' kata si girldikpren

'hik hik.. Sebab I nakal, U kena belanja I makan hari nie' kata si boayapren.

'tak nak..U la banje I mekdi.. Kalau tak I majuk nanti haaa..I nak majuk da ni, nak majuk dah..aiyook'

tiba tiba duit gaji nak belikan mak baju kurung raya terkorban pada hari tersebut sebab TERpaksabeli additional dress untuk si jelita yang dah merajuk.

...
end of flashback.

Matanya sudah berpinar. Conversation paknye dengan bakal mentua didengar satu persatu semasa dalam kereta sebab bapak lupa off henset masa upacara merisik diadakan

"Anak Pak aji pakai pelekat
pelekat dipakai bersama serban
datang kemari dengan berhajat
ingin menyunting bunga di taman"

kata wakil


Aku suka tengok katon,
tak yah lah nak berpantun pantun..

balas si bakal bapak mentua.

Kita jimat masa je lah, korang rombongan nak pinang anak aku si Melli Choleslaw tu kan, ok deal.set je berapa ari bulan.

*pungpangpungpang..mukadimah dimulakan,celoteh diteruskan*

'aku bukan mata duitan ke apa, kau bagi je wang hantaran 8ok, cincin permata yang permata dia kau carik sendiri dalam tiram laut mediterranean, dengan 5 pasang sepersalinan untuk kakak dia sebab dah langkah bendul lepastu yang lain lain tu,ikut suka lah kau nak bagi apa, mudah kan syarat aku, jangan susahkan diri sangat. Prewedding video, potograph ke tak payahlah sangat, macam aku tak tau pulak besepah dah gamba korang siap caption "we lap mop each other so mucho" / " kerana baby, lautan pirana sangup dalink renangi, gunung berapi sangup link terjahi" kat mespes tu.. Tak payah der nak terjah terjah gunung pulok ekau eaih.Tak kuasa den tengok anok eden berlaki orang cacat takdo telingo digeget dek pirana tu ha.
...

Hatinya tergamam, tak sangka bakal bapak mentuanya itu kaki stalk jugak. Mespes plak tu, zaman silam okay, sekarang orang g+ je.loser benau.

pikirannya berfikir secara kuat lagi,
8ok? Apagilo ke.aku kerja 4o bulan pun gaji tak kan sampai separuh dari tu.ingat anak tokey balak ke apa, okay fine alasan ni kena crossed out drop down sebab dia memang anak tokey balak pon.

Air mata mencucuri pipi, peluh jantan membasahkan ketiak. Tak apply rexona no sweat celen langsung. Tak kan sanggup dia melepaskan cinta hati seperfek Melli CHoleslaw poojaan hati. Kalau bagi Aishwarya Rai pun aku letak tepi. Tiba tiba semua flashback membanjiri jiwa..

Senyumannya,
jerawatnya yang comel tapi dah tak nampak sangat sebab dah kena mekap tebal tebal,
gaya gedikgedikgedik comelnya yang jalan macam penguin retard hilang sayap,
the way dia korek hidung dengan penuh khusyuk masa tengah tunggu bas-tapi-sebenarnya-aku nak-buat-seprais-dari-belakang-ternampak-pulak-adegan-babak-tersebut.
kulit mulus pulus pilus ngilus yang putih melepak sebab dah terhakis dek temulawak
gaya gelaknya yang kiut lagi lagi bila dah segan terlepas kentut time dating,
dan banyak lagi

alahai..manakan sampai hati seorang jejaka untuk menolak rupawan secomel Lisa Surihani apatah lagi untuk menolak hidup bersama. Dia sudah siap morph bakal gamba anak anak mereka.semua comel comel jugak.

Tapi kejap..satu notification diterima.
(data out of date.you may have high risk to be infected by virus)

'' '' '' ''
(updating process required.continue?)

(yes)          (no)


no button tak leh tekan sebenarnya jadi dia taip ON yes dan hantar ke 88188 .
Sepantas kilat update process dimuatturun ke dalam otak.

systemnya menerima input waras yang baru
Neraka apakah?!

Jerawat? Temulawak? Mekap tebal? Badut? Tak natural beauty langsung!!
Baju lawa lawa?dress?  Bodyshop? belanja sampai habis gaji? Kikis duit? 8ok?! = no money no talk, no money i die, when i die, i also cannot talk.. So what's the point?
Korek idung kat public? Kentut senyap senyap!! Maigoddd..ewwww..

Apa aku dah buat ni.. Hancurkan idop sendiri??

Aku tak payah Melli Choleslaw dalam idup pun tak apa, mungkin Bedah anak pak Aji yang tak delah rupawan sangat tapi sekadar boleh urus makan minum ngan ajar anak anak aku mengaji pun dah cukup lah tu untuk sehidup semati..

[ Salam Bapak, kensel tunang pak.. Saya tak nak virus ni infect hidup saya sampai mati.biar sakit kejap tak pe,putus cinta,withdrawal symptoms,nanti ada ubat lain..mungkin cinta yang bawak ke akhirat lebih bermakna. bak kata pepatah prevention is better than cure. An apple a day keeps the doctor away.saya nak pegi umah pak Aji terus. Kita jumpa kat sana je ye, k bai. ]

sms sent.

Monday, August 8, 2011

hidup dengan line


sampai bila mahu hidup atas garisan?

resolusi baru

:B

|  Mesir  |  Kuwait  |  Malaysia  |

insyaallah..

Monday, August 1, 2011

Thursday, July 28, 2011

Tersebut Alkisah


HAHAHAHA..
 
Kita telah mnguasai wilayah ini,
walaupun kalah bertubi tubi bertarung nyawa untuk membuang bola ajaib ke lohong hitam.
Terjerumus,terngadah,tapi aksi dan semangat juang itu lebih penting,kata ahli sihir yang lebih senior.sebab yang lain punya witch semua baru intern dan ada yang salah masuk medan tempur.alahai.
 
Tak mengapa.
 

Setelah gagal menakluki gelanggang, dua wanita ahli sihir yang licik lobos melarikan diri dalam gelap malam dan suramnya bulan mengambang.singgah sebentar di tepi mcD hanya untuk ambil bau fries.perjalanan diteruskan.
 

Sampai destinasi,
 
sreeettt..
pintu gerbang dibuka dan wilayah automatik ditakluk.
 

HAHAHAHA..
Itulah permulaan mereka.tiada bismillah, tiada kesyukuran langsung.ceh,tak syadid langsung.

Namun begitu mereka dua orang terus terleka dengan duniawi dan tewas di alam mimpi nan serba indah tertakkuciwa dengan kekalahan sebelumnya.dan yang bakal muncul di kala hari menyising kelak.
 
OoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO
 

Putera raja datang datang menjemput puteri untuk menawan semula mahligai istana sang puteri.tiada kuda,tiada animal game tiada apa apa. Hanya seketul hati dan kasih sayang mendesak untuk tidak mengendahkan si puteri yang baru lepas terberkubang on the way menempuh perjalanan tadi.ha, sekarang kau baru tahu indah tak indah dunia,dan jarak magma bumi dan langit pluto.
 

Ratusan grenade kecik dan besar dilaunch ke sisi tingkap utama istana.namun tak lut.tidak memerasankan dua ekor witch di dalamnya sekalipun. Tangga dijejaki, pintu gerbang diserang pula bertubi tubi, tidak sedikitpun memberi kesan. Dua wanita sihir masih lagi beradu di kamar khayalan.macam terkena sihir sendiri pulak.

Putera raja hampir menggunakan kuasa sakti untuk merobohkan gerbang istana, iaitu mercu tanda paling gah di singgahsana permaidani sang puteri, namun ;
 

''jangan! hanya inilah tinggalan mahligai impian seribu kenangan beta, runtuhnya pintu ini maka berderai jugalah hati beta dengan runtun tiada tawa lagi selepasnya,..'' Pinta sang puteri.
 

Putera akur.
 
Dia mencari alternatif lain. Dengan berbekalkan kekuatan askar lalu lalang yang ada, yang hanya mendoakan beliau, dia tekad untuk tidak mengalah walaupu selepas 3 jam membanting tulang. Puteri juga menghubungi puteri meowmeow menggunakan telepati untuk meminta bantuan.tetapi semua hampa.sejurus itu, Menteri pertahanan tiba tiba muncul ;
 

''Ampun tuanku, arakian buatlah apa sahaja yang menyenangkan hati tuanku, akan patik membina strategi dan solusinya sebentar lagi''.
 

Makin dukacita kalbu.
 

Pintu gerbang diserang berkali kali lagi.namun harus juga dijaga nilaii estetika dan sentimentalnya untuk tuan puteri.jaga hati kata orang.
 

Menteri datang buat kali kedua ;

''Tuanku! berita gembira yang patik perolehi sekejap tadi. Ini strategi perang yang telah difax kepada kita oleh merpati purnama sebentar tadi. Garuda Benggala yang diseru dari gunung Siloplep juga datang untuk memberi bantuan berupa anugerah pedang sakti alwaiper al'to ailet ini.''
 

Strategi dibaca dengan penuh teliti, maklumlah putera memang hampir penah 4flat dalam bidang pengajiannya seketika dahulu.discan sekali dan terus disync ke dalam hati dan otak.bagi selaras.dan selari.tak ada lari lari.

Berbekalkan pedang sakti yang..yang..okay aku pun da lupa apatah nama dia tadi panjang sangat..
 

Ok again,
 

berbekalkan pedang sakti yang ada pada tuan putera,baginda bergegas memanjat menara istana untuk sampai ke puncak.in the other hand, aiceh mana datang pulak bahasa mat saleh ni. Sementara itu, Tuan puteri dengan pilu hatinya masih mengetuk pintu hati istana dan merintih dan membujuk hati sendiri agar wilayahnya itu dikembalikan.
 

Bom penggera berbunyi ribuan kali sudah menunjukkan tanda tanda kematian sebuah kuasa battery di atmosfera,segala haba telah dikeluarkan.tapi bom dah kena sorok bawah saratoga jadi wanita ahli sihir yang mereka syak entah hidup entah sudah kojol dalam istana tu, tak sedar sedar juga dengan kehadiran mereka.

Hampir sahaja pedang dihunus menikam tempat paling keramat istana di atas menara, tiba tiba pintu gerbang terbuka..
 

''Farhanah?''
 

''Ya Allah..dekat 3jam aku try panggil korang luar rumah ..mana henset tak angkat angkat pun''
 

''err..bawah saratoga bilik aku..''
 

*dang*

 

ps : sorry puteri dan putera raja
pss : jangan tido lepas subuh
psss : jangan main netball ganas ganas sampai lebam satu badan
pssss : pesanan kepada witch#1 - lenkali kita nk tdo skali, jangan tido kat bilik hujung dunia
 

hehe.


it was freaking awesomely funnny.
 

That is the bedtime story told by the deejay untuk wicky wizard wilayah ybbuhctgsk0med (maaf,susah ejaan sebab planet lain,bahasa tak difahami) yang tak terungkap oleh witch#2 sebab dah kena spell selepas tewas ditumpas deras.
 

Witch tersebut sekarang telah ditahan reman dan dtugaskan untuk menjaga kebajikan tuan puteri meowmeow seberang laut.
 

Dia suruh kirim salam sayang sekali untuk maklok maklok perosak yang ada dah kat malaysia.


 

Sekian terimakasih.

Sunday, July 24, 2011

At The End Of The Day,


we will surely learn something
...

Thank You!

^___^

Saturday, July 16, 2011

cakap dengan dinding yang dah runtuh

Kadang kadang kita rasa ada benda tak payah cakap, mungkin diam lebih baik.

Atau diam lebih baik, tapi tak bermaksud kau setuju atau bangkang.

Kadang kadang juga kau rasa ini bukan masanya lagi.mungkin esok, mungkin bila datangnya saat yang kau pun tak tahu entah bila.dan selamanya begitu juga saat itu tak akan datang.jangan seksa diri sendiri dan orang yang menyeksa kau, atau orang lain.

Kadang kadang orang sakit bukan sebab kau bagitau kebenaran.tapi sebab kau tak bagitahu, lagi parah sakit dia.

Kau penah rasa ke haa .=.="

So when you feel it,just spill it.there's no right time, you make it right.ni orang kampung aku cakap la.aiceh.

Masa.

Semua benda kita usaha,dan seterusnya kau serahkan pada Tuhan. That's it. Kau da buat part kau.usaha.kejar bahagia itu,walau susah, walau orang cakap apa,walau tak mungkin. Bukan kau yang tentukan masa depan.

Tak salah kau hendak bahagia sekarang.

Atau kau boleh risau pikir masa depan kau sampai ke anak cucu kau sampai kau terlupa nak hidup dengan masa kau sekarang.

Atau tak sampai masa depan lagi pun, esok lusa kau mati ditokak dek beruang gila rabies mutant masa tengah makan aiskrim.

Mana bahagiamu.

Kau yang pilih.


I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me

Tuesday, July 12, 2011

22.00

when you were small
you used to wonder
why some things are wrong,
while some are right.

why mama doesnt allow me to do this,
and why daddy keep saying No.

As you grow up
you make mistakes
you lose part of it,
but you gain more.

you grow stronger,
more mature
and definitely, wiser.

you'll learn
why some people stay,
and some are best to leave.

life is not about finding yourself,
it's about creating yourself.

happiness is not a destination,
it's a journey.

May Allah always keeps guiding you
throughout the years,
for the rest of your life.
:)

Monday, July 11, 2011

the best bedtime story ever :)

BoBoY PoWeR: dah ak ngantok

BoBoY PoWeR: bai

BoBoY PoWeR: puteri da tido =_=

BoBoY PoWeR: princess la katekan =_=
Irna: =.="

Irna: -.-"

Irna: haiz

Irna: bluek

Irna: nnt aku ltk nama aku

Irna: yg berbahgia lady princess irna nur syafinaz

Irna: sedap
BoBoY PoWeR: =_=

BoBoY PoWeR: mase aku skola tadika dlu

BoBoY PoWeR: cekgu aku ade cite aw

BoBoY PoWeR: ade seko anak ayam neh
Irna: apa

BoBoY PoWeR: die kaye tau

BoBoY PoWeR: pstu die g la satu tmpat neh
Irna: patu2
BoBoY PoWeR: tmpat tu sume itik2 yg hodo lg bodo nubsyiet

BoBoY PoWeR: =_=

BoBoY PoWeR: pstu itik tu tanye la
Irna: mancarut je reti
BoBoY PoWeR: hey awk awk.!

BoBoY PoWeR: sape name awk?

BoBoY PoWeR: ler

BoBoY PoWeR: cekgu ak yg ckp

BoBoY PoWeR: ak ckp la balek =_=
Irna: -.-"

Irna: troskan
BoBoY PoWeR: pstu ayam tu ckp

BoBoY PoWeR: ma nem is..

BoBoY PoWeR: ape tah

BoBoY PoWeR: tp panjang la enn
Irna: aku nk bg nama bleh

Irna: =.="
BoBoY PoWeR: pstu org pon sume sebot la name die dr a smpai z

BoBoY PoWeR: bg la

BoBoY PoWeR: asalkan pnjang =_=
Irna: encik muhammad dorothy ayam ciken yg jahat lg kejam sbb perampas dan suke mkn ubi kentang berlada 13 poin 6
BoBoY PoWeR: haaa

BoBoY PoWeR: salah

BoBoY PoWeR: tp name die cmni

BoBoY PoWeR: putera anak ayam yang hensem lagi pandai bijak sana sini tinggi menawan lagi hensem balek smule dab pandai pandai pandai smart
Irna: pnjngnya

BoBoY PoWeR: tu name die tau

BoBoY PoWeR: aa

BoBoY PoWeR: tu laa

BoBoY PoWeR: pnjang kan?

BoBoY PoWeR: =_=

BoBoY PoWeR: pstu

BoBoY PoWeR: org pon panggel la die name tu tau

BoBoY PoWeR: sape pnggil name pndek die

BoBoY PoWeR: die marah

BoBoY PoWeR: die akan tak layan seumo idop

BoBoY PoWeR: ( die la ckp. )

BoBoY PoWeR: pstu satu ari tu kann

BoBoY PoWeR: ade ular

BoBoY PoWeR: nak mamam dia

BoBoY PoWeR: pstu ula tu da dkat ngan die enn

BoBoY PoWeR: pstu ade itik tu pnggil la name die panjang

BoBoY PoWeR: itik tu nak ckp ni : eyyh, putera anak ayam yang hensem lagi pandai bijak sana sini tinggi menawan lagi hensem balek smule dab pandai pandai pandai smart !! blakang u ada ula.. eww.
Irna: =.="

BoBoY PoWeR: tak smpat sebut

BoBoY PoWeR: da kne mamam

BoBoY PoWeR: ayokk O_O

BoBoY PoWeR: bek jgn name pnjang2
Irna: =.="

BoBoY PoWeR: nnt ko nak kne makan

BoBoY PoWeR: org ssh sebot name ko

BoBoY PoWeR: mati sie2

BoBoY PoWeR: bagai memukul tin kosong
Irna: -.-"

Irna: da pndai da
BoBoY PoWeR: :D
Irna: yela timekasih bg bedtime stori

ihsan dari gemok ni

Sunday, July 10, 2011

lapar

bangun di hening pagi hari setelah beberapa kali sebelumnya bangun juga tapi tak lah bangun sangat pun buat aku bangun betul betul jua bangun.

menyelak saratoga (slow motion)
menjejak kaki ke lantai..

sejurus itu menuju ke perkarangan meja yang tersusun rapi dengan buku.aku ulang,- tersusun dengan rapi.
pusing 180 darjah dan kau akn terlihat satu ciptaan mahakarya-agung-la-sangat manusia abad lepas.berdaulat sampai dikipas-kipas oleh 'dayang' bukan kipas-susah-mati , kipas. =.=" , makan angin agaknya.

ini bukan aku punya pun.adui.bui.ni hur punya.

sejurus itu hunger centre yang terletak di hypothalamus aku tiba-tiba aktif.
aku gagahi jua dengan melayari bahtera merdeka segala maklumat di hujung jari; kata mereka,
tanpa limit..tanpa sempadan.negeri atau negara atau marikh atau pluto. yelah tu.
kukatakan Tuhan ada di mana-mana.dan manusia berhad.bukan sendirian berhad.ber-had.


tersenyum sindir sendirian melihat gelagat dunia. tak ketahuan tak terkepahaman aku. .
sekarang kita harus tabah je la,improving. jangan limitkan options dalam hidup. kita tengok usaha, bukan hasil.. okay!:) - pegulangan ; kita
line pertama dengan yang kedua ni ada kaitan, hanya jika kau paham.

ok dah,
di mana letaknya darjat aku bagi makhluk tanpa nyawa makan angin sedangkan aku makan hati.

conclusion
bolehla.. hipotesis diterima. melayari internet dapat mengurangkan kelaparan dengan kadar yang berkala walaupun makanan memang ternyata lagi penting dari internet. yang penting maklumat mesti best dan faktor mempengaruhi lain telah di-excluded.contohnya, isipadu lemak yang berada di badan untuk dibakar bagi menampung kelaparan.