Hi I'm back!

Thursday, February 13, 2014

Bidadari kaki

Kita terlalu serupa.

Cela aku, cela kau.

Baik aku, baik kau.

Lopong ini tiada siapa yang isi, kekal terlopongnya.

Mengapa takdir begini. Menetap sehingga mati.

Jadi, aku ambil keputusan ini.

Selamat tinggal buah hati, biasan diri,
Hati ini mahu pergi.

Menuju ke lohong putar sakti.


Begitulah cerita semalam macam mana salah satu stokin aku menghilangkan diri setiap kali lepas dimasukkan ke dalam washing machine.

Pfft.



Thursday, February 6, 2014

Bacalah





Masa kecik-kecik dulu, lepas maghrib ibu mesti suruh aku dengan abang-abang aku semua baca Quran. Entah apa yang dibacanya pun tak tahu. Dengan tajwid tunggang - langgang. Dengan main cheat skip muka surat sebab lawan siapa habis dulu.


Selain Ibu, Cikgu Asmah dengan Makcik Shila depan rumah pun pernah ajar mengaji jugak. Tapi yang paling garang of course Ibu :3


Ingat lagi satu malam tu rumah blackout, kena mengaji gelap-gelap depan lilin sambil air mata menitik-nitik sebab kena marah salah baca ulang-ulang ngan ibu. Basah jugakla mukasurat quran tu, kalah love story dalam tv. Fuhh. Garang betul ibu time tu. Kalau sekarang ibu marah semua orang gelak. Heh. Err, kecuali adik-adik aku la.


Sekarang bila bukak balik Quran, mesti ada tarikh-tarikh tempat berhenti baca dulu. Nostalgia Quran yang sama juga baca sekarang ni. Cuma baca dah tak tunjuk pakai lidi, baca pun sendiri-sendiri. Tak janji pun setiap maghrib akan baca. Semua atas diri sendiri.


Sekarang bila balik Malaysia,


"Azzad mamat, Lica.. Pergi mandi solat, baca quran"


Aku senyum je.

Aku pernah berada kat tempat tu dulu.



🐥