Hi I'm back!

Wednesday, October 3, 2012

Buai laju-laju

Pada suatu masa yang baru baru ni je, tinggal seorang puteri di sebuah desa yang permai. Sang puteri baru sahaja ditinggalkan oleh bekas tunangnya, encik prince charming yang dah kahwin dengan cik cinderella. Pfffttt..

Jadi geringlah sang puteri pening dan sakit tekak dan hidung tesumbat untuk 1/3 masa. Yang lain time kalau dayang dayang sediakan santapan untuk tuan puteri melahap, puteri tak kisah. Dia ngap ngap je semua. Rezeki jangan ditolak katanya.

Jadi sepanjang riwayat puteri sementara mitos ni ditulis, puteri digambarkan sebagai seorang yang tambun tapi comey. Yang bab comey tu penting, sila take note.

Satu hari tuan puteri gatal hidung lagi. Selepas bagi makan dekat ikan kalui baginda, tiba tiba tuan puteri teringat , di sinilah tempat kaki tuan puteri digigit buaya tempoh hari. Di situlah tuan putera encik prince charming menyelamatkan tuan puteri. Kenangan lampau terus menerpa masuk dalam setiap axon otak puteri dan menyambung pantas ke setiap nerve cell tuan puteri. Parut di kaki masih berdarah, apatah lagi yang di hati. Bagai darah tersirap seketika. Bagai keronkong dicekik cekik tak boleh bernapas walaupun di kelilingi pokok dan hutan rimba pendonor oxygen. Betapa pilunya hati sang puteri. Sejurus itu tuan puteri pun duduk di buaian pohon berringin tempat bersemayam dan beristirehatnya selalu.. Menitik nitik air matanya dari kolam tadi ke taman buaian, menjadi tasik lebih besar dari empangan kenyir, atau bakun.

Dengan seiringan lagu pilu yang didendangkan, buai di mangkok ayun dari selow semakin lama semakin laju..

" Laju laju… Buaiku laju…
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi,
penghibur aku menolong aku..

bertiuplah oh angin bayu
laju laju buaiku laju..
Aku tak mahu kahwin dengan anak raja dah.."

**shiinggg**

tiba tiba puteri terlepas tangan dari buaian dan melambung ke langit. Dengan berat puteri pon dah macam 8 separuh lori pasiaq, inertia nya pon apatah lagi, sekelip mata sudah hilang merentas awan dan ghaib. Nampak bintang je tinggal. Dayang dayang semua hanya mampu ternganga je.

Sejak dari itu tasik tu disumpah 7 keturunan jadi Tasik Dayang Nganga. Tapi sebab tuan puteri sendiri pun tak dapat dikenalpasti hilang punca terus nak mencarinya, apatah lagi keturunannya, entah wujud entah tidak, jadi sumpahan tu kira untuk selama lamanya lah.

Beberapa cobaan oleh rakyat jelata juga menyanyi dengan menukar lirik " aku nak kahwin dengan anak raja" juga telah dikenalpasti. Semua mangsa disumpah menjadi ikan kalui yang mendiami tasik berkenaan lalu sisa tinja mereka menjadi pollution bagi kami dan keluarga kami.

Harap maklumat ini dapat disebarkan demi kesejahteraan kita bersama.

Saya yang menjalankan tugas,
-Buaya darat yang gigit kaki puteri-

Sunday, September 30, 2012

Luka oktober

Aku mengalami banyak luka dan duka, tragedi lah sangat bak kata orang yang berlaku di bulan oktober antara dua atau sejuta atau sepuluh millennium yang lepas.

Antaranya ialah kemalangan hati yang menyebabkan aku disumpah jadi ikan duyung sekejap.

Atau hari di mana aku sedar bahawa sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya.

Hurm..

Jika dilihat semula, ada perkara yang aku boleh gelak balik jika dikenang, tapi ada sesetengah lagi memang ada baiknya jadi bekas parut dari bisa.

Tapi apa apa pun,

Hai Oktober!
Semoga kau lebih baik dari semalam.
Kau nampak atas kepala dia tu ada tajam tajam? Hehe.. Tadaa! My knight in shining armor!

Gedik dan cik menti

Pada suatu Masa yang dulu, si Gedik ingat dirinya adalah seekor burung kerana beliau dilahirkan di atas bumbung.

Wednesday, September 26, 2012

Aku rasa satiety centre aku dah rosak

o(   -.-   )o

Comel kan aku sekarang. Kof3

Thursday, September 6, 2012

Wednesday, September 5, 2012

JanjiMu ditepati


Janji ditepati.

Malam itu aku tidur di rumah nenek, setelah hampir seminggu aku berjanji untuk datang.

Bila malam datang, Nenek suruh aku tidur dalam bilik sebab dia nak tidur depan TV. Alaaa tak syiok ah tak leh tidur bawah ketiak nenek kan. Baru nak bermanja – manja sket ahaaa. OK dah.

Tapi sebab aku tak nak derhaka, malam tu aku menatap siling ngan kipas je lah. Tambah kira denyut jantung jam yang tik tok tik tok menyambung saat. Sesekali ku bantai nyamuk sekor dua yang nyanyi depan mata aku.

Dan drama bermula.

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : okay..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : Nenek dah makan ubat, pergilah rehat je.. okay. Ubat semua ada je kat luar tu.
Nenek : Oh, yeke.. nenek terlupa lah, ada dekat luar ye..
Aku : yap.. nite nenek..
*Lampu ditutup*

2 minit kemudian.

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : okay..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : ada kat luar, kan tadi kakak dah kasi nenek makan ubat.. nenek tido je kay..
Nenek : Oh, yeke.. nenek terlupa lah, kat luar rupanya ye..
Aku : okay..
*Lampu ditutup*

Semenet 35 saat kemudian

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak, kalau ada apa – apa jadi, kunci ada belakang pintu ni ye..
Aku : Kakak tahu..
Nenek : Nenek rasa tak sihat lah, mana ubat aku letak tadi entah.
Aku : kat luar tadi nenek..
Nenek : Oh, yeke.. nanti aku tengok jap kat luar..
Aku : k..
*Lampu ditutup*

20 saat kemudian

*Lampu dibuka*
Nenek : Kakak..
Aku : Kakak tahu dah, kunci tu ada kat belakang pintu kan nenek
Nenek : Ha ah, Nenek rasa tak sihat lah
Aku : Nenek makan ubat banyak sangat tu rasa tak sihat tu nenek, baik nenek tidur cepat haa.. aiyok.
Nenek : Lah yeke, aku ni terlupa lah sangat
Aku : ...
*Lampu ditutup*

Sila ulang babak tersebut selama 25 kali dalam masa setengah jam.

Esok tu boboy bagitahu tempoh hari dia perati je nenek tu dok solat subuh dekat 20 rakaat.

“ Biarlah aku selalu lupa pun, tapi nenek doa banyak – banyak Allah tak lupakan nenek nak semayang 5 waktu sehari “.

Ibu kata, tak pe. Biarkan je.