Hi I'm back!

Wednesday, August 25, 2010

Dairy seorang Popy

Popy punya tulisan memang terabur,berkecamuk, tunggang langgar sana sini dan melimpah ruah.dan dia tidak reti mengeja sangat.
jadi saya betulkan ini

*Diary Seorang Popy.

--


Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku.
Setelah 18 purnama Bubu meninggalkannya. Tiada khabar berita. 365-24/7 dia menunggu. Hatinya kosong tiada. Bubu sudah bawa lari tempoh hari semasa dia pergi bersama tuannya.
Popy tak marah. Dia hanya risau. Dia tahu Bubu ada misi tersendiri. Tak apalah Bubu terpaksa tinggalkannya. Walaupun tak pernah bagitahu macam  tu pon.terus pergi.Tak apa, tak apa.

For the way you're something that I'd never choose
but at the same time something i don't wanna lose

BUZZ!!
Dia konsen.
“Kamu baik- baik kah sahaja di sana?”
Hanya tertulis di dalam hati.kerana tiada balasan.hurm.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa..

BUZZ!!
Egonya sudah dibuang jauh jauh. Disepak ketepi tepian agar jangan datang lagi.
Mungkin mesej sebelum ini orang di sebelah sana tidak dapat. Bisik hatinya

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa..

BUZZ!!
Backspace.backspace. tidak mengapalah. Yang ini tidak hantar. Simpan BUZZ yang ini. Untuk masa akan datang..masa untuk peluang bagi dirinya, dan untuk orang di sebelah sana. pujuk hatinya.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa.sebiasa, biasa yang mungkin.
Hari hari Popy tulis surat untuk Bubu, hari hari Popy check mesej juga jika ada balasan.

ding!
tiba tiba ada offline mesej. Popy gembira. Dia BUZZ semula. Tapi senyap kembali.
Tak apa lah, Popy tak nak tahu apa apa. Popy tahu Bubu sedang sihat sahaja di sana.cukup.
dulu,Popy separuh gila semasa tunggu, tidak tahu apa apa berita langsung. Tapi kalau Popy tahu, Popy akan gila terus. Jadi lebih baik begini.
I'm a little used to calling outside your name
I wont see you tonight so I can keep from going insane
I must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you're the beginning and the end of every chapter...

Popy menulis lagi hari ini. Untuk Bubu. Seperti hari hari yang lain, dia hanya mahu Bubu sihat dan bahagia. Tiada benda lain yang dia mahu. Tak perlu kembali pon tidak apa.
=)

And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
Well I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Kemudian Popy pergi toilet. Letak surat dalam mangkuk tu. Flush.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa.sebiasa, biasa yang mungkin.semula seperti biasa.
 Popy





Wednesday, August 18, 2010

syukur

الحمد لله
Alhamdulillah,
All praise is due to Allah.
Syakkireenaa' kulli ni'ma.

Ali Imran [139]
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.


First and foremost,
i want to thank HIM, my family members and all my friends.

I do not ask for more, just being content is enough for now.
before i let myself eagerly spoilt with the thoughts that might come aftermath, and all the people's talk that would kill me inside,

I ask Him, to always keep my faith, and would turn to Him, and only Him
I ask Him, to keep me calm, at the most disaster thing that could possibly happen
I ask Him, not to give me what I WANT, but to give me what I NEED

Al - Baqarah [216]
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


If Allah brings us to it, He will bring us through it.

Al-Baqarah [286]

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


 and  I know, even the worst thing could be the best thing, only when we believe along with patience


Al - Baqarah[106]
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

and i know, someday..
the time will come =)


 ya Allah, give me the strength

At-Taubah [129]
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal







  

Thank You Allah_


Sunday, August 15, 2010

seharian pada hari itu

Jalan itu sempit


“hoi gemuk, tepi sikit. Kau kacau jalan kehidupan aku lah”

Dia mengangkat kening. Buat muka garang.

“ kau ingat kau garang lah tu? Haha”

“Dah dah .. perut kau pon da block separuh abad”

Dia yang lagi satu itu memberi ruang untuk jalan, dan menyambung kerjanya mengejas contrast sinaran matahari. 11 volt.tak boleh panas panas.

..

Dia merayau lagi, kali ini terbang ke sebelah timur laut pula.

“hey.. mcam best lah. Nak try!”

“ehh.. tak boleh la, jangan kacau sini, nanti ayah marah”

“nak jugak! Nak jugak nak jugak!! “

“haizz!!”

“nak lah! Orang kata nak!"

“ haaa, sikit je tau"


“yay!!”

Dengan gembira dia mengambil satu warna.. disimbah di latar yang kalernya – pon da –faded-seasonal – confusion – apatah-tatau.
Dia amek satu kaler lagi, kali ini kasi corak corak sikit sikit..

“okay okay, dah tu.. dah la.. salah dah ni.. nanti ibu tak suka, pelangi bukan macam ini”

“owh.. okay okay.. tenkiu abang”

...

Dia terbang ke atas pula, melawan gravity.

Air melimpah ruah

"Ehhh.. apa ni apa ni.. ishh.. lecak!"

“oihh.. tutup air tu, tercicir-cicir dah.. ishh!!”

“tak boleh la, orang tengah tadah ni.. takung air buat simpanan hari tua.”

“ buat apa?”

“ hujan tiruan”

“tak payah lah!!”

“kenapa!!”

“ because every cloud has its silver lining”

“erk.. pekakas apakah?”

“ pergi Tanya pakcik google, okay bye.”

..

Benci betul. Bosan. Semua orang pun bizi.

Dia turun semula. Naik tangga.
Nak main buaiyan lah.

Dududududududuuuu.. dam dam di dam dam..

Buai lah, buai lahh.. aku nak kahwin dengan anak raja..

“ hey!”
Tiba tiba satu suara menerjah.

“ooOo pocot mak kau.. kussmangat”

“kau tau tak, anak Raja Gopal sebelah umah kita tu da meninggal..”

“ehh.. bila, bila.. kenapa?”

“ masa tu time kau tak ada sini. Kau masih lagi kumpul pasir kat Negara firaun. Dia mati kena sambar petir. Tu yang ayah buat awning ni. Haa cepat.. kumpul awan semua, kita letak kat depan porch sana. Redup sikit. Tak de kilat nak sambar sambar sangat.”

“orite daddy. Bisa diurus.”
...

“Hey awan!! Ayah suruh kau orang pergi depan. Buat awning. Lagi 3 minggu nak raya dah. Rumah kena chantek. Semua orang tengah buat kerja, kau orang jangan malas malas ya!”

Settle.

...

Perut berzikit sudah. Ke konsert tah?

Dapur dapur.. menuju ke dapur.

“ibu, masak apa hari ni?”

“ sambal udang, kerabu, masak lomak cili padi, petai, sambal belacan, ikan panggang, ayam percik..”

“ awat banyak sangat nih? Ada orang maw datang aa?”

“ ha ah.. pakcik kau, makcik kau, anak anak, sedara sepupu sepapat, nek , tok.. kami ajak datang buka bersama”

“owh. Okay.nak tolong apa apa kah?”

"nope"

“ibu!”

“yea, boleh saya bantu?”

“jet lag. Maw tido. Kejut asar nanti eh”


Selamat berpuasa~
Zzz~

Tuesday, August 10, 2010

Saturday, August 7, 2010

a bug's love

selepas dialih bahasa oleh google translator : cinta seekor kumbang

bila cerita dalam bahasa Inggeris dialih ke bahasa melayu, memang akan jadi lebih jiwang.



=.="

okay tak mau translate dah lain kali.

ini memang paling mengarut

Monday, August 2, 2010

photoshoppie~

Assalamualaikum
Menyepi beberapa hari disebabkan
1) menjadi suri rumah sepanjang masa
2) tengok movie sampai bosan
3) tidur bangun, teruskan kehidupan dan sambung tidur balik

ok. ini hasil malam tadi. baru mahu belajar guna brush jeneh crack-crack tu dengan masuk unsur grunge sket.lamanya aku dah tinggalkan photoshop ni >,<"




hai, nama saya Adiba.
merangkap mangsa pertama


okay, ni pula gambar baby masa aku kidnap dekat hospital shatby masa jalan-jalan saja-saja suka-hati tengok orang bersalin time tu


ini tiada unsur grunge ke hapa ke, harap maklum.


bagi mereka yang sudah berada di rumah, selamat beristerirehat, (erk, cane ejaan betul dia tah?) aku faham perasaan terkandas di negara orang lain beberapa hari dan flight cancel tu..haha (ok, jahat)

untuk yang tinggal di sini, semoga dapat menimba banyak lagi ilmu dan pengalaman baru yang kita orang tak sempat nak merasa lagi.

untuk yang bakal balik,semoga kita dipermudahkan urusan dan have a safe journey, insyaAllah.



-9 more days to go-