Hi I'm back!

Friday, August 12, 2011

mesej diterima.nikah ditolak




Dia menunggu di dalam kereta
Dahinya berkerut kerut..
Teringat satu persatu momen indah bersama si dia.

Sanggupkah aku? Mampukah aku? Benarkah dia jodohku?

Terbayang 'chumil' wajah si jelita terkekeh kekeh pabila dipuji ; hai, awak nampak ayu lewr rinie,
sambil memintal mintal rambut separuh perang separuh merah,eh tak,ehh..mungkin brunette..eh..eh (identiti tak dapat dikenalpasti sebab kaler dah mix up) tapi yang pasti ber'highlight' blonde.

'nakal la you ni.. I kiss kang' kata si girldikpren

'hik hik.. Sebab I nakal, U kena belanja I makan hari nie' kata si boayapren.

'tak nak..U la banje I mekdi.. Kalau tak I majuk nanti haaa..I nak majuk da ni, nak majuk dah..aiyook'

tiba tiba duit gaji nak belikan mak baju kurung raya terkorban pada hari tersebut sebab TERpaksabeli additional dress untuk si jelita yang dah merajuk.

...
end of flashback.

Matanya sudah berpinar. Conversation paknye dengan bakal mentua didengar satu persatu semasa dalam kereta sebab bapak lupa off henset masa upacara merisik diadakan

"Anak Pak aji pakai pelekat
pelekat dipakai bersama serban
datang kemari dengan berhajat
ingin menyunting bunga di taman"

kata wakil


Aku suka tengok katon,
tak yah lah nak berpantun pantun..

balas si bakal bapak mentua.

Kita jimat masa je lah, korang rombongan nak pinang anak aku si Melli Choleslaw tu kan, ok deal.set je berapa ari bulan.

*pungpangpungpang..mukadimah dimulakan,celoteh diteruskan*

'aku bukan mata duitan ke apa, kau bagi je wang hantaran 8ok, cincin permata yang permata dia kau carik sendiri dalam tiram laut mediterranean, dengan 5 pasang sepersalinan untuk kakak dia sebab dah langkah bendul lepastu yang lain lain tu,ikut suka lah kau nak bagi apa, mudah kan syarat aku, jangan susahkan diri sangat. Prewedding video, potograph ke tak payahlah sangat, macam aku tak tau pulak besepah dah gamba korang siap caption "we lap mop each other so mucho" / " kerana baby, lautan pirana sangup dalink renangi, gunung berapi sangup link terjahi" kat mespes tu.. Tak payah der nak terjah terjah gunung pulok ekau eaih.Tak kuasa den tengok anok eden berlaki orang cacat takdo telingo digeget dek pirana tu ha.
...

Hatinya tergamam, tak sangka bakal bapak mentuanya itu kaki stalk jugak. Mespes plak tu, zaman silam okay, sekarang orang g+ je.loser benau.

pikirannya berfikir secara kuat lagi,
8ok? Apagilo ke.aku kerja 4o bulan pun gaji tak kan sampai separuh dari tu.ingat anak tokey balak ke apa, okay fine alasan ni kena crossed out drop down sebab dia memang anak tokey balak pon.

Air mata mencucuri pipi, peluh jantan membasahkan ketiak. Tak apply rexona no sweat celen langsung. Tak kan sanggup dia melepaskan cinta hati seperfek Melli CHoleslaw poojaan hati. Kalau bagi Aishwarya Rai pun aku letak tepi. Tiba tiba semua flashback membanjiri jiwa..

Senyumannya,
jerawatnya yang comel tapi dah tak nampak sangat sebab dah kena mekap tebal tebal,
gaya gedikgedikgedik comelnya yang jalan macam penguin retard hilang sayap,
the way dia korek hidung dengan penuh khusyuk masa tengah tunggu bas-tapi-sebenarnya-aku nak-buat-seprais-dari-belakang-ternampak-pulak-adegan-babak-tersebut.
kulit mulus pulus pilus ngilus yang putih melepak sebab dah terhakis dek temulawak
gaya gelaknya yang kiut lagi lagi bila dah segan terlepas kentut time dating,
dan banyak lagi

alahai..manakan sampai hati seorang jejaka untuk menolak rupawan secomel Lisa Surihani apatah lagi untuk menolak hidup bersama. Dia sudah siap morph bakal gamba anak anak mereka.semua comel comel jugak.

Tapi kejap..satu notification diterima.
(data out of date.you may have high risk to be infected by virus)

'' '' '' ''
(updating process required.continue?)

(yes)          (no)


no button tak leh tekan sebenarnya jadi dia taip ON yes dan hantar ke 88188 .
Sepantas kilat update process dimuatturun ke dalam otak.

systemnya menerima input waras yang baru
Neraka apakah?!

Jerawat? Temulawak? Mekap tebal? Badut? Tak natural beauty langsung!!
Baju lawa lawa?dress?  Bodyshop? belanja sampai habis gaji? Kikis duit? 8ok?! = no money no talk, no money i die, when i die, i also cannot talk.. So what's the point?
Korek idung kat public? Kentut senyap senyap!! Maigoddd..ewwww..

Apa aku dah buat ni.. Hancurkan idop sendiri??

Aku tak payah Melli Choleslaw dalam idup pun tak apa, mungkin Bedah anak pak Aji yang tak delah rupawan sangat tapi sekadar boleh urus makan minum ngan ajar anak anak aku mengaji pun dah cukup lah tu untuk sehidup semati..

[ Salam Bapak, kensel tunang pak.. Saya tak nak virus ni infect hidup saya sampai mati.biar sakit kejap tak pe,putus cinta,withdrawal symptoms,nanti ada ubat lain..mungkin cinta yang bawak ke akhirat lebih bermakna. bak kata pepatah prevention is better than cure. An apple a day keeps the doctor away.saya nak pegi umah pak Aji terus. Kita jumpa kat sana je ye, k bai. ]

sms sent.

7 comments:

hUr said...

mana button like?

"cukuplah cinta yg boleh bawa kita ke syurga.Ia tidak memerlukan seseorang yg sempurna untuk itu. Cukuplah seseorang yang mahu berusaha ke arah syurga, bersama kita. baru betul bersama-sama, selamanya "

Anonymous said...

LOL.

Itulah, bila dah suka, semua yang buruk nampak cantik.

Syafinaz Alizaini said...

hur
:p
perfectly imperfect
sebab tu kena complete each other..aiceh..and yes,aku rasa kita rasa kemanisan improve sama2 tu lagi better dari kita cari org yg dah sedia sempurna (walaupun xde org yg smpurna)


kai
bila dah suka,buat benda pelek2 pun nampak comel.. lol

Anonymous said...

cinta itu buta. sudah terhantuk baru terngadah. sudah jatuh ditimpa tangga. belum duduk sudah terlanjur. bagaikan halilintar membelah bumi. tempat jatuh lagi dikenang,inikan tempat bermain. paku dulang paku pakis.

Khairi Malik said...

Sweet~ Haha...

Syafinaz Alizaini said...

Anonymous
paku dulang paku serpih..@,@

Khairi
yang mana sweet tah tatau ;p

WOLFMAN said...

cinta tu buta.
once cinta tu mula tercelik then nampak seseorang tu, tu pasal jadi lagu tu.