Hi I'm back!

Tuesday, November 29, 2011

Kau beralas kasut, Aku menapak duri.



Aku rasa apa yang kita buat ni tak betul.
Aku bukan orang yang baik,
Aku banyak buat silap.
Aku rasa kita berhenti di sini je la,
Aku nak cari jalan lain untuk belajar perbaiki diri.


Maka berlalulah Salim meneruskan perjalanan mencari pelangi. Tinggallah seorang sahabatnya di dalam ribut menunggu mentari.



...



Jika kau jumpa jalan untuk ke syurga,
Pimpinlah daku sekali,
Bukan mengundur langkah mementing diri,
Membiar jasad tah hidup mati,
di lubuk gelap tak bertepi
Terkapai kapai seorang diri.




Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 

[At-Taubah 9:71]



Tuesday, November 22, 2011

Talib

Talib seorang jejaka tampan di taman perumahannya. Pada zaman mudanya, Talib seringkali menjadi pujaan gadis - gadis sebayanya kerana gayanya yang macho dan pandai main gitar. Seringkali Talib ditemui berjemming sambil putung rokok disedut dan dihembus asap dengan penuh macho bersama geng boybandnya.Tapi bukan itu sahaja ceritanya. Dan tapi, itu hanya dulu.

Tapi semua telah berubah setelah satu peristiwa yang membawanya ke pangkal jalan kembali.Talib menyesal. Talib tidak mahu lagi menghancurkan impian ibu bapanya. Oleh itu,Talib mula berusaha bersungguh - sungguh, mencari diri, mengutip ilmu untuk menjadi insan yang berguna. Hasratnya hanya satu, ingin sekali dia mengukir senyuman pada wajah orang tuanya yang telah penat lelah membesarkannya. Inilah masanya.

Sambil menelaah pelajarannya, hanya rokok menjadi teman setianya di kala membanting tulang menahan mata yang membengkak tika dinihari. Pada tahun akhirnya di menara gading tempat ilmu ditimba, Talib merupakan seorang pelajar yang dapat dibanggakan. Bergraduasi serba megah, cita - citanya tercapai. Bergenang air mata kegembiraan ibunya melihat anaknya itu.

Talib seorang yang ternama dan bergaji mewah ketika ini. Tapi malang tak berbau, duit tidak dapat membeli segalanya. Harta semua kan kembali kepada dunia, hanya bersujud kau bersendirian ke muka tanah, menghadap Yang Esa.

Semua kerana gara - gara penangan sahabat baiknya itu, Talib tumpas.

Setelah impian tercapai, duniawi digenggam, namun satu satu diambil kembali. Dunia tidak kekal, Talib. Kau tersalah sasar tidak fikir anak anakmu dan hari esokmu di Sana.

Talib didiagnos mempunyai kegagalan fungsi jantung dan hati.
Kegagalan jantung dan hati menyebabkan hormon estrogen meningkat dalam badan
maka terjadilah gynaecomastia.

Maaf, rokok tak membuat Talib jadi macho pun lagi.

Kanser paru - paru?
Buah pinggang?
Sakit jantung?
Darah Tinggi?
Kencing Manis?

ahaa.. semua bersangkut paut. Perlu aku listkan lagi?

Tidak siapa mahu kau menderita bergantungan dengan ubat untuk hidup, dan meminta-minta mesin bantuan pernafasan untuk lihat dunia ini sedetik lebih.

Sihat sekarang? oh tidak, segalanya memerlukan masa yang kau takkan dapat kembali tu, bukan?

Fikirkan masa depanmu dan keluargamu, Talib.

Bukan ini yang diharapkan ibu bapamu.
aku ulang, ibu bapamu, wahai Talib.

Mewah tapi miskin.

Semua orang memang akan mati, tapi matilah dengan cara lain.

Jangan bagi orang menderita sekali.

Ramai lagi yang sayang kau dari diri kau sendiri.

Saturday, November 19, 2011

Zzz


@___@

ada ke orang dalam dunia ni yang malas tido.

malas?

seriesly?

Sunday, November 13, 2011

#_#

ahaaaa
bila senyap sunyi pun membunuh aku terjaga dek detik masa,

aku cabut bateri jam.

"bosan aku dengan penat"


Friday, November 11, 2011

The Story


..

Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami

Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah

Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Firaun: "(Semoga ia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya)

Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya ia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah)

Dan berkatalah ia kepada kakak Musa: "Pergilah cari khabar beritanya". (Maka pergilah ia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.

Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: "Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?" 

Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya ia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu)

(The story : Al-Qasas 1-13)








"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un" "Surely we come from Allah and surely to Him we return" 


"O Lord, reward me for my affliction and give me something better than it in return, which only You, the Exalted and Mighty, can give." 
(Ummu Salama Hind Bint Abi Umayya)