Hi I'm back!

Sunday, March 27, 2011

sampaikan salamku


I kow you’re somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back.

dia ada hantar surat dekat saya tak?


Hurm.
Dia hanya meletakkan surat dalam peti surat tepi pokok ceri besar rendang tak berbuah tu.bersaksikan bulan mengambang samar-samar diblock sikit-sikit oleh awan kelabu.
Lapan belas surat dah terkumpul. Hatinya hampa. Kenapa tak ada orang kutip ni?
Dia pulang ke rumah. Ada titis-titisan embun jatuh dari kelopak matanya.rumput pun turut sayu.
Dari tingkap dia perhati. Mungkin malam ni ada, pujuk hatinya.
Jiran sebelah mengintai dari tingkap sebelah juga. Dia hanya mengeleng-geleng kepalanya. Seperti biasa. Budak itu tidur lagi di tingkap dengan harapan kosong.

My neighbors think I’m crazy
But they don’t understand
You’re all I have
You’re all I have

Esok dia bersiap untuk ke kerja seperti biasa. Tetapi hari itu mendung sedikit.macam nak hujan. Dia bekerja  Menghantar utusan seluruh Bandar. Menghantar surat- surat dari orang kesayangan kepada orang tersayang.

“ini surat untuk encik, dari kota Bobotropolis”

“owh terimakasih, eh.. awak ke posmen yang selalu cakap dengan bulan tu?”

“eh..?”

“betullah awak.. satu kota dah tahu awak gila.awak perlukan bantuan ke?”

“ =’(  saya tak gila..”

Dia lari lari lari.. biarkan semua surat terbang beterbangan ditiup angin selow selow.. hari yang suram bertambah muram. Air air tangisan dari langit pun jatuh berderu. Dia meghantar surat orang kepada yang lain dengan jaya, tanpa gagal. Tapi satu surat yang dihantar untuk orang kesayangannya satu pun tak sampai.



Cik bulan,
Hari ini tiada juga berita..?
=’(

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too

SI perindu setengah mati sudah start menangis.

“Orang anta hari- hari.. tapi satu pun tak balas. Janji takkan tinggalkan saya keseorangan, Susah sangat ke.. walaupun satu ayat sahaja?itu pun dah cukup..”

Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Hari berganti hari, hujan pelangi dan matahari.tetapi masih hanya daun daun gugur menemaninya semakin lama semakin bertimbun di situ.dan kolam airmata.

Dia masih menulis.walaupun sekadar kertas kosong.walaupun pen sudah habis ink. Terkejar-kejar dia meletak surat dalam mailbox.dan tunggu bagai orang gila.walaupun salji turun.badai melanda.panas terik.dia tetap di situ.dia dah tak kerja.mungkin kerjanya bukan kerjanya lagi, bisik hatinya.dia memeluk tiang mailbox yang kian roboh itu di kala malam menjelma.sejuk.saratoga pun takde.tak kisah.

“it’s not what about I feel for you. It’s about what I don’t feel for nobody else but you”

Bulan sangat terang malam ini.paling terang.tapi tak Nampak juga orang yang dicarinya.walaupun bayang.Tak apalah. malam tu dia sudah tidak kisah.apa-apa pun dia akan terus di sini.walau orang yang diharap tak membalas.mungkin dia akan terus berbahagia di sini demi orang yang di sana. Dan dia harap orang di sana pun berbahagia walaupun tiada koneksi antara mereka.walau terpisah lautan luas, langit dan bumi beza..galaksi yang lain lain.dia percaya.satu hari nanti.. ya, satu hari nanti.. the time will come..

Dia tertidur..air mata terakhir bergelinangan di pipi..dan jatuh ke bumi.

satu cahaya keluar menerangi..

Lalu daun daun berguguran menemani semua bertukar menjadi surat surat yang dikirim bulan..

Dia terjaga. Dilihatnya ibunya di sisi bulan meniti pelangi menghampirinya..

Cantik..sangat indah nian.. pelangi malam.dan bulan di situ sentiasa menemani.walau tak Nampak di kala siang tapi masih di situ.apatah lagi malam. Tak seperti aku yang mengadu semua yang datang dan pergi padahal dia tetap di situ..tetap di situ.

“ibu kirim surat setiap hari dan melihat awak dari sana”

“tapi hari ini ibu bawak awak balik bersama yang lain,ya..”

terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang

terang terang
sudut kecil ku isi
senyumanmu lagi

berbaring renung kita ke bulan
lagu yang kutulis kunyanyikan..



++++++

tangisan ibu yang merindu setiap hari membasahi hari hari sejuknya di kala penantiannya pada hujan renyai.

Daun daun berguguran surat kiriman ibunya sentiasa di sisi tak pernah dibacanya..

++++


“mana jiran posmen awak yang gila tu?” Tanya Mak Minah, selaku Pencece terbesar kota itu.

“dia meninggal semalam kena hempap tiang mailbox dekat bawah pokok ceri yang dia selalu tunggu tu”


Friday, March 25, 2011

sms sent failed

okay dik, tengok paspot..

nah..

barang masuk kargo?

ni..

owh, 12.5 kg je? ada banyak boleh masuk lagi ni. tak nak tambah?

ermm..kejap eh.


+++++++

alex sejuk.

nasib baik aku da sumpah kau jadi saratoga..letak dalam kotak bawah ni.

hehe :p

fragile!




kau jaga selalu hatimu
saat jauh dariku
tunggu aku kembali


*line curik.semoga diberkati*

Tuesday, March 22, 2011

nak tulis pun payah.

tong sampah dah penuh
bersepah sepah dengan kertas.

satu perkataan..hurm.. tak tak ..salah...salahh..buang buang..

kertas kena komot,campak dalam recycle bin.
hardisk dah nak full
database dah penuh
RAM tesekat sekat.lembab.tak boleh pikir.

dia belek buku pulak.grr.bukak Dorland's.
bukak Babylon punya kamus.tak puas hati jugak.

amek sempoa.mungkin boleh pikir guna menatang alah ni. kalkulator habis bateri.
tolak atas bawah tapi tak jumpa solution jugak.lagi serabut adelah.
dy/dx qedhewjfhrjwqhq

tarik curtain seluas luas alam. matahari oii masuk cepat cepat kasi terang sikit kepala otak ni nak tulis apa.dia cakap sorang sorang.talking to the moon agak nya.sempena fenomena supermoon sekarang ni.

bukak kotak magic.amek teko genie kat dapur ; tolonglah tolong please please... kali ni.. hari ni je pun.. tapi genie one day off.bini dia bersalin.

bukak almari plak.duduk dalam tu kejap.cari ilham.
buang almari luar tingkap.geram.takguna.

okay tenang-tenang.. tarik nafas..hurmmm...fuhhh...ok dah.



bukak lagu.tutup.bukak balik.tutup..
buang radio dalam toilet.flush.sakit hati.


padahal nak tulisnya sikit je.


(ni konon-konon kotak hati misteri)


haa..kan senang


kemudian dia larikan diri menaiki belon panas terbang tah kemana hari itu.
pergi bulan kot.nyorok.segan.

tah apa pasal la budak tu.. 


entry penuh kucar kacir =.="

ps: misi mencari draft entry yang mana aku letak tah - cakap dengan bulan

Sunday, March 20, 2011

sila tengok tarikh.

ni borang dari alisya.hari ni.

semalam yang ..

yang?

yang..

hai yang apa-apa yang!

Wednesday, March 16, 2011

biri-biri

mataku stret ke siling.
ada kambing berlari-lari buat aku susah nak kira kambing kambing lain.
lagi serabut kepala otak aku tercari - cari kambing gedik yang suka lari-lari.
apakah.

pecah rekod aku tulis entry kurang satu minit.

sekian.

Sunday, March 13, 2011

tick tock toe

sebelas tiga satu satu,
kaunter tiga


selamat pagi cik, boleh saya bantu?

saya nak book masa selama 11 hari start dari esok..

ouh,kejap saya tengok kalau ada kekosongan.haa.. still ada ni.mahu berapa?

jasad saya satu.bersama seisi jiwa raga saya sekali.had muatan boleh bawa berapa banyak?

okay semua itu dikira satu pakej jadi tiada bayaran extra dikenakan.

hehe.yay! saya suka tu..berapa kira semua

baik,kalau ikut harga saham sekarang dan ekonomi sekarang yang tak menentu, campur dengan cukai sekali..satu hari dalam +- rm196.36 untuk sekarang.harga berubah-ubah ikut keadaan.

okay, saya nak bayar guna kredit card

oraite,takde masalah..tambah lagi rm69

okay.

terimakasih atas urusan jual beli masa dengan kami. sila gunakan masa anda sebaik-baiknya.tempoh valid masa tersebut ada dari 12 tengah malam sehingga 23/3 ini.
kami tidak bertanggungjawab atas segala hal yang baik atau buruk, jodoh takdir dan rezeki anda dalam tempoh tersebut jadi gunakanlah masa tersebut sebaik-baiknya.jika anda bersetuju dengan syarat tersebut,sila crossed your heart di sini.
terimakasih!





now i know how does it feel to 'buy' time.
and i know that the price is increasing with TIME


but anyhow, to be with you,
is priceless.

=)


orang kaya guna duit untuk dapatklan masa.

orang miskin guna masa untuk dapatkan duit.


aku guna duit orang lain untuk dapatkan masa orang lain =.="


ps : syukur dengan 'free air-time' yang penah ada.dan yang akan datang

Saturday, March 5, 2011