Hi I'm back!

Monday, July 30, 2012

In Memory 516/2007

Sesuatu yang kita tak suka, mungkin adalah sesuatu yang baik untuk kita.
Contohnya kehidupan asrama aku.
Dari masuk form 4 sampai dah form 5 pun aku duduk melalak je nak kelaur dari sekolah tu. Ngek ngok jugak lah. Last last bila parents da kasi keluar, aku diam terus je.. hehe.. terus da rasa best plak.

Tempat yang paling aku suka lepas rumah masa zaman aku muda mudi dulu adalah kelas aku sendiri. Tapi Rumah memang tetap no 1 lah walaupun aku terpaksa forge signature fly balik =.="


Terdiri daripada 23 orang budak sekolah goverment yang tiba-tiba kena campak masuk MRSM dan disepak muatturun dalam satu kelas 
Apa yang aku paling suka dalam kelas, boleh design sendiri kelas macam mana, ikut suka hati sendiri.
Mula mula skema macam ni.
 Ouh, sila notice aku tengah pulun  copy homework orang lain kat barisan tengah tu

Kemudian susunan meja diubah ikut grouping macam ni


Yang membolehkan para pelajar *aiceh* stady dengan begitu hard-la-sngat-core oi

Bergosip hal dunia

Err.. bercatur

tidak lupa membantu menjalankan fardu kifayah iktikaf dalam kelas.. Kroohh..

Ouhh.. dan paling bes sekali, memasak dan om nom nom..


Yang ni pulak susunan time exam

Kelas yang aman damai harmoni dan berwarna warni macam tadika ni diterajui oleh kanak kanak ribena berikut walaupun segolongan besar mereka termasuk aku hanyalah gila kuasa dan memang tak ada kena mengena dengan subject tu pon. pfftt...


*dang*

Ahaa.. kretip okay budak budak kelas aku nih

Setiap anggota juga diberikan hak asasi istimewa untuk menghias meja masing masing.
Ni Farah punya

Ni Shira punya
Yang lain lain boleh conteng dan tampal isu semasa atau luahan perasaan dan meroyan dekat board belakang kelas

Yang paling best design langsir ni lah.
sakit hati tengok @_@


Ni dalam partition aku. celik mata pagi buta, ni lah inspirasi .. ahaha inspirasi sangat
 =.="
*tejungaung*

Nakal nakal mana pun, alhamdulillah last last semua dapat grad dengan cemerlang.
Sila notice ada watermark youtube kat situ sebab aku print screen  dari video klas punya #,#

Ni gambar favourite aku sebab lepas pesta buah tu, oleh kerana makan durian banyak sangat aku demam panas  masa Mock Inteview sehari lepastu dan terus balik rumah dan terskip program makan makan terbesar time tu :| sadis.

Macam mak nenek barangkali muka aku kalau pakai spek

Ni hanya tinggal kenangan


Last time diorang pergi tengok kelas tu balik lepas kitorang dah habis SPM, kelas tu dah tak cantik macam zaman kitorang dah. No more boleh baring baring golek golek bawak bantal tilam bagai time prep. Tak ada dah tikar, langsir, corak sana sinun yang lawa lawa. sama ada junior noob atau apa aku tak tahu. tapi terkilan gak ah.

Apa - apa pun, kenang balik zaman zaman ni, sangat best. Tak sangka dah setengah dekad dah. Rasa dah tua pun, dan semua orang dah ada arah tuju hidup dan haluan masing - masing. Tak sangka yang dulu kita pernah sama sama duduk satu kelas dan buat cepat cepat karangan yang Cikgu Amin kasi last minute. Tak sangka Cikgu Herman yang tangkap aku tido dalam kelas bawah meja tu dulu jugak yang tangkap aku fly. Entah Mr Hasbi tu blur lagi ke tak. Tatau la Cikgu Firdaus ada mengajar fizik lagi ke tak. Cikgu Kimia yang ajar orang jadi sarkastik, Ustazah yang dok aiwah aiwah dalam kelas dulu pun, aku rindu kek lapis sarawak dia .. sob3. Tak sangka masa tu semua dah berlalu. Entah apa khabar cikgu semua, anak - anak cikgu Yati yang mat saleh tu pun mesti da besar cun - cun gila. dulu kecik je budak budak tu.

Balik ni nak pergi amek sijil SPM kat sekolah lah.

5 comments:

Dr Rocca said...

fuyooo...budak mrsm jasin tuuu...

Adibah yahaya said...

balik tanah air bila nye ni?

Syafinaz Alizaini said...

dr rocca
half jasin, half tgb
@__@

adibah
soon insyaAllah :D

Anonymous said...

meriahnya ur kelas...err, brp bnyk da kerusi patah xleh tahan beban? teeeeheeeeee

Syafinaz Alizaini said...

my class mmg meriah uols, tapi jgn la samakan dgn klas uols yg patah2 kerusi tuu.. ahaaa