Hi I'm back!

Friday, July 6, 2012

Pakcik Eish


"Eiiisshhhhh....Eiiisssshhhhhhh.."

Lantang suara pakcik jual roti menggegar lorong rumah aku.
lekas - lekas aku lari ke balkoni tingkat satu rumah ni.
hampa, tak nampak pun batang hidung pakcik eish ni. Suara je menggempur gegak gempita suasana.

Tadi lepas orang solat jumaat, aku turun pergi beli bawang..
Sambil bawa barang sambil berangan,
Tak perasankan seorang lelaki kurus lampai berjubah cokelat-kelabu yang mungkin telah bertahun disalut debu jalan. Mukanya berkerut panas. Oh, dan serbannya putih.

"Eiiisshhhhh....Eiiisssshhhhhhh.."

Aku berpaling.
Itulah suara yang aku cari selama ni,
Aku terkesima sebentar. Berpatah balik dan mengintai pakcik dari pintu besar bangunan rumah aku.
Tak, aku bukan nak beli roti pun. Tapi Aku kagum dengan suara itu. Dengan manusia itu.
Sambil menarik raga rotan besar berisi roti-roti pita, dia melaung - laung makanan ruji masyarakat mesir ini.

"Eiiisshhhhh....Eiiisssshhhhhhh.."

Pakcik itu hanya jual roti. Roti je pun.
Tapi besar jasanya memberi makan kepada orang kebanyakan kalau nak banding dengan duit yang dia dapat untuk mencari sedikit makanan untuk diri dan keluarganya sendiri.

Roti pino? 4, segeneh kot.
Lagi murah dari satu karipap kecik yang kau boleh beli dekat Malaysia.

2 comments:

roti pino kio said...

batih!!!batih!!

PeCo said...

igtkan ada org ngeluh, isshh!! isshh!! =,=