Hi I'm back!

Monday, August 21, 2017

The diary of Monachopsis, Liberosis ; Terbangnya satu penyesalan part 1

Part 1
Juwi

Juwi baru balik dari pejabatnya.
Sarangnya berselerak. Telur telur permaisuri terabai.
Handbag LV ciplaknya yang direbut di jalan TAR waktu sale raya haritu dihempas ke meja makan lalu dengusan ketidak-puas hatian kedengaran.

Bukan marah; Juwi lebih berasa sedih dan kecewa. Tak ketahuan mana arah tuju hidupnya.

"Hari-hari pergi kerja tanam labu, tuai biji sawi dan susun dedaunan di istana tapi tak pernah sekali pun rasa dihargai. Malahan setiap hari dimarah dan diherdik ; mengapa labunya keluar empat segi, kenapa tiada cahaya bulan menerangi biji sawi pada malam ke-14 tuaian, mengapa klorofil daun kering berwarna merah jambu dan bukan warna pelangi. Semua persoalan yang luar medium saraf otaknya untuk dijawab.

Permaisuri hanya suka kepada PA PA nya yang sudah senior dan pndai kiss ass.
Itu bukan personaliti Juwi. Juwi seorang yang sangat reserved dan suka buat kerja sendiri, Keluh Juwi dan egonya. Tiap hari- harinya dipenuhi dengan keresahan dan anxiety. Hadirnya menjengkelkan, tiadanya menyusahkan.

Tidak masuk lagi dengan ketensenan melayan kerenah permaisuri yang panas baran, melayan perangai birokrasi politik dalaman yang nonsens dan memikirkan telur- telur dalam sarang semut itu sihat ke tidak dalam inkubator keluaran terbaru panasonic. Hanya rungsing berlegar- legar, keluar masuk dalam benak pikiran yang bercelaru. Sekali sekala Romy menyapa bertanya khabar dari bayang gelap sebelah pintu.

Jilakanya.. Eh silap. Jikalaunya Juwi bersoping dengan geng mak jemahnya juga jiwa Juwi melayang-layang. Jasadnya di situ, rohnya terbang ke ruang kosong.
Balik rumah pula ingatkan nak sambung soping barangan mampu milik lagi copy original made in china di lazada, baru dia pilih option price : low to high , Juwi terkenang yang sudah 3 bulan gajinya tak masuk lagi. Juwi terus turn off.. the computer.

Air matanya berderai.
Tidak tahu dengan siapa lagi mahu Juwi mengadu domba. Saban hari Juwi akan mengomel perkara yang sama hingga Juwi juga benci pada diri sendiri. Penat, penat yang tidak habis menenangkan diri sendiri tapi kemudiannya tenangnya dirobek kembali. Juwi hanya mahu masa untuk dirinya, infiniti masa yang tidak berkesudahan. Tapi ini tidak. Belum hilang penat tetapi sudah mula penat yang baru.

Mujur ada Romy. Kebelakangan ini Romy sering datang pabila Juwi dilanda badai gelora perasaan. Bisikannya lembut, menenangkan. Bila kesunyian Romy sentiasa di situ. Datang tanpa dinanti bersama  kata tanpa bicara.

...

No comments: