Hi I'm back!

Wednesday, April 28, 2010

...

rindu.hilang

miss.missing

siapa jumpa budak ini?

+batery dah nak habis.pinjamkan charger please..

Tuesday, April 27, 2010

cintaku...


Tajuk sebenar tapi tidak diluluskan: 
Chentaku... (dot dot dot 3x bermaksud infinity) dan pakcik kuning
DIA duduk di penjuru itu.menghadap jantung hatinya si jelita.sudah 3 hari dia tidak mandi.angau dibuai cinta.
Hanya diam menemani mereka berdua
Sesekali tersenyum sipu  malu malu
Tatkala menghayati indahnya cinta,
Sekali sekala dia mengorek hidungnya.
Ah, tidak perlu malu apa.itu sudah lumrah.mereka menerima apa mereka seadanya.

Dia senyum lagi.

Bermula dengan pakcik kuning, ya, pakcik kuning lah precursor semua benda ini.
Orang tengah antara medium perasaan yang sukar digambarkan apatah lagi percaya.
Dari tiada apa-terus kepada bibit-bibit percintaan.
Tapi hari itu dia sudah nekad.
Dia tidak mahu lagi pakcik kuning atau benda-benda comel itu sebagai perantaraan

“Saya mahu lihat awak senyum... tanpa emotikon..”
[enter]

Yeah sejak itu dia mengabaikan sudah pakcik kuning.
Tak perlu perantaraan.
tak perlu dimensi.
medium semua dibuang.




Bak kata pepatah.. bagai kacang lupakan kulit.
Habis sepah madu dibuang..
 manusia..

tapi manusia memang seharusnya begini..


=)   <-- ini juga saudara kepada pakcik kuning

 

Saturday, April 24, 2010

home sweet home

we dont need to find one,
its already inside here..
always in sight :)
















or not..


okay T,T




what's in my heart is not in your head..

Friday, April 23, 2010

Thursday, April 22, 2010

Wednesday, April 21, 2010

>,<"


Adi : hai!

Lily : Hoi!

Adi : kau suka aku kan kan kan!!

Lily : ada apa masalah?

Adi : kau suka aku sebab aku handsome kan!

Lily : Owh, semua peminat fan club kau yang lain suka kau sebab kau hensem la? kau ingat kau hensem la?

Adi : aku hensem, baik hati, bertauliah, kacak, berbudi bahasa dan bersopan santun..

Lily : kalau macam tu aku doa karang kau kena langgar dengan lori sampai kau cacat dengan tak boleh jalan dan muka kau tak hensem dah, maka kau pun tak boleh nak praktikkan segala budi bahasa dan ketauliahan kau tu...supaya aku sorang je yang akan dan boleh suka kat kau.hahaha...yay! okay bye.

Adi : ... :|



Sunday, April 18, 2010

lupa


Dia sudah buang semua

semua pun sudah tiada



haiz.

tapi kenapa yang ini tidak mahu hilang-hilang?



aku terlupa lagi untuk lupa.


ok.siapa curi pemadam aku?

Friday, April 16, 2010

pertengahan jalan


Semasa zaman kegemilangan mahatma Gandhi iaitu sebelum revolusi puak-puak militan di india,satu hari selepas fenomena tersebut,seekor Encik x merangkap memerang pemburu ikan dugong berjalan-jalan ke kampung pusara mini moz.

Tentu sekali dia rindu akan sahabatnya yang sudah lama tidak jumpa itu.

*knock knock*

Encik X mengetuk kulit pokok mewakili dinding umah mini moz tu..erk, memandangkan pintu rumah itu dah lama kena roboh.

Encik X : HAlO!!

Mini moz keluar.dengan menyandang sebuah bagasi besar di belakang.

Mini moz : Eh!! Kau rupanya! lama aku tunggu... mana kau menghilang selama ni?

if you wait to do everything until you're sure it's right, you'll probably never do much of anything

Encik X : ouh, maaflah.aku pergi bertapa selama ni.kau sihat sepanjang peninggalan aku?

Mini moz : hurm, sihat.sesihat-biasa yang tak sihat. Malam yang kau pergi tu, aku dah kena baham dek harimau.tapi aku keeping kool je lagi.hari-hari berikutnya pula aku disambar petir, dibakar matahari dan dibekukan salji.tengok musim jugaklah.ouh, tak masuk lagi aku disamun pencuri dan dihumban terjung gaung yang dasarnya ada anaconda.nasib baik aku ada nyawa lebih time tu.life saver betul.

what doesn't kill you, makes you stronger

Encik X : wah. Banyak betul dugaan kau.sekarang nyawa kau tinggal berapa je?

Mini moz : kosong.sekarang aku pakai bateri je.ni pon battery nak habis dah,penat.. penat.aku kena balik kampung halaman nun jauh di sebalik horizon langit biru untuk recharge.

Encik x : ehh, kau nak aku cari dragon ball untuk kau? Boleh revivekan kau balik.

Mini moz : tak apalah.lagipun aku da banyak menyusahkan kau selama ni.kau memang kawan terbaik aku =)

a true friend is someone who thinks that you are a good egg eventhough he knows that you are slightly cracked

Encik x : kau..kau kena pergi juga ke? Macam mana aku hendak cari kau bila kau sudah tiada..

Mini moz : aku ada la.. bila-bila kau rindu aku, aku mesti ada – dalam benak otak kau atau jauh simpan di sudut hati kau :p jadi, jangan kau risau pasal tu.aku tahu sekarang ini pon, kau tidak memerlukan aku lagi.kau sudah pandai jaga diri elok-elok kan!


if ever there is no tomorrow when we're not together,
there's something you must always remember..
you're braver than you believe,
stronger than you seem,
and smarter than you think,
but the most important thing is,
even we're apart..
i'll always be with you..


Encik X : kalau macam tu, bila kita boleh berjumpa lagi?

Mini moz : kau jangan risau, sekarang kita bawa haluan masing-masing.kejar yang terbaik.kalau ada rezeki dan jodoh, kita akan jumpa di pertengahan jalan kehidupan ini-sekali lagi.

Encik x : kalau tak?

Mini moz : kalau tak pon tak mengapa, aku dah ada banyak kenangan suka duka dengan kau.tidak akan rugi apa pun.cukuplah aku tahu yang kau pernah jadi sebahagian dari aku,dan aku sangat gembira.

happiness doesnt come as a result of getting something we dont have,
but rather recognizing and appreciating small things that we have.

Encik X : kenapa kau sudah lain sekarang, lain dari yang masa aku jumpa dahulu..
Mini moz : kau pun sudah sangat lain, tapi aku tak pernah kisah..sebab itu kau kot.tapi tak apalah, aku banyak belajar dari kau, kau pon banyak belajar dari aku sepanjang kita berkawan kan!

i love you not because of who you are, but because of who i am when i am with you

Encik x : hurmm.. baiklah kalau begitu.semoga kau selamat sampai ke destinasi.semoga battery tak habis di tengah jalan.

Mini moz : terimakasih!!

Mereka berpelukan.saat itu juga satu kapal angkasa berupa piring terbang yang biasa digembar-gemburkan terawang-awang di atmosfera.satu cahaya memancar keluar ke bawah.mini moz berjalan lemah ke tengah lampu macam spotlight tu.dia ditarik perlahan-lahan mengatasi kuasa gravity dan disedut diam-diam, samar-samar..

See you next chapter, of my life =)



Sayup-sayup terdengar suara mini moz yang semakin hilang itu.




Dia ghaib.

love comes unseen, we only see it go



akhirnya ada juga cerita happy ending.walaupun sementara.












i'm gonna miss you when you're gone


Cerita ini sambungan dari sini

Saturday, April 10, 2010

-enam buah rumah-

jom balik

Cokelat



Sara jalan-jalan.
hatinya kosong.
Dia menuju ke farmasi

“yea dik, nak beli apa-apa?” Tanya akak farmasi, ramah.
“hurm.. nak tengok-tengok dahulu” balas Sara


Satu langkah ke hadapan.perlahan.dia menoleh ke kanan dan ke kiri.okay, tidak jumpa.
Cari lagi.
Cari lagi.


“hurm..” Sara mengeluh.
“cari apa dik?” akak farmasi bingung
“tak ada kat sini la kak” , Sara
“apa dia??” akak farmasi lekas-lekas ingin meredakan perasaan ingin tahunya itu
“saya pon tak tahu” balas Sara
“eh??” akak farmasi semakin bingung.lagi dan lagi
Sara mencapai coklat-coklat di meja kaunter pembayaran.
2 plastik.
besar.
“rm 83”
Dia mengeluarkan wang saku.
bayar.
terus pergi

Sara pergi ke farmasi untuk membeli coklat..

“memang tak akan ada kat mana-mana pon..hurmm”
Getus hatinya.

yang kosong itu.

 
apa fungsi coklat?


all you need is love.but a little chocolate now and then doesnt hurt

Thursday, April 8, 2010

o,O

glaucoma

mata tidak boleh besar lagi

saya paling comey~

ekosistem terganggu


bincangkan..

Mitos apple dan dugong

pada kurun ke 8 sebelum dinasty Chung,
seorang puteri amoi chantek molek telah turun dari kayangan demi mencapai satu misi, mencari apple ajaib.

cik puteri diberi masa 3 purnama untuk menjalankan tugas dengan saksama.

nak dipendekkan cerita, puteri selalu bertemu apple kiut ajaib di dalam mimpi sahaja.di luar bumi nyata, hanya terdapat apple-apple yang tak-berapa-menarik hati puteri untuk dibawa balik ke kayangan.

dalam pada masa yang sama,puteri teruskan juga usaha mencari apple ajaib di bumi nyata.dan hanya bertemu apple kiut ajaib di dalam mimpi - itu pon sudah tidak selalu,apple kiut dan ajaib itu semakin pudar.

apple hijau
apple merah
apple biru

semua tidak menjadi pilihan.
ditegaskan, puteri hanya mencari apple ajaib.. bukan apple biasa.

3 purnama telah berlalu.
hanya apple kiut dalam mimpi sahaja yang diidam puteri, tapi ia hanya sekadar mimpi, tidak mampu disentuh dan tidak tercapai dek akal untuk ditawan.

mission failed.
puteri disumpah menjadi dugong dan beku di lautan atlantik selama 3 kurun.terus hilang tanpa jejak.sekiut-kiut atau ajaib apple mana pun tak dapat menyelamatkannya lagi.

padan muka.


morale of the story?

Wednesday, April 7, 2010

penceroboh hati


a better translation rather than this one

jaga hati?
mediastinum adalah kawasan terlarang
penceroboh akan didakwa
ditikam,dicampak ke dalam gaung dan diberi piranha makan.


skian, harap maklum


Tuesday, April 6, 2010

Come, as you may =)


leave as you want...

 

so i'll let you go, i'll set you free
and when you've seen what you need to see
when you find you,come back to me



 David Cook - Come Back To Me

Monday, April 5, 2010

Mindsetting


di kala kebosanan dan kemunduran otak, sel-sel otak Timah menjadi hypoxia, dan terbitlah satu aura kemengantukan.

tiba-tiba juga timbul satu persoalan biasa yang kerap berlegar-legar di satu ruang rindu - yang dekat mana aku pon tak tahu


maka dia tenyeh butang biru itu

..



ini memang memakan perasaan betul..

sekali lagi, berdebar-debar

...


ini juga agak kurang asam..

dia mahu bermain-main dengan jiwaku pula.bisik hati Timah.

sekali lagi! tidak putus asa..

...




Timah senyum lebar

hati berbunga-bunga penuh sinar harapan menggelodak di benak mediastinum.

dia kembali bersemangat mengulangkaji pelarannya yang tidak pernah habis-habis itu..


mengantuk juga kehilangan kudrat untuk mengacau lagi


memang begitu jika orang yang merindu, tahu dirinya dirindui juga..





..
..
..





ya,
mind setting memang sangat penting..


Curang

Biodata
Minah : siapa tah tidak ketahuan
Sobri: kekaseh gelapku
Jack : pacaran di bulan
Boy : Adik kepada Ultramen Taro


*perbualan sms*
hari itu..

Received
....
Sobri : OK..nak tidur sudah.mengantok..

sent
Minah: ok..ok..tid0..tido...dududududuudduudu dam damm~

5min kemudian..

received
Jack : miss me?

sent
Minah: nak jawab jujur ke tak?

received
Jack : kena jawab rindu sangat-sangat

Sent
Minah: kalau tak?

Received
Jack : Tak boleh.selain dari itu dikira dusta

Message not sent
Message not sent

Dial *122#

Received
Baki anda rm0.00

*shoot!!*
>,<”

Dial *100#
Redeem point
Permintaan anda telah Berjaya.anda telah menebus rm1 ke akaun hotlink.anda kini mempunyai  0mata ganjaran hotlink

Sent
Minah : boy sayang,let's share our love together tonight $,$
^,^ urgent nihh..sayang awak!! *wink2*

Received
Boy : Cane nak share?

Sent
Minah : taip Share 012******* 100 dan hantar ke 22121 untuk memenangi hadiah berupa penginapan di dalam hati saya selama-selama2nya yg boleh :”>

Received
Boy : 017******* telah berkongsi rm *** kepada akaun anda melalui share-a-topup...etc2

Sent
Minah : Tau dahh.. that’s why i love you
 ^0^ gudnite.
Ps : jangan lupa kunci pintu bawah sebelom anda tido

Sent
Minah : sori lalink, aku p toilet sat td :”>

Received
Jack : berak je keje

.....


Sunday, April 4, 2010

Pada satu hari..

Ali jalan-jalan,
Ali jumpa Alica
Ali terjatuh cinta.
Ali doa-doa

Alica pengarang jantung
pelembut jiwa
penawar duka
pengubat rindu
Ali sayang sangat Alica

Hud [47]
Nabi Nuh berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi".


Tiba-tiba..
Alica jumpa Alan
mereka jatuh cinta
Ohh.. hati Ali hancur berkecai..
Bomm..bedebOo babOo.


Al - Baqarah [216]
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Satu hari yang lain pula,
Ali jalan-jalan lagi..
jalan jalan jalan jalan
sampai jumpa jalan
~Hai!
Ali tejumpa Alina

..

sila sambung sendiri cerita tersebut mengikut definisi dan reaksi dari interpretasi masing2


Al - Baqarah[106]
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?





Saturday, April 3, 2010

derhaka




derhaka zaman teknologi : 
putus talian ketika bergosip menggunakan lowratevoip

konklusi :
lowratevoip memutuskan talian persaudaraan


sekarang ni senang je nak derhaka kan?

fana

Tanya Sama En.Magic Ball #1

adakah adiba farah eliana seorang yang gemuk?




HAHAHA!!

^_^ 



gemok = nama manja bg sayang


Friday, April 2, 2010

everything.nothing


aku akan selamatkan kamu dari bahaya
aku akan bawa kamu lari dari monster
sanggup juga gigit kepala parasit-pelesit yang nakal-nakal..

aku sanggup petik bintang, panjat bulan dan meredah awan,
juga terjun gaung, naik balik dan terjun semula ke sungai amazon
sanggup terperangkap dalam botol dan dibuang jauh-jauh ke laut
semata-mata untuk selamatkan kamu,
untuk bawa kamu keluar dari dimensi itu..

aku sanggup buat apa pun jua - memang apa pun juga
supaya kamu tidak lagi hidup dalam garisan2
dan terus ada bayang-bayang serupa aku juga

..
..
..


tapi apa lagi yang harus ku buat,
andai kamu juga yang tetap tidak mahu?

seraya aku pun duduk diam-diam

:|

Thursday, April 1, 2010

goodnight~


may all the stars keep you company,
while you are sleeping..



because i cant.

Fine!



Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

~,~

rasa rasanya aku boleh gigit kepala kamu tak?
cabut otak dan buang



*entry ini ditulis dengan penuh emo

erk..

=.="