3247 ribu juta tahun nanti, banyak angka- angka dan huruf-huruf bakal pupus di makan virus. Manusia lalai dengan duniawi, teknologi. Mereka sangat taksub dengan kelaraan.
0
1
Hanya dua angka ini sahaja yang survive kerana keteguhan dan resistance dari unsur alteration geneticnya. Mungkin juga mereka adalah mutation jadi tiada serotype yang lain.special case.
I
U
Dan dua huruf ini juga yang survive.mungkin sebab ianya senang diingati untuk ditulis.
Atau teori lain, I bermaksud aku dan U, engkau. Dan pada zaman itu pula hanya kau dan aku, merujuk kepada manusia zaman itu sahaja yang wujud.lebih tepat lagi, aku-aku dan engkau-engkau.ya, jual ikan.silalah.
Disebabkan oleh sifat yang amat tidak berdedikasi atau cemerlang gemilang terbilang tersebut telah membawa banyak kerosakan akhlak juga.oleh itu degeneration of neurons amat berleluasa.mereka tidak mahu tinggal di dalam cerebellum lagi atau cerebrum.bosan agaknya.mungkin sudah berhijrah ke lutut barangkali.ah, ini semua propaganda kerajaan pemerintahan terpesong zaman itu. I dan U ada nilai emotikon sentimental valuenya yang tersendiri.enough said.
Aku ingin tahu adakah NILAI nombor ini masih lagi valid, berharga atau sudahpun expired, tidak bermakna?
Ya, ini juga antara I dengan U.sebab cik neurons yang masih tinggal bertempiaran gusar berlari hingga ke benak jiwaku mengacau pacemaker ku hingga memaksaku agar memaksamu memberitahuku.adrenaline berlebihan membuatku tachy.kau memang ectopic focusku.dem.
mungkin kena tinggal sekejap.have a rest, have a break.okay, Kit Kat?
...
wah. aku tidak lagi menghitung hari seperti tahun lepas.
hurm, terlampau banyak yang aku hendak cakap tapi aku hilang kata-kata.macam mana tu? :p
aku lemah betullah kalau mcam ini selalu.haiz..
memandangkan aku ketiadaan internet di rumah baru, aku terfikir untuk meng-mms gambar.tapi sejurus itu aku kehabisan kredit. bila aku hendak online di rumah kawan,dan post terus gambar di blog, handphone pula tinggal dekat rumah.cool kan? nanti- nanti lah..
kuliah sudah habis.
kelas sudah habis
practical exam sudah habis..
mari kita teruskan dengan apa yang akan datang.written final exam untuk sem 4.
harap - harap semua urusan bakal dipermudahkan lagi, insyaAllah.sedikit sabar,dan semua akan okay.
aku doakan untuk semua kawan-kawan juga ^_^
dont fear the difficulties..the best come from them =)
...
bait-bait kata buat aku pening. bayangan lukisan buat aku celaru. paranoid. aku pon tidak tahu. semoga aku tidak lemah semangat.lagi.
=)
tempat lepak selalu selepas jemur baju -.-" fuh, rindu.
SANG teruna meniarap bagai memerang cacat.oh, system kontrol cerebellum nya semakin dikuasai aura narkotik.walaupun dia tidak mengambil ubat lebih dose.atau karbon dioksida tertoksik sedikit pun.
Senyap.
Pari-pari berang. Dia terajang ilusi tiada bernyawa Sang Teruna.
Suka suki terlelap. Sekarang dia di medium satu lagi. Meninggalkan orang di dimensi nyata.
Pari –pari...
Aaahh..Okay, tuka lah.asal makhluk yang comel jelita lawa cun je panggil pari-pari.sinonim.bosan.
Pari-pari kena sumpah dengan penulis jadi ladybird.haa..baru comey lebih sket.
Okay sambung cerita.
Ladybird mengetuk pintu hati sang teruna
Knock knock knock..
“Kosong kah? Ada orang?”
“Saya nak tumpang tandas.. bolehkah!!”
:: tandas tak ada, pinjam kedai bawah please ::
“Owh!” Pari-pari terterkejut.ingat Si Teruna dah bersemadi di dimensi satu lagi.
:: tandas rosak, tak tahu bila nak okay ::
Pari – pari mencebik mukanya.
Dia terbang naik ke tingkat atas pula
Knock knock knock!!!
Kali ini dia ketuk lagi kuat di kepala otak Si Teruna
“Oii!!, ada tandas tak.. nak pinjam ni..tak tahan..” c(T,T)o
Rupa rupanya otak Si Teruna da shut down di alam itu, mungkin sesat salah masuk pintu warp portal lain.mungkin sedang beradu tenaga dengan Amon-Ra atau saja- saja menyepak Poring dalam PES.mungkin sedang berjihad dengan misi menentang teroris.Ah, banyak kemungkinan yang malas nak fikir dah.
Pari- pari comel tersipu-sipu seorang diri.dia duduk di bawah pokok watermelon makan papaya sambil bermain-main di luar kawasan larangan luar kotak fikiran sang teruna.password selalu salah.IP Address pon sudah kena block. Dia tahu dia tidak mungkin dapat masuk. Tapi sekadar dapat bermain di ruang itu sudah memadai, bisik hati kecilnya yang semakin kecut.shrinking heart syndrome bak kata aku.
Haa.. kan da kata, Dia memang betul – betul dah shut down kali ini .okay, mungkin hibernate. Beruang betul.ini semua gara- gara tiada reaksi lemak berlebihan atau pun hyperlipidaemia yang kadang- kadang boleh mengundang senak perut.diagnosis bukan peptic ulcer okay.
Hurmm.. pari-pari meneruskan bermain-main seorang diri.seperti biasa.
Okay lame betul, pari-pari memang loser sebenarnya.
Sedang dia berjalan- jalan, Boom bedebabo babo!! (sorry, effect lebih)
Dia terjatuh..
“Aih, apa banyak sangat wayar berselirat ni!”
Dia tarik satu- satu wayar yang menemui jalan jalan buntu seserabut pemikiran sang empunya
Satu-satu juga cahaya yang menerangi ruang itu terpadam satu demi satu..
Suasana makin malap.
Kedengaran sayup – sayup getaran pekikan suara cik neuron mendayu- dayu kesakitan.. dan hilang terus ghaib pergi datang menjelma..
Hurmm
Last wayar.
“Lepas ini,wayar-wayar ni tak kacau orang nak jalan dah..” cik pari-pari bermonolog.
----
*suis putus semua dah*
*gelap gelita*
*hilang ingatan*
Yay! Okay..Get back into life!
Hidup terhenti di situ.
Tiada connection lagi antara dunia pari-pari comel dan Sang Teruna, di medium masing-masing.
Eh, pari – pari tidak kutukar menjadi ladybird jugak ah? Tidak mengapa lah, harap maaf.
Ps: mari kita doakan segala yang terbaik untuk saudara saudara kita yang sedang berjihad di luar sana.sujud beralaskan pasir,atap berbumbungkan langit..tiada pun bising bising gaduh dengan tuan rumah pasal tipu duit sewa T.T