Hi I'm back!

Saturday, July 10, 2010

Boo~

dia meniup belon belon. satu satu diletak di satu sudut.

hurm..

bekalan makanan semasa perjalanan,baru siap.pangkah.

packing barang,sudah.pangkah

buku,siap.pangkah

mandi.sudah juga.pangkah.

apa lagi.

owh, telefon bimbit.tidak boleh lupa in case nak koling2 nanti.atau on call.nama pon on call mestilah kena ada telefon kalau tak macam mana orang nak call.

apa lagi.

baju-baju,underwear.erk, okay okay, settle..

owh.. esok sebelum pergi mesti buat dua ini.

dia mencatit lagi di nota post-it berwarna kuning. dua kerja itu sahaja belum dipangkah.ditampal di papan notis depan meja.

owh, tu dia.. mesti bawak.

dia mengambil softoy lembu memegang hati yang digantung di papan notis.


"Bu Bu,awak tolong bawakan apa yang saya tinggalkan di sini ya.." bisiknya.

"awak duduk di sini dahulu diam-diam,dalam beg ni.esok kita gerak."

--

masa untuk tidur,tinggalkan hari semalam.tinggalkan hari kemarin..

...

..

...

oh tapi tak boleh.
sudah tengok siling selama 2 jam.mata tidak mahu pejam juga.

dia bangun semula dan pergi keluar rumah.baring di curam bukit itu.


"langit langit biru hitam gelap!"

"wah cantiknya bintang.."

dia mengalirkan air matanya.
dia kesat semula.
masuk semula ke dalam rumah mencari botol kosong.
berlari-lari keluar, mendapatkan tangga.

"ini juga tidak boleh tinggal.."

dia mengutip bintang-bintang di langit dan memasukkan ke dalam botol.

"langit tu tak sayang awak, dia kurung awak time siang, keluarkan awak time malam je."

"nanti awak duduk dengan saya, saya lepaskan awak berlari-lari bersinar-sinar sepanjang pagi dan malam."

dia senyum, dan mengesat air matanya lagi.

"hurm. tapi bulan tidak boleh ikut, tak muat masuk botol.."

"maafkan saya bulan.."

air mukanya berubah menjadi lebih sedih
dia jatuh berlutut.kembali menangis..

"saya.. saya mahu pergi malam ini juga.."

--

dia kembali semula balik lagi sekali ke dalam rumah.ambil belon-belon.. ambil buku, ambil beg.dan bawa juga 2 buah botol lain.tapi kali ini botol-botol itu telah berisi.

"belon-belon!! terbanglah!!"

dia melepaskan semua belon yang telah ditiupnya siang tadi terbang di udara

"tunggu saya di sana,tolong jangan meletup, saya perlukan oksigen itu nanti."

..

"buku tidak mahu bawalah.berat.saya guna google saja nanti.saya tulis buku baru.baju juga tidak mahu bawak.telefon buang terjun bukit, tidak mahu bawa juga. orang akan jumpa saya kalau dia sayang saya..tak perlu telefon.ingat saya di ruang rindu, dan saya akan berada di sana.pasti."


owh, botol-botol ini.dia mahu tanam.di bawah pokok bunga paling cantik di dunia yang tak tahu apa nama dia sebab tidak dicemari nama-nama saintifik lagi.

"satu botol itu ada isi hati saya. satu lagi ada jiwa raga saya.semoga baik- baik sahaja kamu bersemadi di sini ya.saya akan datang kembali, saya janji.. biar saya pergi dengan kosong sahaja sekarang.."

dia mengetap bibir.matanya berkaca-kaca.

..

dia menepuk-nepuk tanah.sudah siap tanam.selamat semua.syukur.sekarang tiada siapa boleh kacau lagi.

"okay Bu Bu,jom!"

"awak tolong jaga hati awak itu elok-elok.di sana nanti awak lah yang akan mengingatkan saya yang saya masih ada hati lagi di sini.."

 BuBu semasa sesi fotografi sehari sebelum dia pergi bersama tuannya


Dia senyum.terus masukkan Bu Bu ke dalam kocek,dan terus berlari sambil memegang botol penuh bintang bernyala-nyala riang gembira di dalamnya.tinggalkan tangisannya, tinggalkan kesayangannya dan tinggalkan semuanya.

lari, terus berlari..

dia hilang di sebalik awan.

--

Abang Dia kata, Dia tidak arif tentang anatomi tubuh badan dan kaki tangannya sendiri..

Dia merajuk dan terus lari menjadi alien.

okay,tu hanya satu dari sejuta alasan tipu-tipu.
ya, alasan.

11 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

uyok! aku tak paham karangan kau ni in.. sejak aku puji kau, terus merepek2 da kau tulis.. makin tak paham2..

T___T

Syafinaz Alizaini said...

haha, aku nak cakap yang anat mcq td susah T,T
erk.. ke aku je?..haiz..

Anis Amirah Nawawi said...

astagfirullah! kau ni in.. punya nak cakap anat tdi susah, berbelit2 otak aku baca kau punya post.. haha

Unknown said...

ak faham...apapun ak syg ko..syg yg hanya ak je tahu.

Syafinaz Alizaini said...

anis
hehe, kadang kadang memang macam tu.luahan pasaan mendalam sampai ak fikir macam macam.

nad
erk,okay aku da tak paham :p

Unknown said...

don't complicate yourself withsimple things XDD tapelupaham..lols

Syafinaz Alizaini said...

:P thnx nad

Unknown said...

indahnya metafora entri kali ni.

paling suka bab kutip bintang2 dan simpan dalam botol lalu lepaskan ia berlari2 tak kira waktu.

lima bintang utk entri ini!

Syafinaz Alizaini said...

Ries Lee

:p terima kasih.. terima kasih.. wah, sangat terharu ada orang menghayati cerita :)

kepalakotak said...

pasal anat je mau jadi alien buang hati jiwa dll?

Syafinaz Alizaini said...

kepalakotak
tak lah.. hiperbola je tu :)