Hi I'm back!

Sunday, September 19, 2010

Resipi sambal udang

Ehwloqdke3f

Resipi sambal tumis udang dari nenek :

Aku ulang, sambal tumis, yang ada udang.udang ok. UDANG!

Bahan- bahan

Udang – sebanyak mana yang boleh.satu lautan pon tak pe, buat spare untuk hari tua

Udang putih paling bes. Bagi dia bogel terus, cabut segala kulit.boleh telan terus without any obstruction kat kerongkong atau oesophagus.ah, mengada-ngada.

Bawang putih & merah – (ikut kata hati nak berapa banyak.kalau instinct kau boleh pakai, sixth sense ke apa, time ni la nak guna gak) blend skali ngan cili

Belacan – sapa ada resdung sila senyap senyap je masukkan skali + cili ngan bawang dalam blender.jangan bagitau sama dia kau orang letak belacan.haha!

Cili – (sebanyak sesuka hati gak)
Cili kering – kalau mahu pedas lah (kot)
Cili hidup – kurang pedas (kot) ikut nasib korang gak lah cili tu pedas ke tak.

• Kalau mahu guna cili kering, sila rebus dahulu lepas tu baru masuk blender skali sama bawang

Cara cara
1) Blend segala barang yang aku suruh blend.dalam blender.kalau tak ada blender, kau tumbuklah sampai pijau tangan kau & tangisilah bawang yang penyek tu.

2) Masa blending process, jangan lupa bubuh air.meletup plak blender kau tu nanti, tak gerak gerak.

3) Dah habis blend, lebur je dalam kuali panas.bagi dia kering.

4) Angkat sambal yang kau dah keringkan tu

5) Jerang kuali ngan minyak (eh betul ke aku ni, jerang??) sikit je tau minyak. Pastu tumis ngan bawang

6) Bila bawang da naik bau, letak balik sambal yang mula- mula kau angkat tadi. Letak la minyak bila perlu.tapi jangan banyak banyak, aku tempeleng satgi.

7) Bila dah rasa rasa okay tu, letak lah udang. Udang ni tak boleh masak lama lama, nanti dia hancur,tak bes.da siap, sila angkat.

7 steps yang mudah.kalau kau lepas nih, kau lepas untuk kahwin.

*hidangan bersama nasi + masak lemak cili padi + tomyam siam + ayam masak kicap + bawal sweet and sour + kakngkung belacan + sawi sos tiram adalah cadangan hidangan yang terbaik.

Jumpa lagi Di episode lepas geram di dapur bersama saya lain kali, lain hari, semua pon lain lain dah.
Selamat mencuba!



Ps : aku bukak bukak tin sambal tumis udang tu, tak ada udang pon.
Terus tidur balik. Indah sungguh hidup ni.


ni nenek.gamba sambal udang tak boleh masuk sebab comel sangat.



entry ini ditaip dengan penuh garang.dan lapar


erk.. main main je lah :P

8 comments:

Anonymous said...

Saya tidak lepas untuk kahwin.

"Sayang, kita makan luar hari ni, ok?"

Anis Amirah Nawawi said...

nak makan tpi malas masak. in, masakkn please :D

Mun said...

tester sambal pleasee

Syafinaz Alizaini said...

khai
hee.. "sayang, kita xpayah buat dapo terus lah kat umah"

anis
jom! candlelight dinner..

mun
kau masak, aku test dlu :P

Unknown said...

ni...yang excessive salivation occur ni, bukan masalah kat innervation, masalah kat cerebral stimul;ation amenda ntah name die, lupe ;p

ok in, lepas hbs situasi 'ini' kita nak awak masak eh..bolehla kite balik hari g mah awk ;p

Syafinaz Alizaini said...

haha macam dekat pavlov experiment tu ke nad.

kita leh masak.. tp awak kena tdo sini laa

hUr said...

drooolinggg.

in aku ad sminggu je lagi. :((
rse tak mau tnggalkan malaysia plak

tkpe, then we are reunited once again
:)

Syafinaz Alizaini said...

hur
haa.. cepat balik, kita masak2 buat open house tuk raya :D

eceh, mcm jejak kasih plak.padahal baru gak jumpa :P orite2 i'll be waiting for you. gunakan masa anda sebaik2nya di sana bersama org2 tesayang ^_^