Hi I'm back!

Thursday, July 28, 2011

Tersebut Alkisah


HAHAHAHA..
 
Kita telah mnguasai wilayah ini,
walaupun kalah bertubi tubi bertarung nyawa untuk membuang bola ajaib ke lohong hitam.
Terjerumus,terngadah,tapi aksi dan semangat juang itu lebih penting,kata ahli sihir yang lebih senior.sebab yang lain punya witch semua baru intern dan ada yang salah masuk medan tempur.alahai.
 
Tak mengapa.
 

Setelah gagal menakluki gelanggang, dua wanita ahli sihir yang licik lobos melarikan diri dalam gelap malam dan suramnya bulan mengambang.singgah sebentar di tepi mcD hanya untuk ambil bau fries.perjalanan diteruskan.
 

Sampai destinasi,
 
sreeettt..
pintu gerbang dibuka dan wilayah automatik ditakluk.
 

HAHAHAHA..
Itulah permulaan mereka.tiada bismillah, tiada kesyukuran langsung.ceh,tak syadid langsung.

Namun begitu mereka dua orang terus terleka dengan duniawi dan tewas di alam mimpi nan serba indah tertakkuciwa dengan kekalahan sebelumnya.dan yang bakal muncul di kala hari menyising kelak.
 
OoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooO
 

Putera raja datang datang menjemput puteri untuk menawan semula mahligai istana sang puteri.tiada kuda,tiada animal game tiada apa apa. Hanya seketul hati dan kasih sayang mendesak untuk tidak mengendahkan si puteri yang baru lepas terberkubang on the way menempuh perjalanan tadi.ha, sekarang kau baru tahu indah tak indah dunia,dan jarak magma bumi dan langit pluto.
 

Ratusan grenade kecik dan besar dilaunch ke sisi tingkap utama istana.namun tak lut.tidak memerasankan dua ekor witch di dalamnya sekalipun. Tangga dijejaki, pintu gerbang diserang pula bertubi tubi, tidak sedikitpun memberi kesan. Dua wanita sihir masih lagi beradu di kamar khayalan.macam terkena sihir sendiri pulak.

Putera raja hampir menggunakan kuasa sakti untuk merobohkan gerbang istana, iaitu mercu tanda paling gah di singgahsana permaidani sang puteri, namun ;
 

''jangan! hanya inilah tinggalan mahligai impian seribu kenangan beta, runtuhnya pintu ini maka berderai jugalah hati beta dengan runtun tiada tawa lagi selepasnya,..'' Pinta sang puteri.
 

Putera akur.
 
Dia mencari alternatif lain. Dengan berbekalkan kekuatan askar lalu lalang yang ada, yang hanya mendoakan beliau, dia tekad untuk tidak mengalah walaupu selepas 3 jam membanting tulang. Puteri juga menghubungi puteri meowmeow menggunakan telepati untuk meminta bantuan.tetapi semua hampa.sejurus itu, Menteri pertahanan tiba tiba muncul ;
 

''Ampun tuanku, arakian buatlah apa sahaja yang menyenangkan hati tuanku, akan patik membina strategi dan solusinya sebentar lagi''.
 

Makin dukacita kalbu.
 

Pintu gerbang diserang berkali kali lagi.namun harus juga dijaga nilaii estetika dan sentimentalnya untuk tuan puteri.jaga hati kata orang.
 

Menteri datang buat kali kedua ;

''Tuanku! berita gembira yang patik perolehi sekejap tadi. Ini strategi perang yang telah difax kepada kita oleh merpati purnama sebentar tadi. Garuda Benggala yang diseru dari gunung Siloplep juga datang untuk memberi bantuan berupa anugerah pedang sakti alwaiper al'to ailet ini.''
 

Strategi dibaca dengan penuh teliti, maklumlah putera memang hampir penah 4flat dalam bidang pengajiannya seketika dahulu.discan sekali dan terus disync ke dalam hati dan otak.bagi selaras.dan selari.tak ada lari lari.

Berbekalkan pedang sakti yang..yang..okay aku pun da lupa apatah nama dia tadi panjang sangat..
 

Ok again,
 

berbekalkan pedang sakti yang ada pada tuan putera,baginda bergegas memanjat menara istana untuk sampai ke puncak.in the other hand, aiceh mana datang pulak bahasa mat saleh ni. Sementara itu, Tuan puteri dengan pilu hatinya masih mengetuk pintu hati istana dan merintih dan membujuk hati sendiri agar wilayahnya itu dikembalikan.
 

Bom penggera berbunyi ribuan kali sudah menunjukkan tanda tanda kematian sebuah kuasa battery di atmosfera,segala haba telah dikeluarkan.tapi bom dah kena sorok bawah saratoga jadi wanita ahli sihir yang mereka syak entah hidup entah sudah kojol dalam istana tu, tak sedar sedar juga dengan kehadiran mereka.

Hampir sahaja pedang dihunus menikam tempat paling keramat istana di atas menara, tiba tiba pintu gerbang terbuka..
 

''Farhanah?''
 

''Ya Allah..dekat 3jam aku try panggil korang luar rumah ..mana henset tak angkat angkat pun''
 

''err..bawah saratoga bilik aku..''
 

*dang*

 

ps : sorry puteri dan putera raja
pss : jangan tido lepas subuh
psss : jangan main netball ganas ganas sampai lebam satu badan
pssss : pesanan kepada witch#1 - lenkali kita nk tdo skali, jangan tido kat bilik hujung dunia
 

hehe.


it was freaking awesomely funnny.
 

That is the bedtime story told by the deejay untuk wicky wizard wilayah ybbuhctgsk0med (maaf,susah ejaan sebab planet lain,bahasa tak difahami) yang tak terungkap oleh witch#2 sebab dah kena spell selepas tewas ditumpas deras.
 

Witch tersebut sekarang telah ditahan reman dan dtugaskan untuk menjaga kebajikan tuan puteri meowmeow seberang laut.
 

Dia suruh kirim salam sayang sekali untuk maklok maklok perosak yang ada dah kat malaysia.


 

Sekian terimakasih.

10 comments:

hUr said...

kelakarrrrrrrrrrrrrrrrv weyyyyyyyyhhhhhhhhhhhhh hhahhahaha.

Anonymous said...

bgn pagi2 dah baca entri berat..badtime story..ngeee...

Syafinaz Alizaini said...

hur
adinda harus mendengarkan cerita full secara live, baru best :)

anonymous
oh,maaf.jangan hancurkan hari anda dengan benda tiada makna. tiada paksaan dalam pembacaan.

Dr Manal said...

weyh.....LAWAK GILO!!!!!!!!....inilah dinamakan takdir....aku tersadai didepan umah sendiri....nasib baik aku x masuk ikot toilet je td....tu satu hal lagi...kena berenang2 lak kat lautan chronic toilet congestion....HAHAHA...ko punya karangan leh lawak enid blyton laa :P

Dr Manal said...

lawan*

Syafinaz Alizaini said...

Dr Manal
haa.. pasni aku nk buat buku lak cmtu..

*batu jatuh atas kepala*

Amar Alis said...

selepas filem siri Harry Potter habis, harap giliran cerita ni difilemkan. hehe

Syafinaz Alizaini said...

Amar Alis
Tunggu harapan tinggal kenangan je lah :p

Syafinaz Alizaini said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

sila matang..