Hi I'm back!

Monday, August 22, 2011

nilai secincau ramadhan

Susah payah bobby berlari lari mengejar train..tapi terlepas juga. Keringat ditepis,dikesat pada baju.dia terpaksa ke kaunter semula,untuk membeli tiket baru. Tapi kali ni, train yang lembab punya je tinggal sebab yang laju punya dah habis.
 

6 petang.
sementara menunggu train sampai, Bobby membunuh masa dengan androidnya. Dia bajet macam dia sorang je la ada android kat situ. Padahal dia saja buat buat sibuk sebab tak nak makcik sebelah ajak borak.
 

15 minit kemudian train sampai, Bobby laju laju lari ke pintu train sebab tak nak rebut dengan orang lain bila masuk.
 

Bobby masuk,
 
masuk cari seat
 
dan terus duduk dengan posisi yang selesa..
 
Tak lama kemudian ada sorang pakcik datang,
 
''Tumpang lalu dik..''
 

Bobby bagi laluan pakcik tu untuk duduk di sebelah tingkap di sebelahnya.
 

Nasib baik pakcik yang duduk, kalau makcik ke,kang dah susah asyik bising je ajak borak. Getus hati Bobby.

Tapi di sebelah kiri Bobby di seberang sana ada dua orang kakak.mesti suka gosip.
 

''kamu sekolah lagi ke, dekat mana?''
Tiba tiba pakcik bertanya memecah kesunyian.
 
''oh, saya belajar dekat seri iskandar pakcik, baru je masuk''
 

''oh, balik rumah la ni ye.. Pakcik pun ada anak..bla bla..sekolah..bla bla..kerja..bla bla..rumah..''
 

Dan seterusnya.
Bobby hanya mengangguk angguk, geleng, senyum dan bersetuju sahaja dan tak lupa juga redha je dengan conversation tersebut.
 

''Eh, dah nak buka ni, kamu tak bawa apa apa ke?''
 

''Err.. Tak pakcik, saya bajet tadi naik train laju, boleh sampai sebelum berbuka..jadi memang tak ready apa apa langsung pulak''
 
''Okay takpe takpe.. Nah air cincau ni, sikit lagi bukak, minum ye.ni pun ada kurma dengan roti sekali jugak pakcik bawak, makan ye..''
 

Pakcik mengeluarkan roti dan cincau dari begnya. Satu satu diberi kepada Bobby manakala Pakcik sendiri hanya menyediakan air mineral untuk dirinya.
 

Azan berkumandang tandanya masuk waktu solat maghrib bagi kawasan sekitar. Bobby menjamu roti tersebut perlahan lahan. Pakcik juga meneguk mineral membasahkan tekaknya yang kering berpuasa dan setelah bercerita salah silah serta tamadun keturunannya kepada Bobby sepanjang perjalanan tadi.

Tiba tiba pakcik teringat ada sebungkus coklat zip strawberry yang dibelinya tengahari tadi untuk anaknya. Diambil satu dan dihulurkan ke arah Bobby yang sedang khusyuk tengok juadah kakak sebelah sambil meneguk cincaunya.
 

''Bobby, amek ni..'' pakcik menyapa dengan senyuman mesra.
 

Bobby kalih dan terus terkejut dengan pakcik yang baik hati tersebut. Tahu tahu sahaja air cincau dari mulutnya dah tersembur ke arah muka pakcik sebab terkejut sangat..
 

Babak di atas berlaku secara spontan, dan sekelip mata tanpa diduga dan lagi cepat dari gag reflex.tak perlukan impulse neuron ke cereberum langsung kalau nak cakap.
 

"Sori pakcik!! Saya mintak maaf!!! "
 

Bobby terus kelu, dan masih tergamam.. Dia pun bengong sebentar dengan apa yang berlaku.
 

''Tak apa..tak apa.. Kamu ada tisu tak?'' keadaan menjadi semakin runcing di situ.err, paling tidak pun dalam hati Bobby.
 

''Tak de pakcik..'' kata Bobby semakin bersalah. mukanya sudah berubah menjadi straight face.
 

macam macam bermain di fikiran Bobby ketika itu.apa aku dah buat ni? macam mana boleh jadi macam ni? apa salahku,apa dosaku naik train? tidakku minta lahir ke dunia..*tiba2 ternyanyi* mana muka nak sorok? mana nak lari?, takde seat kosong di belakang? nyorok toilet?
 

''Oh, tak pe tak pe..''
 
kata pakcik lagi sambil mengesat mukanya dengan lengan bajunya. Mujur sahaja tiada cincau yang melekat..




 

Bobby ada satu jam setengah lagi perjalanan bersama pakcik di dalam train itu..


hanya kedengaran terang-terangan (ganti bagi sayup-sayup mungkin) kekekan ketawa yang menjengkelkan dari akak akak sebelah kerusi.


lalu dengan pasrah Bobby hanya pandang straight ke kerusi depan menahan malu dan peritnya penderitaan menjadi seorang Bobby ketika itu sehingga satu masa yang telah ditakdirkan..






 

Dududududuudududuuuu...

Gambaran penulis ;  Pakcik dan Bobby di dalam train


[Pakcik tu da tolong macam macam, bagi macam macam.. tapi bila dia mintak selai tisu je pun aku tak de.. T__T ]

-Bobby (dekat dekat dengan nama sebenar)


Terimakasih pakcik, selamat hari raya! :)

5 comments:

Anonymous said...

omg omg...sian pakcik tu, dilayan sebgitu rupa :p

Anonymous said...

BAHAHAHA,nice one boboy.dah bole bayangkan straight face dia dgn time percik cincau.sumpah lawak

Syafinaz Alizaini said...

Anonymous
ketidasengajaan itu mungkin dugaan kpd pakcik tu juga :D

Anonymous
"Bobby" trauma balik rumah..hehehehehehheheheehe..

Anonymous said...

nk ade ank cm bobby gak la..tapi nk letak nme ye boboy haha

Syafinaz Alizaini said...

lol.lol.lol..haha
*ini bukan balasan komen tapi saje nk gelak*