Terjaga aku dari tidur, mata kabur kabur.
Entah macam mana aku terlena semalam. Entah mana pergi orang yang tiba-tiba hilang tu.
Entah mana pergi cermin mata aku.
Matlamat aku untuk habiskan topik semalam terbantut. Sakit kepala punya pasal. Hari ni makin sakit kepala nak fikir sebab tak habiskan topik semalam. saling bersangkut paut pula.
Aku rasa dalam bilik ni ada satu lohong hitam. Setiap kali aku lalai, satu benda akan hilang. Dalam lohong hitam, aku percaya ada diamnya satu makhluk, ala-ala Gremlin, yang suka mencuri barang. Terkekeh - kekeh dia melihat aku hilang separuh otak mencari barang yang hilang. aiyam punya Gremlin.
Pagi pagi buta dok cari spek aku yang hilang. Terus hilang mood aku, sebelum aku hilang sabar dan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan bagai orang hilang akal, baik kau bagi balik barang-barang aku yang hilang,celaka.
Aku hilang fokus, hilang daya untuk mengusha dan terus jadi hilang hati nak membelek muka muka aksara ;baca - heartless.
Macam mana aku nak cari barang kalau aku sendiri pun tak nampak.
Semua pun hilang. Apa lagi yang kau mahu curi?
Tak kuasa aku nak layan.
Aku nak buat lasik. padan muka kau.
Mungkin hari ini aku belajar, sekali aku lalai, sekali itu aku akan hilang sesuatu.
atau seseorang.
Entah macam mana aku terlena semalam. Entah mana pergi orang yang tiba-tiba hilang tu.
Entah mana pergi cermin mata aku.
Matlamat aku untuk habiskan topik semalam terbantut. Sakit kepala punya pasal. Hari ni makin sakit kepala nak fikir sebab tak habiskan topik semalam. saling bersangkut paut pula.
Aku rasa dalam bilik ni ada satu lohong hitam. Setiap kali aku lalai, satu benda akan hilang. Dalam lohong hitam, aku percaya ada diamnya satu makhluk, ala-ala Gremlin, yang suka mencuri barang. Terkekeh - kekeh dia melihat aku hilang separuh otak mencari barang yang hilang. aiyam punya Gremlin.
Pagi pagi buta dok cari spek aku yang hilang. Terus hilang mood aku, sebelum aku hilang sabar dan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan bagai orang hilang akal, baik kau bagi balik barang-barang aku yang hilang,
Aku hilang fokus, hilang daya untuk mengusha dan terus jadi hilang hati nak membelek muka muka aksara ;baca - heartless.
Macam mana aku nak cari barang kalau aku sendiri pun tak nampak.
Semua pun hilang. Apa lagi yang kau mahu curi?
Tak kuasa aku nak layan.
Aku nak buat lasik. padan muka kau.
Mungkin hari ini aku belajar, sekali aku lalai, sekali itu aku akan hilang sesuatu.
atau seseorang.
3 comments:
padahal suka misplaced brg. pstu tuduh makhluk-apa-ntah-namanya td :P
hahaaa.. mesti kes lupa. kau belum tua lagi in... =p
Post a Comment