Adam teringat kisah 37 tahun lepas, bila masa dia masih kacak baru mula kerja dan baru berkahwin ;
Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me
Melati : Tadaa!! Surprise!!
Adam : Eh eh, harini hari apa eh, bukan hari jadi saya pun kan..
Melati : Memang bukan pun, harini harijadi saya, saya tahu awak lupa sebab tu saya buat surprise kat awak bagi awak terkejut dan rasa bersalah sebab awak lupa..hehe
Adam : alalalaaa..sweetnya awak ni..sorry, banyak kerja sikit tadi..saya tak lupa pun, tapi tak ingat harini rupanya..
Melati : Shh..dah la, makan kek ni..saya cuma terfikir macam mana kalau saya bangun tidur,tiba tiba saya terlupa segalanya, termasuk awak.. padan muka awak..
Adam : Kalau macam tu, saya kahwin lain lah.. Hehe.. ; kata Adam kepada isterinya sambil meratah kek.
Melati : Sebab tu Tuhan buat saya takkan lupa..sebab awak mengada ngada sangat..haiz..
Adam : Awak ni perli saya ke..tahu lah saya yang selalu lupa semua benda..saya kan lelaki. Kalau saya dah tua nyanyuk nanti, mesti awak kahwin lain jugak ye tak..
Melati : Haha, yelah tu, awak lupakan saya pun macam dah berlubang hati ini, tak kan saya nak bagi orang lain tebuk tebuk lagi hati saya ni..
Adam : Laa..habis tu macam mana eh ni..
Melati : Tak apalah, selagi saya boleh ingat, saya ingat lah semua benda. Lagipun bukannya saya boleh kontrol nak ingat atau lupa apa apa, dia memang ada kat otak saya ni ha. Adalah tu hikmahnya, mungkin bila saya mati nanti, awak senang lah lupa saya, tak ada lah hidup awak merana sangat sebab rindu saya..kan.. ; kata Melati sambil menuang kopi untuk suaminya
Adam : Elok la tuu.. Kalau saya mati dulu pulak macam mana?
Melati : Sekarang ni kita belajar letak semua ibadah kita untuk Allah, semoga syurga itu untuk kita. Kalau dah takdir awak pergi dulu, saya pun akan letak sepenuhnya diri saya dekat Dia, tunggu masa saya sampai pulak. Orang perempuan akan bersama sama suaminya yang terakhir dekat syurga nanti. Biar awak je lah jadi yang pertama dan terakhir saya..
Oh, where oh where can my baby be?
The Lord took her away from me
She's gone to heaven, so I got to be good
So I can see my baby when I leave this world.
Oh, where oh where can my baby be?
The Lord took her away from me
She's gone to heaven, so I got to be good
So I can see my baby when I leave this world.
30 tahun kemudian.
Melati : Bang, anak anak kita dah pergi sekolah ye?
Adam : Ye sayang, semua dah keluar
Melati : Awak buat apa bersihkan siling kat atas tu,berhabuk dah badan.kenapa awak tak pergi kerja lagi ni, dah lambat ni..; Melati mengibas lembut baju suaminya membersihkan habuk habuk yang melekat dari siling tadi
Adam : Saya cuti harini.. ; Kata Adam memintas pertanyaan Melati yang masih lagi mengusap rambut Adam untuk membuang habuk
Melati : Abang, rambut abang..
Tiba tiba Melati terdiam..bagai teringat sesuatu.
Dia terus ke cermin dinding, menatap mukanya yang telah berkerut kerut dan rambutnya memutih, seperti suaminya juga..
Suaminya hanya memerhatikan gerak geri isterinya itu
Adam : Awak..
Adam : Awak..
Adam memegang bahu isterinya. Dia tahu Melati sudah perasan.air mata jernih terbit dari kelopak mata membasahi pipi Melati.
Melati : Makin teruk saya dah lupa..
Adam : Tapi awak tak lupakan saya, kan?
Melati : Saya lupa banyak benda lain..Saya lupa kita dah tua, awak dah pencen, anak anak kita dah besar. Tapi awak layan saya hari hari macam saya tak ada sakit apa apa.. kalau satu hari nanti saya lupa awak juga, macam mana?
Adam : Awak, adalah tu hikmahnya, macam awak cakap dulu, saya ingat lagi..bila saya muda dulu banyak lupa hal rumah tangga, asyik ingat pasal kerja je.. Sekarang Tuhan suruh awak rehat sekejap, bagi saya yang kenang dan ingat balik cerita cerita pasal hidup kita dulu sampai sekarang, jadi saya boleh cerita dekat awak balik. Tengok, saya jugak yang terer bab ingat mengingat sekarang ni..hehe
Adam terus menteteramkan isterinya. Sudah lebih kurang 5 tahun begini, saban hari perkara sama berlaku, kadang kadang Melati seperti budak kecil, di hari lain tidak ingat langsung nama sendiri dan keliru dengan sekeliling, dan mungkin keesokannya pula bagai seorang yang tak pernah lupa apa pun.
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing everything you do
I wanna grow old with you
Pada suatu hari, awal Melati bangun. selepas selesai subuh, terus dia menyediakan sarapan pagi untuk suaminya, membasuh baju, menyiram pokok dan mengemas rumah.Moodnya sangat baik, Melati boleh bercerita semua benda dari pertemuan pertama kali Adam datang ke rumahnya bersama keluarga, hingga detik detik susah senang hidup bersama, dan kehidupan sekarang, semuanya diceritakan dengan terperinci.. mereka berborak lama mengenang kisah lampau di perkarangan laman rumah mereka.
Keesokan harinya,
Melati tidak lagi terjaga dari lena.
Tuhan lebih menyayanginya.
Adam pula, sekadar berhasrat berlindung dalam lena,
pejamkan mata untuk lupakan sengsara
mengabadi diri pada yang Esa
memenuhi masa-masa yang tersisa
Dengan izinNya, sampai nanti tiba juga masa.
Dengan izinNya, sampai nanti tiba juga masa.
I found the love that I knew I would miss
But now she's gone, even though I hold her tight
I lost my love, my life that night.
-
lymykjhgdfygigdfghjkl;gfhjkhghgjh
i thought you've forgotten :)
But now she's gone, even though I hold her tight
I lost my love, my life that night.
-
lymykjhgdfygigdfghjkl;gfhjkhghgjh
i thought you've forgotten :)
3 comments:
Mak aii.. taching weh.
-Kai
:(
so sweettt i love it >.<
Post a Comment