Hi I'm back!

Friday, May 4, 2012

5 minit dalam tandas - Spain Trip


“Aku nak pergi toilet jaap”

“Okay”

Jejak je turun dari metro, dengan beg-beg semua, kami terus bergegas ke tandas. Aku letak Backpack aku atas beg makanan yang kena gilir- gilir jinjing. Ah, lega sikit tangan dengan bahu ni. Hur pass backpack dia pula lepas ambil satu cawan plastic dalam tu.  Setiap tandas yang kami pergi sebelum ni, tak ada satu pun lagi yang ada air untuk bersuci-direct-atas-mangkuk-jamban. Memang toiletnya bersih, memang tak ada air langsung di lantai. No wonder mat saleh semua lepak baring dalam toilet kalau tengah frust kan, *ahem ; Grey’s Anatomy*.

But  I didn’t applaud them for that. At least Egypt is better walaupun toilet kadang kadang kotor sikit sebab ada air dekat lantai but at least, hey, ada air untuk basuh err.. tu tu! Not just wipe your ass with some tissues and done! What about the smell? What about the hygiene? What if kalau ada benda yang meleleh-leleh ke, or macam mana kalau orang tu ada diarrhea ke.. hahhaa dan tiba-tiba terfikir macam mana kalau orang tu ada syphilis, gonorrhea, bla2 etc! boleh transmit from the bowl je ke tak? ahahaa *dang*. So masalah selesai bila bawa cawan plastic ke mana sahaja destinasi toilet anda. Bawa air siap-siap dari sinki ke tandas dan poof! Tissue coming and,wipe  wipe and yes, Well done!! Tak ada masalah keraguan untuk solat tanpa was was!! Ohoi… macam iklan plak ye.

Jadi dengan riang gembiranya *tipu* Okay dengan takdelah nak perasaan over over sangat ke hapeke, aku duduk cegat depan cermin tu kejap sambil jaga beg dekat tepi. Sambil sambil tu aku nyanyi dalam hati sebab suara aku memang tak sedap walaupun bukannya mat saleh ni paham pon kalau aku mencarut pun. Haha. Lepastu drama bermula, aiceh ;

Ada 3 minah saleh masuk toilet, hot stuff gituw.. kaki panjang – panjang, tengkuk jinjang jinjang, rambut perang – perang. Peh, kussmangat, memang macam tengok retis dalam tv, serius wa tak tipu. Masuk – masuk je, aku tengok diorang, diorang tengok aku, macam Cyclops scan aku atas bawah. Lepastu dah sedar aku tak de senjata macam Black Widow, diorang teruskan operasi pergi depan cermin. Aku masih lagi tercegat dekat situ, macam Invisible Woman walaupun aku jauh sekali lah nak hot macam Invisible Woman..hahahaha =.=”

Sambil selak selak rambut, tacap tacap gincu dengan boh losen kat muka dengan tangan, diorang jelling – jeling aku. You Jelly, sis? nak je aku tanya tapi oleh sebab kepala pun takat bawah bahu diorang je,dan sebab dorang pakai high heels sekali kan, so terpaksa la dorang tunduk – tunduk kalau nak pandang aku dan niat aku terpaksa dibatalkan. Aku terus down time tu.. hahaha.. jadi aku kebelakang sikit sikit sampai kena dinding yang aku sandar beg- beg kitorang, dengan harapan aku boleh camouflage macam chameleon dengan dinding,  Woohoo.. tinggi betul harapan aku plak ye time tu.

Nak tak nak jadi awkward lagi, aku hanya mampu tengok cermin dan betulkan sikit – sikit tudung aku yang penyek dek kena hujan tadi, dan terjengket jengket dengan kasut ballet flat biru yang separuh jahanam sebab banyak berjalan merentas alam. Aku tak de gincu ke losen jonsen jonsen ke, eyeliner or hairdryer kea pa apa ke, at least yang boleh tolong aku buat buat bizi sambil tunggu Hur. Well kitorang pergi berjalan expedisi bajet hardcore berdua nak kurangkan barang takkan nak bawak mekap je dah satu beg kan, Jadi aku keluarkan je la henset buruk aku buat – buat main walaupun tak de kredit dan tak dapat line.. haha. 

Diizinkan Allah, Hur keluar jugak akhirnya dari toilet kerana tak mungkin dia lemas dalam tu , memandangkan size dia lebih besar dari bowl toilet dan air pulak tak de kan, cane nk lemas pun.. wee..  saat tu aku rasa nak peluk dia sebab aku rasa aku macam ..urghh.. undescribeable. Tapi bajet la, kitorang kan ego, mana peluk – peluk ni, gila kau dekat toilet ni.. kena cop lesbian pulak nanti.. haha.
Bila Hur keluar je, second timing history happened ; apa kejadahnya broken English sangat aku ni =.=” – aku nak cakap kejadian berulang, Cyclops – Cyclops menscan Hur atas bawah dan mata bertentang mata.. ewaah.. dan mungkin kali ini diorang dua kali terkejut jumpa makhluk macam aku ni dua kali.Mesti dorang pikir wth lah ehh, ni spesis kaum apa ni, ingat budak sesat tadi hilang mak sebab kecik kecik tapi tiba tiba ada geng satu lagi..haha.. lagi pelek sebab diorang tengok Hur pegang cawan plastic bila keluar toilet, barangkali diorang fikir Hur minum air toilet, omaigosh.. hahaha.. nasib baik pulak dia tak Tanya apsal kau pakai tablecloth atas kepala kau tu, you see my hair, you see?  Where’s yours? You botak? Well itu tak apa, sebab along the journey dalam bas, dalam train, dalam metro memang kitorang jadi retis jap sebab pakai tudung.. wee.. merasa la kejap ye dak. Hello one does not simply jadi retis outside their homecountry okay :D
 
Jadi itu je lah kisah 5 minit di toilet Madrid, Espana yang aku tak boleh lupa dan teringat secara tiba- tiba lepasbangundaritidurtadidantibatibadahterbukakblogbalikselepasbeberapaberhibernateselepaswinterdansekarangdahsummerpon dantropicalmedpondahhabis yosh!!

Aku sertakan beberapa gambar untuk tatapan anak anak aku nanti, sebab aku nak pesan kat bapak dia  ; kalau saya dah mati, awak tunjuk la anak anak kita tengok blog saya ye, banyak memori walaupun merapu lagi banyak kat situ, hahaha.. ok dah!


Madrid

Stesen Metro


La Mezquita, Cordoba


Granada

Teletabis


om nom nom

Stadium Barcelona


Toilet tak de air, tepi jalan ada plak

Solat sunat aidiladha di court, La Rambla Barcelona

Ahaa.. Sagrada Familia, eh baju kurung.. kau ada?

Palau Guel TUTUP!


Well, actually I'm glad to be strange in that way, it gives me some feeling like, why does this not happening in Malaysia. Bila kitorang semua susah payah cari masjid dekat tengah barcelona sebab nak solat raya korban, terfikir masjid bersepah sepah dekat Malaysia susah sangat orang nak pergi, sebab apa? sebab it's not strange to have masjid everywhere, people dont appreciate it anymore, people take granted lagi adalah. Okay insyaallah will talk about this later sebab nanti kalau aku rajin lah, aku nak buat entry baru pasal solat raya korban dekat sana.

 “ Sesungguhnya Islam pada permulaannya asing dan akan kembali menjadi asing seperti pada permulaannya. Maka beruntung besarlah bagi orang-orang yang asing.” (HR.Muslim)


=)


apsal skill menulis aku makin teruk =.="

4 comments:

hUr said...

aha! rindu laaaa! :)

anwar azhari said...

x payah nak orang puteh sangat laa..

kalau ak nampak hur pegang cawan plastik keluar dr tandas pn ak ingt dye dahaga x keruan..

hahaha,,

Anonymous said...

walking here ;)

Cik Siti Rahmah Bahrom said...

haha! sengal! part hur pegang cawan plastik. haiyaaa.. brg kali dia ingat korg dari mahluk asing bercawan plastik kot :D