Hi I'm back!

Saturday, March 9, 2013

Death clock

Tik,tok.

Aku melangkah satu per satu,
Kepulan kepulan awan yang gebu seperti kapas.
Satu, dua, tiga.. Yosh! Gembira.

Seisi dunia di bawahku, ada lagi Yang di atas sana, semestinya. Ada juga yang di bawah sana yang ingin membawaku turun. Jatuh bangkitku bukan sekali, tersadai di celah ribut, dihunus pedang tohmahan. Tapi syukur. Tangga Tuhan ini tidak pernah menidakkan doa hambaNya. Hanya waktu, hanya waktu yang tidak memungkiri janji.

" Hey kawan.. Hey!"

Satu suara tidak enak memanggilku. Aku menoleh kebelakang. Satu makhluk menyorok di sebalik pokok yang menampung langit tidak bertiang ini.

" Hey kawan, mari sini!"

" Ya, saya? " aku bertatih memijak awan, perlahan. Aku hanya nampak sebelah sahaja kelibat dia. Sebelah lagi dilindung pokok. Entah apa mahu disoroknya, tidak ada hidungkah, kata lintas hatiku, ragu.

Dia mengeluarkan satu balang kaca. Berisi cecair merah, suku, tidak sampai separuh pun.

" ini, ini nyawa kau!"

"eh?" aku keliru.

" Tahun ini merupakan tahun terakhir kau bersama orang yang kau sayang" katanya memberi botol itu kepadaku. Kemudian bergegas pergi bagai ada satu benda tak kena, takut takut seperti anjing yang mencuri makanan tuannya. Aku masih membatu bingung. Botol itu ghaib, aku tersentak melihat orang itu semakin jauh.

" nanti! Nanti! Tunggu dulu!!"

Aku kejar sepenuh hati, semerah hatiku yang memberontak tidak puas hati. Lengannya aku tarik, kecil sahaja makhluk ini. Hodoh. Jelik. Aku benci. Siapa kau ingin meragut segala kebahagiaan yang aku ada dengan Mati.

" Mana kau tahu! " aku lontar kebengisan kata kataku ke wajahnya.

" Aku tak tahu! " mukanya cuak, bergelut untuk dilepaskan dan terus berlari pergi. Hilang terus dari cahaya yang dapat dipantul irisku.

Seisi dunia di bawahku, tidak memberikan apa apa makna lagi.
Walau segala harta yang aku ada, tak kan pernah cukup. Mahu lagi dan lagi. Manusia memang diciptakan tamak, meminta minta. Itukah "syukur" aku selama ini. Sedangkan nyawa pun hanya pinjaman. Kau tidak punya apa apa. Heh. Akhirnya tumpas berseorangan di liang lahad juga. Mati. Mati yang pasti. Masih tidak sedar diri. Masih menyalahkan semua. Kenapa kenapa kenapa. Persoalan yang disoal untuk bergaduh dengan hati sendiri. Semua mahu logika, semua mahu fakta.

Sepatutnya perlukah kau peduli, jika betul kau menghayati setiap kali ucapan cinta kau "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam, yang menciptakan langit dan bumi".

Kau perlu sedar bahawa hidup itu adalah jalan untuk mati. Hidup sehidupnya, untuk mati sematinya. Tidak perlu gusar, hanya perlu berdoa agar bila Masa yang telah tercatat di luhmahfuz itu perlu menunaikan janji yang dirahsiakanNya, Ajal itu datang, Ambillah semula nyawa ini dalam keadaan sebaik baiknya, seperti sesucinya nyawa dan jiwa itu diberi pinjam percuma suatu masa Dahulu.

We will learn how to live when we learn that someday,that we will eventually die.

2 comments:

Anonymous said...

i love u irna

Syafinaz Alizaini said...
This comment has been removed by the author.