Hi I'm back!

Tuesday, September 28, 2010

puzzle.unwell.more puzzles

I'm sitting in a room,
Made up of only big white walls and in the hall
There are people looking through




Dia duduk di belakang pintu lagi. Memerhati hidup orang lain yang lalu lalang.memerhati setiap pergerakan dan percakapan orang lain.
Terlalu segan untuk keluar, sesekali pun membuat dia rasa tidak selesa.
Cuma dia akan tegur kaum kerabat dan family-nya sahaja.dan orang orang yang tertentu.

I know they've all been talking 'bout me
I can hear them whisper
And it makes me think there must be something wrong
With me
..

“Hai!”

Tiba tiba ada orang menegurnya.

“Hello” dia jawab.eh tak.dia jawab dalam hati je.

“nanti kalau kau dah keluar, bagitahu lah ye”
“lama sangat tak jumpa kau”


Makhluk itu meletak puzzle di depan pintu rumah tersebut.
Kemudian makhluk itu berlegar- legar di kawasan itu, dan sehingga makhluk itu ghaib lagi sekali, baru dia membalas pesanan semula.

“Hello”
“aku baik baik sahaja di sini”

Dia meletak semula puzzle di depan pintu rumah makhluk tadi. Dan cepat cepat lari masuk semula ke dalam rumahnya.halimunan.

Pretty soon they'll come to get me
Yeah, they're taking me away
I'm not crazy, I'm just a little unwell  

Puzzle-puzzle yang diberi orang, dilekat ke dinding rumah. Makin banyak puzzle, makin susah bocor dinding rumah.seperti orang yang datang itu, membantu membuat rumah.tapi puzzle yang tak kuat akan jatuh, hilang. Makin banyak orang datang, makin banyak puzzle yang mereka akan beri.makin suka mereka datang lagi.kot.

--

Dia sedang minum milo.di belakang pintu lagi. Sambil tengok dinding.

All day
Staring at the ceiling
Making friends with shadows on my wall 


“EH, kau!” tiba tiba ada makhluk lain menegur.

“woish!” dia terbalas. Okay dia terkantoi pula.

“oh, ada orang rupanya”

“ada,ada.. tapi nak pergi supermarket dah, okay bye!”


Terlupa nak ambil puzzle orang itu. Orang itu juga tak sempat nak mengambil puzzle darinya.



--

Tapi ada satu monster ini, selalu datang siang dan malam. Dia takut. Dia tidak dapat lari pun. Kalau mahu lari, dia perlu robohkan rumah.mana boleh robohkan rumah, nanti dia hendak duduk mana.dia sudah bagi banyak puzzle, sampai dia sudah tidak boleh kasi orang lain. Bagi dekat monster je sudah separuh bumi hilang.

I watch the walls around me crumble
but it's not like I wont build them up again
Paling dukacita, dia tidah tahu mana puzzlenya pergi.monster buangkah? Monster simpan kah? Monster ada rumah ke nak simpan puzzle pon?! >,<"

Rumah dia pon penuh dengan puzzle monster,macam rumah monster pula.ini gara gara monster je yang asyik datang.benci betul.okay tipu, dia tak benci pun sebenarnya.

Satu hari dia Tanya monster;

“mana semua puzzle yang aku bagi kau?”

“aku bagi makan ikan”

I'm not crazy I'm just a little impaired
I know, right now you don't care
But soon enough you're gonna think of me
And how I used to be

Life is like a puzzle.
you spend all that time looking for the piece that belongs,
just to find out that the piece has gone,
try to fit the hole with a new one,
but it couldnt match them all along.


then comes another puzzle, puzzles you up

Friday, September 24, 2010

kau pergi dan hilang kemanapun kau suka

seberapa pantaskah kau untuk ku tunggu

aku nak pergi toilet sekejap

*15 dinasti kemudian*

okay.. dah balik :D


cukup indahkah dirimu untuk slalu kunantikan

muka aku hensem walaupun kadang kadang aku memang kiut pun.perangai aku pun sangat merendah diri sopan santun baik budi pekerti amanah cerdik bertanggungjawab bestari cekal amanah lagi sekali dan luhur. baik kan aku?


mampukah kau hadir dalam setiap mimpi burukku

aku nightmare semalam. kau ada sekali,owh! kau la monster tuh..


mampukah kita bertahan disaat kita jauh

hello, hello.. tolong sambungkan saya ke talian galaxy NGC 1300

teeeettt.....

:| 



seberapa hebat kau untuk kubanggakan

hai, nama saya AscarisLumbricoides.. hobi saya korek hidung dan sharp pensel..




cukup tangguhkah dirimu untuk slalu kuandalkan

tak boleh, kau berat sangat.. kata nak diet bulan nih?



mampukah kau bertahan dengan hidupku yang malang

oi, semalam kau jatuh longkang, arini jatuh tangga,hari hari pun kau jatuh.. esok jangan jatuh cinta dengan aku pulak



sanggupkah kau meyakinkan disaat aku bimbang

apa! kau fail tiga subjek!!?? oh..padan muka, yay!

*sambil memandang tepat ke mata subjek dan makan keropok*


celakanya oh sayang hanya kaulah yang benar benar aku tunggu
hanya kaulah yang benar benar memahamiku
kau pergi dan hilang kemanapun kau suka

celakanya oh sayang hanya kaulah yang pantas untuk kubanggakan
hanya kaulah yang sanggup untuk aku andalkan
diantara pedih aku slalu menantimu

Sunday, September 19, 2010

Resipi sambal udang

Ehwloqdke3f

Resipi sambal tumis udang dari nenek :

Aku ulang, sambal tumis, yang ada udang.udang ok. UDANG!

Bahan- bahan

Udang – sebanyak mana yang boleh.satu lautan pon tak pe, buat spare untuk hari tua

Udang putih paling bes. Bagi dia bogel terus, cabut segala kulit.boleh telan terus without any obstruction kat kerongkong atau oesophagus.ah, mengada-ngada.

Bawang putih & merah – (ikut kata hati nak berapa banyak.kalau instinct kau boleh pakai, sixth sense ke apa, time ni la nak guna gak) blend skali ngan cili

Belacan – sapa ada resdung sila senyap senyap je masukkan skali + cili ngan bawang dalam blender.jangan bagitau sama dia kau orang letak belacan.haha!

Cili – (sebanyak sesuka hati gak)
Cili kering – kalau mahu pedas lah (kot)
Cili hidup – kurang pedas (kot) ikut nasib korang gak lah cili tu pedas ke tak.

• Kalau mahu guna cili kering, sila rebus dahulu lepas tu baru masuk blender skali sama bawang

Cara cara
1) Blend segala barang yang aku suruh blend.dalam blender.kalau tak ada blender, kau tumbuklah sampai pijau tangan kau & tangisilah bawang yang penyek tu.

2) Masa blending process, jangan lupa bubuh air.meletup plak blender kau tu nanti, tak gerak gerak.

3) Dah habis blend, lebur je dalam kuali panas.bagi dia kering.

4) Angkat sambal yang kau dah keringkan tu

5) Jerang kuali ngan minyak (eh betul ke aku ni, jerang??) sikit je tau minyak. Pastu tumis ngan bawang

6) Bila bawang da naik bau, letak balik sambal yang mula- mula kau angkat tadi. Letak la minyak bila perlu.tapi jangan banyak banyak, aku tempeleng satgi.

7) Bila dah rasa rasa okay tu, letak lah udang. Udang ni tak boleh masak lama lama, nanti dia hancur,tak bes.da siap, sila angkat.

7 steps yang mudah.kalau kau lepas nih, kau lepas untuk kahwin.

*hidangan bersama nasi + masak lemak cili padi + tomyam siam + ayam masak kicap + bawal sweet and sour + kakngkung belacan + sawi sos tiram adalah cadangan hidangan yang terbaik.

Jumpa lagi Di episode lepas geram di dapur bersama saya lain kali, lain hari, semua pon lain lain dah.
Selamat mencuba!



Ps : aku bukak bukak tin sambal tumis udang tu, tak ada udang pon.
Terus tidur balik. Indah sungguh hidup ni.


ni nenek.gamba sambal udang tak boleh masuk sebab comel sangat.



entry ini ditaip dengan penuh garang.dan lapar


erk.. main main je lah :P

Wednesday, August 25, 2010

Dairy seorang Popy

Popy punya tulisan memang terabur,berkecamuk, tunggang langgar sana sini dan melimpah ruah.dan dia tidak reti mengeja sangat.
jadi saya betulkan ini

*Diary Seorang Popy.

--


Bagaikan langit di sore hari
Berwarna biru sebiru hatiku.
Setelah 18 purnama Bubu meninggalkannya. Tiada khabar berita. 365-24/7 dia menunggu. Hatinya kosong tiada. Bubu sudah bawa lari tempoh hari semasa dia pergi bersama tuannya.
Popy tak marah. Dia hanya risau. Dia tahu Bubu ada misi tersendiri. Tak apalah Bubu terpaksa tinggalkannya. Walaupun tak pernah bagitahu macam  tu pon.terus pergi.Tak apa, tak apa.

For the way you're something that I'd never choose
but at the same time something i don't wanna lose

BUZZ!!
Dia konsen.
“Kamu baik- baik kah sahaja di sana?”
Hanya tertulis di dalam hati.kerana tiada balasan.hurm.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa..

BUZZ!!
Egonya sudah dibuang jauh jauh. Disepak ketepi tepian agar jangan datang lagi.
Mungkin mesej sebelum ini orang di sebelah sana tidak dapat. Bisik hatinya

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa..

BUZZ!!
Backspace.backspace. tidak mengapalah. Yang ini tidak hantar. Simpan BUZZ yang ini. Untuk masa akan datang..masa untuk peluang bagi dirinya, dan untuk orang di sebelah sana. pujuk hatinya.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa.sebiasa, biasa yang mungkin.
Hari hari Popy tulis surat untuk Bubu, hari hari Popy check mesej juga jika ada balasan.

ding!
tiba tiba ada offline mesej. Popy gembira. Dia BUZZ semula. Tapi senyap kembali.
Tak apa lah, Popy tak nak tahu apa apa. Popy tahu Bubu sedang sihat sahaja di sana.cukup.
dulu,Popy separuh gila semasa tunggu, tidak tahu apa apa berita langsung. Tapi kalau Popy tahu, Popy akan gila terus. Jadi lebih baik begini.
I'm a little used to calling outside your name
I wont see you tonight so I can keep from going insane
I must admit you were not a part of my book
but now if you open it up and take a look
you're the beginning and the end of every chapter...

Popy menulis lagi hari ini. Untuk Bubu. Seperti hari hari yang lain, dia hanya mahu Bubu sihat dan bahagia. Tiada benda lain yang dia mahu. Tak perlu kembali pon tidak apa.
=)

And I’ve been keeping all the letters that I wrote to you
Each one a line or two
“I’m fine baby, how are you?”
Well I would send them but I know that it’s just not enough
My words were cold and flat
And you deserve more than that

Kemudian Popy pergi toilet. Letak surat dalam mangkuk tu. Flush.

Lalu dia meneruskan kehidupan seperti biasa.sebiasa, biasa yang mungkin.semula seperti biasa.
 Popy





Wednesday, August 18, 2010

syukur

الحمد لله
Alhamdulillah,
All praise is due to Allah.
Syakkireenaa' kulli ni'ma.

Ali Imran [139]
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.


First and foremost,
i want to thank HIM, my family members and all my friends.

I do not ask for more, just being content is enough for now.
before i let myself eagerly spoilt with the thoughts that might come aftermath, and all the people's talk that would kill me inside,

I ask Him, to always keep my faith, and would turn to Him, and only Him
I ask Him, to keep me calm, at the most disaster thing that could possibly happen
I ask Him, not to give me what I WANT, but to give me what I NEED

Al - Baqarah [216]
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


If Allah brings us to it, He will bring us through it.

Al-Baqarah [286]

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."


 and  I know, even the worst thing could be the best thing, only when we believe along with patience


Al - Baqarah[106]
Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

and i know, someday..
the time will come =)


 ya Allah, give me the strength

At-Taubah [129]
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diriNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal







  

Thank You Allah_


Sunday, August 15, 2010

seharian pada hari itu

Jalan itu sempit


“hoi gemuk, tepi sikit. Kau kacau jalan kehidupan aku lah”

Dia mengangkat kening. Buat muka garang.

“ kau ingat kau garang lah tu? Haha”

“Dah dah .. perut kau pon da block separuh abad”

Dia yang lagi satu itu memberi ruang untuk jalan, dan menyambung kerjanya mengejas contrast sinaran matahari. 11 volt.tak boleh panas panas.

..

Dia merayau lagi, kali ini terbang ke sebelah timur laut pula.

“hey.. mcam best lah. Nak try!”

“ehh.. tak boleh la, jangan kacau sini, nanti ayah marah”

“nak jugak! Nak jugak nak jugak!! “

“haizz!!”

“nak lah! Orang kata nak!"

“ haaa, sikit je tau"


“yay!!”

Dengan gembira dia mengambil satu warna.. disimbah di latar yang kalernya – pon da –faded-seasonal – confusion – apatah-tatau.
Dia amek satu kaler lagi, kali ini kasi corak corak sikit sikit..

“okay okay, dah tu.. dah la.. salah dah ni.. nanti ibu tak suka, pelangi bukan macam ini”

“owh.. okay okay.. tenkiu abang”

...

Dia terbang ke atas pula, melawan gravity.

Air melimpah ruah

"Ehhh.. apa ni apa ni.. ishh.. lecak!"

“oihh.. tutup air tu, tercicir-cicir dah.. ishh!!”

“tak boleh la, orang tengah tadah ni.. takung air buat simpanan hari tua.”

“ buat apa?”

“ hujan tiruan”

“tak payah lah!!”

“kenapa!!”

“ because every cloud has its silver lining”

“erk.. pekakas apakah?”

“ pergi Tanya pakcik google, okay bye.”

..

Benci betul. Bosan. Semua orang pun bizi.

Dia turun semula. Naik tangga.
Nak main buaiyan lah.

Dududududududuuuu.. dam dam di dam dam..

Buai lah, buai lahh.. aku nak kahwin dengan anak raja..

“ hey!”
Tiba tiba satu suara menerjah.

“ooOo pocot mak kau.. kussmangat”

“kau tau tak, anak Raja Gopal sebelah umah kita tu da meninggal..”

“ehh.. bila, bila.. kenapa?”

“ masa tu time kau tak ada sini. Kau masih lagi kumpul pasir kat Negara firaun. Dia mati kena sambar petir. Tu yang ayah buat awning ni. Haa cepat.. kumpul awan semua, kita letak kat depan porch sana. Redup sikit. Tak de kilat nak sambar sambar sangat.”

“orite daddy. Bisa diurus.”
...

“Hey awan!! Ayah suruh kau orang pergi depan. Buat awning. Lagi 3 minggu nak raya dah. Rumah kena chantek. Semua orang tengah buat kerja, kau orang jangan malas malas ya!”

Settle.

...

Perut berzikit sudah. Ke konsert tah?

Dapur dapur.. menuju ke dapur.

“ibu, masak apa hari ni?”

“ sambal udang, kerabu, masak lomak cili padi, petai, sambal belacan, ikan panggang, ayam percik..”

“ awat banyak sangat nih? Ada orang maw datang aa?”

“ ha ah.. pakcik kau, makcik kau, anak anak, sedara sepupu sepapat, nek , tok.. kami ajak datang buka bersama”

“owh. Okay.nak tolong apa apa kah?”

"nope"

“ibu!”

“yea, boleh saya bantu?”

“jet lag. Maw tido. Kejut asar nanti eh”


Selamat berpuasa~
Zzz~

Tuesday, August 10, 2010