Hi I'm back!

Tuesday, December 31, 2013

Tahun baru katanya

Dulu masa kecik-kecik umur 7-8 tahun,
Aku dengan Sara ada buat perjanjian bila masuk umur 24, kitorang nak kahwin.


Sekarang Sara tengah buat preparation wedding,
Tapi aku still fikir nak pakai baju apa pergi kelas besok.

Haha!

*dang*


🐥

Location:Al Moayad,,Egypt

Sunday, December 29, 2013

Jika hidup sekadar goodmorning dan goodnight, useless.

Sibuk di luar, sangat mencabar ke-introversion-an aku.
Aku mula bosan dengan sibuk.
Baru sahaja aku mahu berkhayal makan cornflakes dengan susu,
Tiba-tiba sudah dekat pukul 8.
Saat ini, Aku benci innerself diri aku yang punctual.
Jerang air pun kena set jam : 15 minit.
Tapi minit ke 14:21 aku dah terpacak depan stove tunggu nak ambil air.
Aku benci bangun lambat dan datang kelas lambat.
Tapi aku lagi benci datang kelas cepat dan perlu tunggu segala kemengarutan di wad, aku benci menunggu jadi aku datang lambat. Dan rush. Aku benci perlu rush.

Aku suka ambil history dan borak dengan patient, tapi kalaulah semua patient cooperative dan mahu melayan budak hingusan macam aku. Dan kalaulah aku paham barang 90% yg patient cakap. Itu sudah cukup baik.

Aku suka hospital kerana bak kata cikgu, a patient is like an open book. No, more than a book could tell you. Tapi ya, hospital tiada katil lapukku di rumah yang sudah patah sebelah kakinya. Nothing beat it. Kalaulah aku ada poket doremon boleh simpan bantal tilam aku bawa ke mana-mana saja, ngeh, banyak songeh aku.

Aku benci sakit kepala begini dan , ah, bila sahaja aku tidak sakit kepala dan mahu tidur - Munirah.

Aku berjaga pun tiada orang appreciate. Apa entah erti hidup macam ni, bagun tidur, bangun tidur.

Aku boleh makan ubat sampai overdose untuk tahan sakit kepala dan terus tidur tapi no, dengan segala implikasinya dan addictionnya nanti, aku menidakkannya.

Doktor sejati tahu bagaimana untuk mati dengan aman ; dengan meninggalkan hospital dan meluangkan masa berkualiti dengan orang tersayang. Bukan kerja kau yang menjaga kau di kala sakit nanti, tapi keluarga.

Tapi keluarga aku pun jauh, meh. Kegelongan sendirian.

Dan sekarang, aku harus berhenti merungut.
Dan start bersyukur, dan mulakan apa yang patut.




🐥

Tuesday, December 17, 2013

Sabor Ajelah

Satu benda yang mengajar aku erti kesabaran adalah dengan buat bodoh dengan benda yang aku tak suka. Haha! Lagi-lagi dengan pelbagai ragam manusia dalam wad.

Patient Normal
Aku : Jadi kenapa ye makcik datang hospital?
Makcik : Makcik Sakit perut dan muntah - muntah.

= Ni Jenis bagus tak ada masalah nak ambil history

Patient Kurang Co-operative
Aku : Pakcik batuk- batuk sejak bila ye?
Pakcik : Entah.
Aku : Entah tu bila ye pakcik?
Pakcik : Since Forever and ever.

= Ni kena sabar sikit

Patient Annoying
Aku : Sakit badan kat bahagian mana ye makcik?
Makcik : Kau boleh nampak ke dengan mata sepet macam tu eh.
Aku : Erm, boleh makcik tunjuk kat mana sakit tadi?
Makcik : *Jelir Lidah*

= Ni memang aku balik tempat duduk, sambung main Tetris.


Ni Amu Morsi, Chest Department.
 Sangat cooperative, Sila hafal muka dia sebab mungkin boleh masuk exam nanti, heh.


Monday, December 9, 2013

a Tribute to Miki Minah


Sudah dua hari, dia mengemas,walaupun biliknya bersepah.

Basuh baju seperti biasa, tapi berdozen lagi yang kotor.
Aku perhati dari jauh, perhati dari sebalik tirai.
Sesekali dia tersenyum melihat skrin di cakera petak itu,
Dua saat kemudian diketap bibirnya menahan sedih.

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika.


Satu masa dahulu aku seperti itu,
Berharap, menunggu, mencari,
Benda yang masih beruhi atau mati.
Harapan boleh menyinar,
Harapan juga boleh memusnah.
Hanya masa sahaja yang tepat pada masa,
Yang lain mungkin menanti, mungkin terlepas.

Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu


Aku harap hari ini lebih baik,

Walaupun rindu itu membuak-buak
Sampai tak boleh tidur malam.
Tapi satu aku janji, 
Perasaan tu takkan hilang, cuma kau akan biasa dengan kekosongan itu.
Simpanlah dulu apa yang patut, buat seketika.
Semoga lain hari bila kita putar kembali, duka itu bermakna sebenarnya.

I miss you and nothing hurts like no you.
And no one understands what we went through.
It was short. It was sweet. We tried.


Bakal doctor dah hilangkan diri :3



Friday, December 6, 2013

Petang #2 - [Edisi kekasih gelap.meh]


"Kalau kau lelaki pada hayat akan datang, aku make sure aku kejar kau" - Dia

"Haha" - gelak aku. Ada juga benda yang menghiburkan hati untuk hari ini.

Petang itu,
Tenang. Hening. Menyorokkan sejuta serabut hati.

Deru air laut melambai-lambai. Angin menyapa pipi, sejuk.

Ini tahun ke-enam. Tiada lagi petang ini sesudah ini. Tiada lagi pantai ini, tiada lagi angin ini.

Haluan selepas ini berbeza. Mungkin ini yang terakhir.
Kata-kata itu tak terucap. Tapi hati masing-masing sudah pasrah.
Happy walaupun hanya dengan kenangan. Itulah kehidupan.

Tenenenot tenot tenot tenenenot tenot tenot - bunyi henset yang baru kena celup air sirap. Mesej benua lain.

"haha" - gelakku lagi selepas baca mesej.

"apadia?" - sekilas merampas henset aku.

"kau curang ke? Meh sini aku kol" - Dia

"Haha, weyh tak yah ah camni" - Terlambat.

Kekasih-kekasihku emo. Aku hanya mampu gelak.
Sebagai seorang yang kool, aku malas layan emosi. Balik rumah kencing berak dulu kemudian baru settle kan masalah. Baru tenang.

Aku tengok gambar instagram dah naik, tweet pun sudah naik. Bikin jealous sebelah pihak mungkin. Sebagai bukti. Sebagai lepas geram sama.

Tapi tak apa, dua-dua pun comel sebenarnya, bahaha!
Ini semua salah faham.

*dang*

Balik itu dia tunggu aku masuk rumah, baru dia mengghaibkan diri masuk ke bangunan rumahnya juga. Sweet.

Lagi sorang kekasih sedang tunggu di rumah. Eh, ke dua?

@__@




Kalau bagi seribu peluang aku untuk jadi lelaki pun aku tak nak.
Sebab lelaki bertanggungjawab melayan perempuan.
Dengan diri sendiri pun aku tak paham meh.

It's okay.
Women are only made to be loved, not understood.





🐥