Hi I'm back!

Monday, December 9, 2013

a Tribute to Miki Minah


Sudah dua hari, dia mengemas,walaupun biliknya bersepah.

Basuh baju seperti biasa, tapi berdozen lagi yang kotor.
Aku perhati dari jauh, perhati dari sebalik tirai.
Sesekali dia tersenyum melihat skrin di cakera petak itu,
Dua saat kemudian diketap bibirnya menahan sedih.

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika.


Satu masa dahulu aku seperti itu,
Berharap, menunggu, mencari,
Benda yang masih beruhi atau mati.
Harapan boleh menyinar,
Harapan juga boleh memusnah.
Hanya masa sahaja yang tepat pada masa,
Yang lain mungkin menanti, mungkin terlepas.

Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu


Aku harap hari ini lebih baik,

Walaupun rindu itu membuak-buak
Sampai tak boleh tidur malam.
Tapi satu aku janji, 
Perasaan tu takkan hilang, cuma kau akan biasa dengan kekosongan itu.
Simpanlah dulu apa yang patut, buat seketika.
Semoga lain hari bila kita putar kembali, duka itu bermakna sebenarnya.

I miss you and nothing hurts like no you.
And no one understands what we went through.
It was short. It was sweet. We tried.


Bakal doctor dah hilangkan diri :3



2 comments:

hUr said...

:( hati aku patah. kali ke sebelas.

PeCo said...

moga miki jumpa jalan pulang semula