Hi I'm back!

Saturday, June 1, 2013

Ini baru Romeyo and Juliyet




Romeyo take me somewhere we can be alone

I'll be waiting, all's left to do is run
You'll be the prince, I'll be the princess
It's a love story baby just say yes


.
.
.

NO


Mommy says No!

Sobs, back to kandang.

Apa main kotor-kotor ni.. Go mandi  cepat  now kaih!

Friday, May 10, 2013

Nour || Bahariya 2013


Sebelum manusia lahir ke dunia,

Satu perjanjian telah dibuat dengan Yang Maha Pencipta. Hidup matinya, Rezekinya, Jodohnya, Takdirnya, Qada dan Qadarnya. Semua telah ditetapkan. Ada yang boleh berubah mengikut usaha, ada yang memang sudah termaktub.

"Ummi, bila Abi mahu pulang?"
- Tanya seorang kanak kanak perempuan kepada umminya. Pakaiannya compang camping. Diperbuat daripada sisa bulu kambing yang mati akibat kesejukan di tengah sejuk padang pasir apabila musim sejuk tiba. Muka comotnya suci, senyumannya iklas.


"Mari sini"
- Umminya menarik lengan anak sulungnya itu. Berbaring mereka di luar khemah tepi oasis. Hidup mereka nomad, hidup mereka merantau. Di sini, punca mata air, merupakan perhentian terakhir kerana di situlah setiap hidup yang bernyawa bermula. Anginnya tenang, setenang usapan tangan ibu pada rambut seorang anak. Sekali sekala debuan pasir menusuk mata dan hidung, si kecil bersin.


" Tengok bintang - bintang tu, terang, cantik kan "
- Berjuta bintang di langit tersipu malu bekelip -kelip apabila ada juga manusia yang menegurnya. Berjuta tahun mereka bersemadi di situ namun jarang sekali ada yang perasan akan kewujudan makhluk mati itu. Di tengah padang pasir, bawahnya kosong di dataran, atasnya juga kosong awan di langit, menyebabkan panasnya terik, sejuknya beku. Tiada apa di situ. Dan kerana tiada apa- apa itulah yang mengajar manusia segala, dari asal, dari kosong, dari mula, untuk terus melangkah, untuk terus merentas horizon yang entah mana hujung pangkalnya, untuk mencari setitik air, untuk meneruskan hidup.


" Orang - orang yang hidup di sini, boleh hidup di mana - mana "
- Itu kata Abinya satu masa dahulu, sebelum Abi pergi meninggalkan mereka entah ke mana. Hanya yang dia ingat, pelukan terakhir Abi. Erat, bagai tak mahu lepas. Umminya kuat, bergenang air matanya bila Abi pergi, tapi masih senyum kepada Abi. Dia terlalu kecil masa itu, tidak paham apa - apa.


" Abi pergi mencari rezeki " - Ummi

" Kenapa Abi kena pergi jauh? "
- Si kecil tanya lagi tidak puas hati. Kawan - kawannya yang lain, Abi mereka sudah pulang ke khemah. Ada Abi yang memanggangkan ayam di tengah unggun api untuk mereka. Ada Abi mereka untuk dukung dan bermain kuda - kuda, Seperti Abi Si Kecil dahulu pun begitu juga, tapi sekarang Abi sudah tiada untuk bermanja dan bermain, untuk bercerita hasil tangkapan burung dan musang pada malam hari. Si Kecil cemburu, Si Kecil rindu Abi.

Lantas Umminya menepis air mata Si kecil. Kedua - dua belah tangan Ummi lembut memegang pipi si Kecil, berderai hati tengok mata itu berkaca - kaca. Ditenung mata Si Kecil dalam - dalam, menyuntik kembali semangat dan kepercayaan.

" Nour, dengan izin Ya Rabb, Takdir kita ditempatkan di tengah tanah tandus ini, itu qada' nya. Abi pergi mencari rezeki untuk kita. Mungkin bila Abi sudah jumpa sesuatu untuk kita dan pulang, hidup kita akan lebih bahagia, Abi kena pergi sebab usaha itu milik kita, untuk ubah sesuatu, kena mula dengan diri kita, mengikut peraturannya, qadarnya. Jadi Nour janganlah menangis lagi, usaha kita dekat sini, untuk bantu Abi, Doa untuk Abi, jadi orang yang baik, dan tunggu Abi pulang ye. "

'La Yuroddul qadha’ illa biddua’
" Tidak akan terubah qadha melainkan dengan doa."



" Kalau Abi tak pulang juga? " - Nour.


" Hurm. Nour, Jika Takdir Tuhan, Abi takkan pulang, Kita kena percaya yang Tuhan sudah tetapkan ada benda yang lebih baik untuk Abi di sana, dan untuk kita di sini. Doa kita untuk jodoh kita semula di tempat sama bila kita bertemu kembali nanti. Semua dah ditulis, dengan sempurna, Cuma kita yang kena cari makna hidup ni. Tuhan saja sorok benda yang baik supaya bila benda tu datang nanti, ia akan jadi kejutan yang baik. Dan kalau ada benda buruk pula yang akan jadi, Tuhan sorok sebab Dia tahu manusia tak kan hargai dan syukur dengan hidup yang sekarang kalau tahu pengakhiran mereka nanti tidak baik.". - Ummi


Dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap suatu lagi menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan takdirnya yang sempurna. - ( Furqan : 2 )


Perasaannya melankoli, sudah dapat di agak satu hari nanti benda ini akan ditanya, benda ini akan berlaku, cuma Si Ummi perlu mengumpul kekuatan untuk menerima takdirnya itu juga seadanya. Sebagai seorang wanita padang pasir, kerjanya adalah untuk menunggu suaminya. Harapannya ada pada tanah yang kosong itu, agar suaminya selamat. Perang antara puak bukanlah benda baru. Namun tiap titisan darah yang tumpah akan dikambus debu juga, jiwa jiwa yang dibawa angin yang sama yang membentuk bukit pasir. Setiap kali ada Abi orang lain yang pulang, setiap kali itu juga harapan bahawa Abi kepada Nour akan pulang juga. Tapi apa pun yang terjadi, Ummi Nour masih berpegang untuk mendapatkan satu dari dua kemenangan, suaminya kembali dengan mengubah qada & qadar muallaq mereka atau, mati di jalan syahid.


" Tapi Nour nak Abi pulang " - Nour.

" Nour, tengok bintang tu, cantik kan, itu bintang paling utara. Cahayanya terang, macam nama Nour "-Ummi.

Nour hanya mengangguk. Di Bahariya ini, Kiblat diketahui berdasarkan bintang paling Utara, iaitu Polaris. Nama Bahariya sendiri diambil dari arah Oasis Utara

" Kalau Abi tak balik, Abi akan pergi ke atas sana, jadi salah satu bintang tu. Abi tetap akan ada dengan kita, Abi tetap bagi Nour walaupun Abi dah tak ada kat sini ".




Picture Credited to Hakimah Hashim :: Bahariya Oasis, Egypt 2013

Friday, May 3, 2013

Telus ke tulus

Aku terfikir,
Semakin orang itu matang, semakin tidak telus segala apa yang dizahirkan, dibicarakan, atau yang diaksarakan. Bukan tidak jujur, cuma tidak telus, ada kabut yang menghalang untuk tembus.

Seperti menulis blog ; memberitahu apa yang hanya ingin diberitahu, dan menyorokkan apa yang tidak mahu orang lain tahu. Seperti memanipulasi otak manusia lain. Seperti , aku akan beritahu apa yang aku mahu kau fikir aku begitu sahaja. Bagai aku boleh control pemikiran orang terhadapku, walaupun tidak benar. Tiada ketelusan.

Why? Kerana stereotaipnya orang di sekeliling adalah kebanyakannya bersikap judgemental, yang salah bagai tiada ruang bertaubat. Yang betul semua disanjung bagai malaikat. Matangkah begitu?

Bukalah matamu, pekakkan telingamu. Suara - suara sumbang mereka takkan kedengaran lagipun dalam masa beberapa tahun akan datang, pada masa itu hanya tinggal kau seorang dan sesalan mengapa dirimu senang diinfluence orang lain. Bagai meletak takdir sendiri pada society. Menganjing kata, menurut perintah.

some of them are concern, the rest are just curious. Choose wisely.

Jangan biarkan diri anda dibuli masyarakat

Thursday, April 11, 2013

Turkiye 2013

Tanggal semalam,
Tercalit satu lagi hitamnya abstrak dosa di sudut itu.

Konkrit, sekeras hati batunya.
Hidayah bagai molekul air berderai derai melembutkan empat chamber itu, pekat darah heme, globin dan iron turun naik menapis toxin di celah liang sel hexagon. Bersih suci, namun didurjanakan semula apabila niat impulse dendrites berlegar di sekitar pandangan envious dari external stimuli optic chiasma.

Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,

Hingga kini, roh ini masih lagi keluar masuk medium diri ini tanpa bayaran.
Tapi masih lagi syukurnya tiada, getar jiwanya tiada, empathy nya tiada.

Masih lagi tangan dan kaki sekuat afiatnya.
Berjalan jauh, meneroka dunia.
Namun terkandas kembali kepada dosa yang lebih hina dari aibnya bangkai kambing tiada telinga.

Letak dunia di tanganmu,
Isilah teguh zikru di runtun qalbu.
Biar dihasut kiri dan kananmu,
Kembalilah ke atas, bersujudlah ke bawah.


Wednesday, March 20, 2013

Hadiah


Once upon a time satu hari yang dulu semasa aku budak hingusan lagi,
Ada jiran sebaya aku buat open house untuk birthday party dia. Maksud aku mak bapak dia la yang buat. Nama dia aku dah lupa sebab tak lama lepas tu dia pindah. Tapi yang aku ingat sekali pasal dia, dia sekolah agama dengan aku dan dia banyak kucing. Kat sekolah agama pun dia bawak gambar kucing dia tunjuk dekat ustazah.

Nak dijadikan cerita, sebab aku kecik dan tak berduit dan aku bukan jenis mintak duit dengan mak bapak aku, aku tak ada idea nak bagi apa dekat kawan aku ni. So last last tu, aku pun bagi anak patung kesayangan aku. Patung ni kecik je, tinggi jari telunjuk aku. Girl, pakai skirt pink. Aku bubuh dalam kotak gold cantik yang orang bubuh telur time orang kahwin. Comel je.

Time hari keramaian tu, aku pun letak hadiah aku dekat tempat orang kumpul hadiah. Aku tengok je hadiah aku dari jauh setiap masa, sebab dia kecik sangat, aku takut hilang kena tolak ke terjatuh ke dek hadiah besar besar yang lain. Tak lama lepas tu, ada sorang budak tanya aku, mana hadiah yang aku bagi. Aku tanpa segan silu pun tunjuk kotak gold patung aku tu.

" hak elek, baik tak payah bagi macam tu"







Hari tu aku puasa kek hari jadi member tu.

Balik rumah, main dengan semut belakang pintu.

:|

Sunday, March 17, 2013

Saturday, March 9, 2013

Death clock

Tik,tok.

Aku melangkah satu per satu,
Kepulan kepulan awan yang gebu seperti kapas.
Satu, dua, tiga.. Yosh! Gembira.

Seisi dunia di bawahku, ada lagi Yang di atas sana, semestinya. Ada juga yang di bawah sana yang ingin membawaku turun. Jatuh bangkitku bukan sekali, tersadai di celah ribut, dihunus pedang tohmahan. Tapi syukur. Tangga Tuhan ini tidak pernah menidakkan doa hambaNya. Hanya waktu, hanya waktu yang tidak memungkiri janji.

" Hey kawan.. Hey!"

Satu suara tidak enak memanggilku. Aku menoleh kebelakang. Satu makhluk menyorok di sebalik pokok yang menampung langit tidak bertiang ini.

" Hey kawan, mari sini!"

" Ya, saya? " aku bertatih memijak awan, perlahan. Aku hanya nampak sebelah sahaja kelibat dia. Sebelah lagi dilindung pokok. Entah apa mahu disoroknya, tidak ada hidungkah, kata lintas hatiku, ragu.

Dia mengeluarkan satu balang kaca. Berisi cecair merah, suku, tidak sampai separuh pun.

" ini, ini nyawa kau!"

"eh?" aku keliru.

" Tahun ini merupakan tahun terakhir kau bersama orang yang kau sayang" katanya memberi botol itu kepadaku. Kemudian bergegas pergi bagai ada satu benda tak kena, takut takut seperti anjing yang mencuri makanan tuannya. Aku masih membatu bingung. Botol itu ghaib, aku tersentak melihat orang itu semakin jauh.

" nanti! Nanti! Tunggu dulu!!"

Aku kejar sepenuh hati, semerah hatiku yang memberontak tidak puas hati. Lengannya aku tarik, kecil sahaja makhluk ini. Hodoh. Jelik. Aku benci. Siapa kau ingin meragut segala kebahagiaan yang aku ada dengan Mati.

" Mana kau tahu! " aku lontar kebengisan kata kataku ke wajahnya.

" Aku tak tahu! " mukanya cuak, bergelut untuk dilepaskan dan terus berlari pergi. Hilang terus dari cahaya yang dapat dipantul irisku.

Seisi dunia di bawahku, tidak memberikan apa apa makna lagi.
Walau segala harta yang aku ada, tak kan pernah cukup. Mahu lagi dan lagi. Manusia memang diciptakan tamak, meminta minta. Itukah "syukur" aku selama ini. Sedangkan nyawa pun hanya pinjaman. Kau tidak punya apa apa. Heh. Akhirnya tumpas berseorangan di liang lahad juga. Mati. Mati yang pasti. Masih tidak sedar diri. Masih menyalahkan semua. Kenapa kenapa kenapa. Persoalan yang disoal untuk bergaduh dengan hati sendiri. Semua mahu logika, semua mahu fakta.

Sepatutnya perlukah kau peduli, jika betul kau menghayati setiap kali ucapan cinta kau "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam, yang menciptakan langit dan bumi".

Kau perlu sedar bahawa hidup itu adalah jalan untuk mati. Hidup sehidupnya, untuk mati sematinya. Tidak perlu gusar, hanya perlu berdoa agar bila Masa yang telah tercatat di luhmahfuz itu perlu menunaikan janji yang dirahsiakanNya, Ajal itu datang, Ambillah semula nyawa ini dalam keadaan sebaik baiknya, seperti sesucinya nyawa dan jiwa itu diberi pinjam percuma suatu masa Dahulu.

We will learn how to live when we learn that someday,that we will eventually die.